Diana Danielle Dan Farid Kamil Guna “Naughty Corner” Disiplinkan Anaknya Bila Buat Salah

Share

Sama seperti ibu bapa lain, pelakon cantik Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil juga mempunyai cara untuk disiplinkan anak-anaknya bila mereka buat salah.

Mempunyai anak yang sedang membesar bermaksud ibu bapa kena bersedia berhadapan dengan anak-anak yang kadangkala akan buat perangai. Ia adalah perkara biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.

Ia perlu menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran anak sebelum mereka mampu mengawal emosi sendiri.

Dalam bab mendidik anak, Diana dan Farid yang terkenal sangat rapat dengan anak-anak mereka tetap menerapkan nilai disiplin pada Muhammad dan Aurora sekiranya mereka buat kesalahan.

Mengenakan denda yang bersesuaian mengikut usia anak, pasangan serasi ini percaya kriteria ini menjadi salah satu faktor penting untuk mendidik anak-anaknya menjadi anak yang cemerlang di masa hadapan.

Aurora Kena Time Out

Diana sebelum ini pernah berkongsi video Aurora dikenakan denda oleh babahnya untuk kali kedua kerana berkelakuan nakal.

Menurut Diana, anak perempuannya itu sangat patuh dan faham kenapa dia diletakkan di naughty corner walaupun tetap merajuk ketika menjalani denda tersebut.

Tindakan tegas yang dikenakan oleh suami isteri ini agar anak tidak mengulang kesalahan mereka nyata dipersetujui oleh netizen yang menganggap ia sebagai salah satu cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.

Bahkan ada juga yang meminta Diana berkongsi tip bagaimana untuk mendidik anak agar patuh pada denda tersebut.

Ternyata Diana yang memang mempunyai bonding rapat dengan anak-anaknya tidak lokek berkongsi tip dengan pengikutnya dalam bab mendidik anak.

Menurut Diana, untuk memastikan anak kecil patuh dengan denda yang dikenakan atas kesalahan mereka, ibu ayah mestilah bersikap tegas dan serius ketika menjalankan denda tersebut. Barulah anak pun rasa yang ibu ayah sebenarnya serius dan tak main-main.

Apa pun selepas anak dikenakan denda akibat kenakalan, jangan lupa peluk cium anak-anak dan terangkan apa sebab mereka dikenakan denda. Barulah mereka tak beranggapan yang ibu bapa sudah tidak sayangkan mereka lagi.

Tengok sahaja macam Diana dan Farid yang sangat menyayangi anak-anak mereka dan sangat suka melayan kedua permata hati mereka bermain dan beriadah.

Sumber: IG diana danielleb & nur_aurora7

Published by
Hasnita Sawal