Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan, Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah. Ibu Ayah Please Take Note!

Share

Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua. Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan.

Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gajet kepada si kecil, dalam jangka masa panjang mereka akan ketinggalan dalam banyak perkara berbanding kanak-kanak.

Ya, gajet sangat interaktif dan kanak-kanak amat menyukainya. Berwarna-warni, mempunyai audio yang menarik dan hanya perlu disentuh dengan hujung jari untuk digerakkan. Tapi ibu ayah perlu ingat,  pendedahan gajet boleh menimbulkan ketagihan. Umpamanya tidak lengkap makan minum si kecil tanpa gajet di sisi dan seterusnya boleh membantutkan pelbagai kemahiran yang sepatutnya mereka perolehi semasa di meja makan.

Perkongsian daripada Encik Hazhari Ismail, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak ini adalah informasi yang baik dan disahkan olehnya yang pakar.

Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar, mampu memberikan ‘ketenangan’ yang sekejap kepada ibu bapa. Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang.


6 SKIL & FAEDAH YANG SEPATUTNYA ANAK-ANAK PEROLEHI DI MEJA MAKAN

Di meja makan, anak-anak mampu,

1. Melatih skil komunikasi dan sosial, contohnya eye contact, take turn etc.
2. Belajar tataterbib di meja makan
3. Hubungan dan masa dengan ibu bapa
4. Suka dengan makanan dan menghargai makanan
5. Meningkatkan self-regulation, attention dan melambatkan gratification
6. Banyak boleh belajar ketika makan, mengira sudu, membezakan warna, rasa yang berbeza etc
4 KESAN  NEGATIF KEPADA SI KECIL APABILA MAKAN DENGAN MENONTON PAPARAN PADA GAJET

Apa akan jadi kalau makan sambil tengok gajet?
1. Terpinggir dari sosial.
2. Sensory overload!
3. Meningkatkan rasa boring kaluar makan tanpa gajet.
4. Memilih makanan.

Saya setuju ramai ibu bapa sekarang adalah ibu bapa bekerja. Dengan masa yang sedikit diluangkan bersama anak-anak, jadi masa di meja makan adalah masa yang terbaik diluangkan antara ibu bapa dan anak.

BOLEH BERIKAN GAJET TAPI MESTI IKUT 4 SYARAT INI

Dan kajian 2 jam penggunaan gadjet di bawah 6 tahun ada syarat-syaratnya, contohnya

1. Content gajet lebih kepada pembelajaran.
2. Fasilitate oleh ibu bapa, kena la borak dengan anak.
3. 2 tahun ke atas bawah 6 tahun.
4. Dan bukan di meja makan.

Anda boleh memberi beribu alasan kenapa beri gajet kepada anak ketika makan. Tapi jangan sesekali lupa perkembangan anak yang positif.

Sumber: Hazhari Ismail

 

Published by
Azma ML