Ada waktunya, bila anak-anak diajak bersolat, mulalah mengelat dan buat perangai. Menjadi satu kebanggaan bila mana anak mahu bersolat tanpa disuruh mak ayah dan patuh pada perintah agama. Perut terasa sejuk mengandungkan anak-anak kecil ini.
Bagi penyanyi dan usahawan, Dato’Fazley Yaakob, pastinya menjadi kebanggaan bagi dirinya dan isteri bila mana ketiga-tiga anaknya kini sudah pandai mengimamkan solat terawih.
Berkongsi rasa itu di Instagramnya, Dato’Fazley turut memuat naik beberapa keping gambar anak-anaknya ketika bersolat terawih malam tadi.
“Alhamdulilah selesai #tarawih pertama. Malam ini saya dan @azrene_ahmad minta anak-anak saya bergilir-gilir imamkan kami semua sebelum saya akhiri dengan witir.
“Alhamdulilah semua dah boleh jadi suami orang, termasuk saya, eh?,” ucapnya.
Ads
Berkongsi rasa bangga, bapa penyayang ini juga meluahkan rasa terharunya melihat keberanian anak-anak kecilnya untuk mengimamkan solat terawih malam tadi.
Dua orang anaknya, Faried dan Fieradz berganti-ganti mengimamkan solat terawih mereka sekeluarga. Dan tambahnya lagi, malam kedua terawih pula menjadi giliran anak ketiganya, Firudz yang masih dilatih untuk menjadi imam.
Ads
“@fariedzfazley @fieradzfazley Dida is so proud of you! @fierudzfazley tomorrow is your turn ok?,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji cara didikan Dato’Fazley buat keempat-empat orang anaknya malah meyakinkan anak-anak dan memberi keberanian pada anak-anak terutama dalam memimpin solat terawih seharusnya dipuji dan dicontohi oleh ibu bapa lain.
Semoga Faried, Fieradz dan Firudz terus membanggakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Dato Fazley mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene pada tahun 7 November 2007 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Ahmad Faried Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fazleyyaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pisahkan tempat tidur anak bukan satu yang mudah lagi-lagi bila anak dah terbiasa tidur sebilik dengan ibu bapa. Mesti awalnya akan ada cabaran kerana anak akan menangis minta ditemankan atau perasaan kebimbangan bermain di fikiran ibu.
Ada ibu bapa bersetuju memisahkan tempat tidur anak seawal usia namun ada pula tak sampai hati membiarkan si manja tidur di bilik berasingan atas sebab usia masih terlalu kecil.
Namun, dalam kita tidak sedar terdapat pelbagai kebaikan apabila anak dipisahkan tidur ketika kecil, malah tidak keterlaluan jika bayi tidur di ruangnya sendiri. Selain mempengaruhi sikap keberanian dalam dirinya, anak dikatakan menjadi lebih bijak dan matang kerana diasuh untuk berdikari sejak kecil. Bukan itu saja, hubungan suami isteri juga lebih mesra dan aurat lebih terjaga.
Perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli ini mengenai caranya pisahkan tempat tidur anak yang awalnya sangat mencabar, akhirnya berjaya mendidik keberanian dalam diri dua anak perempuannya itu.
Lagi satu kesan positif yang dia dapat apabila biasakan anak tidur di bilik sendiri hubungan suami isteri jadi semakin erat dan sama-sama tahu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
—————————————————————————————
Sejak kami suami isteri melatih Maira dan Insyirah tidur di bilik sendiri, boleh kata kebanyakan pagi saya menjadi zombi.
Berulang alik dari bilik tidur kami ke bilik anak-anak apabila Insyirah menangis nakkan susu (breastfeeding). Selepas menidurkannya, saya akan kembali ke bilik utama. Kalau terlalu penat, mengantuk dan sudah pening kepala (kerana tidur lewat atau kerap terjaga), saya tertidurlah dengan anak-anak sampai ke pagi.
Sudah hampir setahun juga bila dicongak masanya.
Tertidur dengan anak, rasa jauh dengan suami
Pernah saya malas nak berulang alik, saya tidur terus di bilik anak-anak. Namun kesannya, saya rasa jauhh saja pula dengan suami.
Walaupun hubungan kami baik seperti biasa, tidak bergaduh dan melalui hari seperti kebiasaannya, ‘aura’ tu rasa tak best, tak seintim jika tidur di bilik yang sama.
Sebab apa?
Sebab ‘cuddle time’, ‘pillow talk’, tu tak ada. ‘Intimate feeling’ tu tak ada.
Jangan salah faham, hal-hal yang saya tuliskan ini bukanlah berkisar tentang hubungan secara seksual atau mesti berakhir ke ‘situ’. Namun, sebenarnya lebih kepada ‘physical contact’ yang menghubungkan hati-hati kita, suami dan isteri.
Sebelum tidur amalkan komunikasi positif
Sebelum tidur yang ada sesi ‘cuddle time’, ‘pillow talk’, berbual-bual, bergurau, kemudian bangun pagi dimulakan dengan pelukan, tentu berbeza rasanya dengan tidak berbuat demikian. Betul kan?
Hal yang nampak simple ini mengisi tangki emosi. Kalau hari dimulakan dengan happy, tenang, insyaAllah ia mempengaruhi kualiti seharian juga.
Jadi, inilah dilema kaum isteri yang bergelar mak-mak sebenarnya. Sebab itu ada ramai juga ibu bapa yang akhirnya TEWAS dan ‘redha’ sahaja anak-anak tidur sekali dengan mereka kerana ‘tak kuat’ mahu tidur berasing/bangun berulang kali sewaktu proses mengasing tidur anak-anak.
Betulkan mindset
Begitupun, ibu bapa kena sedar proses mengasingkan tidur anak-anak ini BUKAN SAJA-SAJA melainkan untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak tentang adab, aurat serta ikhtilat. Inilah yang disarankan agama.
Jadi, bagaimana mahu kekal kuat? Namun dalam masa yang sama tak perlu rasa ‘jauh’ dengan pasangan?
Pertamanya, kedua pasangan suami isteri perlu betulkan mindset.
Breastfeeding/susu formula adalah tanggungjawab ibu bapa. Bersama-sama.
Mengasingkan tempat tidur anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Bersama-sama.
Pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab BERSAMA suami isteri sebagai ibu bapa.
Ini hal yang sangat penting. Mindset perlu betul kerana sekiranya diletakkan semuanya atas bahu suami atau isteri seorang, takut hilang rasa kasih sayang dan hormat dalam sesebuah perhubungan. Atau lebih perit, pasangan rasa seperti diri sendiri terkorban dan makan hati.
Suami sama-sama main peranan
Seperti saya, alhamdulillah dan insyaAllah, suami takkan abaikan ‘goodnight kiss’, baca doa sama-sama dengan anak. Atau lebih tepat, proses ‘pre-sleep’ itu dia pun ada bersama. Terutamanya jika saya ada banyak kerja bisnes yang perlu diuruskan.
Ada masa-masanya dia akan belikan atau masakkan sarapan. Atau paling tidak, sentiasa pastikan ada barang basah dan kering di dapur untuk memudahkan urusan seharian saya untuk masak dan makan. Maklumlah kalau tidur tak cukup ni, mood mudah sangat nak upside down apabila handle rumah tangga di siang hari. Tambah kalau lapar lagi mudah menjadi singa. Ye kan?
Appreciation secara verbal atau non-verbal dari pasangan juga sangat membantu. Secara verbal ni contohnya suami directly ucap terima kasih sebab susukan anak, jaga anak-anak. Yes, memang itu anak-anak si isteri juga, ada apa halnya mahu berkira. Namun, kata-kata penghargaan suami setidaknya menguatkan isteri tadi bahawa ‘I am not alone in this journey’.
Non-verbal support pula ialah apabila dia nampak saya dah zombi sangat. Bercakap kurang, monyok saja, atau mood swing, dia akan terus take over anak-anak. Dia akan bagi saya masa untuk mandi dengan tenang, solat dengan tenang, bertafakur lama sedikit selepas solat. Semua ini sangat-sangat membantu untuk stay-up (dengan tenang) di malam hari.
Berbincang dengan pasangan
Sekiranya pasangan bukan jenis memahami ‘bahasa’ reaksi muka dan tubuh kita yang penat, tak larat, bateri kong, TOLONG BERITAHU, BERTERUS TERANG DAN BERBINCANG dengan pasangan.
Macam mana nak berbincang? Ikutlah ‘cara’ pasangan masing-masing. You know your partner better than anyone else. Never forget to sit together, plan together and work as a team.
Ingat ya..
Fasa anak nak menyusu, anak nak melekap seperti koala, berjaga malam hingga mata ibu bapa pun dah seperti panda, tak mahu berenggang tidur ini bukan selamanya, ia merupakan salah satu fasa dalam perjalanan ‘parenthood’. Untuk mematangkan kita, bahkan ia adalah salah satu jalan untuk mengeratkan hubungan suami isteri jika BETUL caranya.
Maka, jangan lepas tangan biar pasangan seorang diri. Jangan buat tak faham kesusahan pasangan kita. Juga jangan memendam di dalam hati hingga jadi benci pada pasangan.
Talk to each other, berbincang, rancang tindakan selanjutnya bersama.
Okay?
(ni bertanya sambil ingatkan diri sendiri juga ni.)
Banyak kali sudah saya kongsikan, namun suka untuk saya kongsikan sekali lagi. Ingatlah pesan Imam Hassan al-Banna tentang perkahwinan;
“Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’ yang diwarnai oleh beban-beban & kewajiban, yang bukan semata kesenangan dan romantik, melainkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan dan juga bebanan dakwah.”
Anak remaja jadi makin memberontak.Fasa remaja adalah tempoh kritikal dalam kehidupan seseorang, di mana pelbagai perubahan fizikal, emosi, dan mental berlaku. Seringkali, ibu bapa mendapati bahawa anak remaja mereka mula menunjukkan sikap yang lebih memberontak, sukar dikawal, dan tidak mudah menerima nasihat.
Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini
Sifat memberontak ini bukanlah sesuatu yang ganjil dalam perkembangan seorang remaja, malah ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses mencapai kematangan. Namun, penting untuk memahami sebab-sebab di sebalik sikap ini supaya ibu bapa dan penjaga dapat mengurusnya dengan bijak.
Berikut perkara-perkara yang sering ibu bapa terlepas pandang pada anak remaja seperti yang dikongsikan oleh Taufiq Razif
1. Kita banyak puji, peluk cium adik-adiknya secara berlebihan tetapi berkeras dan tegas melampau dengan dirinya.
Ubah: Kena banyak peluk cium anak anak yang lain juga. Bukan yang bongsu sahaja.
2. Kita terlampau “Authoritarian” dengan anak remaja kita. Semua benda tak boleh. Semua benda kena sekat.
Ubah: Kena banyak bersembang dan berbincang.
3. Kita tak ajar dia untuk berdepan dengan “rejection”. Kita banyak sangat tunai permintaan dia sewaktu masih kecil hingga dia jadi memberontak bila tak dapat sesuatu
Ubah: Sewaktu kecil lagi kena ajar anak tak semua benda dia nak dia dapat. Walaupun kita mampu saja nak bagi.
4. Kita lupa nak jadi kawan dia. Kita banyak jadi “pengetua dan warden” je pada anak remaja kita.
Ubah: Sesekali kena keluar berdua dengan anak remaja kita. Sesekali tu masuklah ke dunia anak remaja kita
5. Kita buat segalanya untuk mereka tapi kita lupa nak ucapkan dan zahirkan kasih sayang melalui kata-kata.
Ubah: Banyak cakap I Love You atau Mama Sayang Awak. Kalau tak selesa nak ucap, dalam bentuk tulisan pun boleh.
Suami mana yang tak sayangkan isteri walaupun isteri kuat membebel. Memang lumrah kalau golongan isteri kuat membebel, jika isteri tak membebel sehari memang tak sah. Tapi hati-hati ya suami, bila isteri mula diam lebih parah keadaanya.
Melalui perkongsian suami kepada pelakon, Yana samsudin iaitu Fadzil Zahari, dia memuatnaik sekeping gambar selfie yang mana memperlihatkan mimik muka Yana seolah sedang membebel dan marah.
Kepsyennya yang bersahaja “Setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya yang sentiasa membebel itu dan ini” telah mendapat perhatian ramai.
Setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya yang sentiasa membebel itu dan ini
Percayalah depa ni membebel untuk kebaikan, tak pernahnya di bebelkan sesuatu yang akan memudaratkan suaminya
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat suami Yana. Namun golongan yang bersetuju yang dilihat meninggalkan komen hanyalah golongan wanita sahaja.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.