Diceraikan suami selepas lahirkan anak berkulit gelap. Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur ‘caesarean’ bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.

Diceraikan Suami Selepas Lahirkan Anak Berkulit Gelap

Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.

Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.

Diceraikan Suami Selepas Lahirkan Anak Berkulit Gelap
Foto: Agensi

“Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kongsinya.

Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.

“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam,” tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.

Ads

Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

“Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Ibu Mengandung Yang Makan Kicap Kulit Anak Jadi Gelap? Mitos Atau Fakta

Ads

Tak Layan Sebab Gelap Wanita Ini Kecil Hati Ibunya Dingin Dengan Cucu Kerana Warna Kulit

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Ads

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI