Diana Danielle Seronok Jadi Ibu Usia Muda. Che Mad Dan Aurora Dah Besar, Dua-Dua Geng Ibu

Share

Pelakon Datin Diana Danielle meluahkan perasaan bersyukur apabila menjadi ibu kepada dua cahaya mata pada usia yang bakal mencecah 30 tahun.

Dalam perkongsian di instagramnya, Diana 28, berkata, dia tidak pernah menyesal membina keluarga sebelum memasuki usia 25 tahun.

“Mereka (anak-anak) akan berusia 8 tahun dan 6 tahun apabila saya memasuki usia 30 tahun nanti. Saya berjaya mempunyai keluarga kecil sebelum 25 tahun dan saya tidak menyesal kerana negitu awal dan kehilangan masa muda.

“Suatu perasaan yang sukar digambarkan membesar bersama anak-anak dan belajar dengan mereka,” kongsinya.

Diana berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad berusia 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.

Pelakon yang popular dengan drama Raisha ini berkata, dia melakukan banyak kesilapan tapi anak-anaknya sentiasa menyayangi. Ketika usia ini juga mereka akan mencontohi dan hanya melihat sesuatu yang baik.

“Kanak-kanak mempunyai sifat pemaaf dan sentiasa saling menyayangi.

“Saya buat banyak kesilapan tapi mereka sangat sayang dan fasa ini mereka mengharapkan ibu bapa untuk membimbing dan melakukan sesuatu yang baik,” katanya.

Sumber: ig Diana Danielle & mstar

Published by
Wan Amy