Kadang-kadang, seorang anak hanya perlukan satu orang yang percaya kepadanya untuk menggapai bintang. Bagi Aisya Monetta, gadis berusia 13 tahun yang kini melangkah ke pentas antarabangsa, orang itu adalah ibunya.
Di usia yang masih muda, Aisya bukan hanya seorang penyanyi — dia juga seorang penari, pelakon, penulis lirik, pengacara dan bahkan boleh menyanyi dalam lima bahasa. Tapi di sebalik semua bakat luar biasa itu, terselit kisah cinta, pengorbanan dan semangat juang seorang ibu tunggal.
“Saya tahu dia istimewa sejak kecil”
Ibunya mula menyedari keistimewaan Aisya sejak Aisya berusia lima tahun. Suaranya, minatnya yang tidak pernah padam terhadap nyanyian, dan keberaniannya untuk mencuba pelbagai seni menjadikan Aisya seorang anak luar biasa.
“Bakat Aisya adalah anugerah dari Allah SWT. Tugas saya adalah memeliharanya, membimbing dan memastikan dia tidak tersasar,” luah ibunya penuh ikhlas.
Sebagai seorang ibu tunggal, hidup tidak mudah. Namun dia tidak pernah melihat status itu sebagai kekurangan, sebaliknya sebagai kekuatan untuk menjadi segalanya buat Aisya – guru, jurulatih, sahabat, dan penyokong paling setia.
Tahun 2025 menjadi titik penting dalam hidup mereka berdua apabila Aisya diumumkan sebagai Pemenang Pingat Emas MCOPA dan layak ke WCOPA Hollywood mewakili Malaysia.
“Bangga? Terlalu bangga. Tapi lebih dari itu, saya terharu. Pengorbanan kami mula menampakkan hasil,” ujar si ibu.
Namun, kemenangan itu bukan penamat. Ia adalah permulaan perjuangan yang lebih besar. Mereka kini giat mencari penaja untuk membolehkan Aisya ke Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, latihan vokal diteruskan setiap hari bersama jurulatih profesional dan ibunya sendiri.
“Bila Aisya sedih, saya peluk dia dan cakap: Kita kuat”
Setiap anak pasti akan merasa lelah, ragu dan sedih. Tapi seorang ibu yang tahu potensi anaknya tidak akan membiarkan anaknya tenggelam.
Ads
“Saya akan peluk dia dan cakap, ini semua ujian hidup. Kita kena kuat. Nothing comes easy to be at the top,” kata ibu Aisya yang menjadi semangat utama Aisya setiap kali dia goyah.
Dalam hidup mereka, setiap air mata, setiap penolakan, dan setiap cabaran dianggap sebagai bahan bakar untuk terus melangkah.
Untuk ibu bapa: Percayalah pada impian anak
Ramai ibu bapa takut bila anak menunjukkan minat dalam bidang yang ‘luar biasa’. Tapi kisah Aisya adalah bukti bahawa bila kita percaya dan menyokong, anak kita boleh terbang jauh.
Ads
“Jangan pernah padamkan semangat anak. Never give up your child’s passion. Sokong mereka walau sekecil mana pun permulaan itu.”
Dan untuk anak-anak, pesanan Aisya cukup ringkas:
“Jangan takut. Jangan malu. Kejar impian kamu. Jangan lupa ibu bapa, dan sentiasa bersyukur.”
Bukan soal populariti, tapi soal harapan
Apa yang Aisya dan ibunya perjuangkan bukan sekadar trofi atau sorakan. Ia adalah satu misi — untuk membina hidup yang lebih baik, untuk membanggakan ibu yang berkorban, untuk menjadi anak yang solehah dan ikon yang memberi inspirasi.
“Saya nak bawa nama Malaysia ke pentas dunia, dan paling penting, saya nak bahagiakan mummy,” kata Aisya penuh semangat.
Aisya Monetta: Simbol Harapan, Disiplin dan Cinta Tanpa Syarat
Kisah Aisya dan ibunya bukan sekadar tentang nyanyian atau pertandingan, tetapi tentang keyakinan, ketabahan dan kasih sayang seorang ibu. Ia adalah peringatan bahawa anak-anak boleh berjaya bila mereka ada seseorang yang percaya kepada mereka — walau hanya satu orang, ia sudah cukup.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang cerdas dan cergas. Lantaran itu, enam tahun pertama adalah masa kritikal yang perlu ibu bapa lakukan untuk merangsang minda anak. Jika tempoh ini dibiarkan tanpa sebarang rangsangan, ia akan menjejaskan perkembangan mindanya. Tambahan pula, otak kanak-kanak umpama span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya. Bagi memastikan anak anda cemerlang, ada beberapa elemen yang boleh dijadikan panduan buat anda. Justeru biarpun mendidik anak merupakan satu cabaran yang besar. Namun ia menjadi mudah jika dilakukan pada awal usianya.
Hendak tahu bagaimana untuk mendidik anak cerdas dan cergas ikuti 11 panduan ini.
1.Aura kasih sayang
Sebagai seorang anak, ibu bapa adalah tempat untuk berlindung dan rasa disayangi. Biarpun anda sibuk, jangan culas untuk menunjukkan kasih sayang dengan kata-kata pujian. Juga jangan lupa sebelum tidur atau menghantarnya di tadika, berikan ciuman tanda anda kasih sayang kepadanya.
2.Terapi pelukan
Setiap hari jangan lupa untuk memeluk anak. Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini membantu anak-anak supaya dapat berkomunikasi secara terbuka dan jujur. Kajian mendapati anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3.Elak mengkritik
Biarpun anak masih kecil, tetapi tetap mempunyai perasaan. Elakkan mengkritik dengan sikapnya. Tetapi tegurnya dengan cara yang positif. Misalnya, “Jika adik tidak buang sampah, nanti rumah kotor.” Elakkan menggunakan perkataan negatif seperti pemalas, pengotor dan sebagainya. Cara ini akan membuatkan rasa rendah diri pada anak anda.
4.Galakkan membaca
Bukan mudah untuk mendidik anak suka membaca, lebih-lebih lagi masih pada usia tiga atau empat tahun. Tetapi jika amalan anda seisi keluarga adalah membaca, tentu ia tidak menjadi isu untuk dalam usaha memupuk minat membaca dikalangkan anak-anak. Barangkali boleh mewujudkan mini perpustakaan disudut ruang tamu di rumah.
5.Pimpin tangan
Biarpun anak suka berlari ke sana sini, apa kata apabila berjalan bersama anda pimpin tangannya. Misalnya ketika anda mengambilnya di tadika, pimpin tangannya walaupun kawasan itu selamat. Sentuhan cara ini membuatkan mereka berasa kehadirannya amat dihargai dalam kehidupan anda sekeluarga.
6.Bersedia mengajar
Didiklah anak anda setiap masa. Jadikan persekitaran adalah ruang percuma untuk anda mengajar anak. Sebagai ibu bapa anda perlu bersedia setiap masa untuk mendidiknya. Setiap kata-kata yang diucapkan mestilah berunsurkan pendidikan dan semangat.
7.Jangan mengeluh
Anak belajar melalu pemerhatian di sekelilingnya. Biarpun anda penat, jangan sesekali mengeluh kala mendidiknya atau menguruskannya. Keluhan ini akan membuatkan anak berasakan diri mereka beban.
8.Disiplin diri
Biarpun anak masih kecil, sudah boleh didedahkan dengan displin diri. Misalnya setelah makan, kerusi mesti dimasukkan dalam meja atau botol susu perlu disimpan di rak susu. Walaupun nampak mudah, tetapi secara tersirat ia akan membentuk watak anak yang baik dengan peribadi positif.
9.Gerak kerja tangan
Sememangnya minda anak perlu dirangsang secara positif. Caranya termasuklah melakukan aktiviti merangsang otak kanan. Anda boleh mengajak anak anda bermain tanah liat,main cat air (water colour),melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.
10.Imaginasi
Cara mudah untuk membuatkan minda anak cerdas salah satunya ialah anda bercerita dengan bahasa yang mudah difahami kemudian menyuruh anak menyambung semula cerita tersebut. Biarkan cerita itu merapu, tidak mengapa asalkan anak mempunyai daya imaginasi .
11. Tidur mengiring ke kanan
Biasakan anak untuk tidur mengiring ke kanan supaya otak jadi lebih pintar dan cara ini mengikut sunnah Nabi. Cara ini dikatakan dapat membantu menjana minda anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai sikap yakin diri amat penting untuk mendidik seseorang kanak-kanak itu menjadi seorang yang cemerlang dan mempunyai kecerdasan otak yang baik. Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang mempunyai keyakinan diri tinggi.
Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan membina yakin diri ini. Ia dikatakan mampu mempengaruhi kecerdasan anak.
Contohnya, kecekapan membaca, daya kreatif, kesungguhan, kebijaksanaan, keyakinan dan pelbagai lagi. Oleh itu, langkah yang bijak adalah mengambil langkah membina perasaan yakin diri yang tinggi di dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Persoalannya bagaimanakah kita boleh mengenali seseorang anak itu mempunyai yakin diri yang tinggi atau tidak? Terdapat beberapa karektor yang ditunjukkan oleh anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi dan sebaliknya.
Didik anak supaya tidak mudah putus asa
Yakin diri
*Berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai, “Lihat ibu, cantikkan lukisan
*Merasakan orang lain tidak menghargainya, “Semua orang tidak mahu berkawan
dengan adik”.
*Mudah dihasut dan dipengaruhi,“Adik tahu perbuatan itu salah tapi mereka mempengaruhi adik”.
*Mudah rasa tersinggung.
*Mudah mengalah, “Ah, susahnya nak buat benda ni, tak payah buat sajalah”.
*Susah menunjukkan emosi.
Oleh itu, didik anak menjadi seorang anak yang yakin diri. Jika anda kenal pasti bahawa anak mempunyai sikap rendah diri dan tidak yakin pada kemampuan diri, segera ubah sikapnya supaya anak menjadi seorang yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Farah Lee yang sedang melanjutkan pengajian diperingkat Master in Childhood Studies mula berkongsi ilmu keibubapaan. Menarik dan sangat bernas!
Melalui Instagram, Farah telah memuat naik beberapa screenshot yang memaparkan tip keibubapaan yang ditulis oleh Hazhari Ismail.
So I repost, sebab, ada orang cakap mereka salah faham, mereka ingat info yang sebetulnya ada dalam gambar tadi (dah delete) ?
I posted this caption on my FB, keep on hold on my IG (saved as draft) sebab takde good connection and GMT sini beza dengan Msia ? So bila post tadi I just found out tuan pemilik sharing berkenan dah delete post tersebut. Maaf dan terima kasih ya 🙂
So now I repost je that caption as photos kat sini ya. Kami dalam aim untuk #empoweringparenthood sambil #championingchildhood.
So hopefully in order for the education system to change, parents pun kena ubah mindset and seek for a better parenting knowledge. Ingat, anak/cucu kita ni pinjaman je, tanggungjawab kita untuk pulangkan balik dalam bentuk sesempurna yang diberi pinjamkan ❤️
0-7 TAHUN TEMPOH PESAT PERKEMBANGAN EMOTIONAL INTELLIGENCE
IBU BAPA PERLU BINA AMALAN MEMBACA SEBELUM BERKAHWIN LAGI
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.