Didik anak buat kerja rumah, mereka akan jadi orang yang berjaya bila dewasa nanti. Melibatkan anak-anak dalam tugasan rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kerja ibu bapa, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat dalam pembentukan keperibadian dan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Didik Anak Buat Kerja Rumah, Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti
Mengajar anak membuat kerja rumah sejak kecil membantu mereka memahami konsep tanggungjawab. Mereka belajar bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Apabila anak-anak terbiasa melakukan tugas-tugas tertentu, seperti membersihkan bilik atau menyusun meja makan, mereka mula menyedari bahawa tugas-tugas ini adalah tanggungjawab mereka yang tidak boleh diabaikan. Sifat bertanggungjawab ini penting bukan sahaja di rumah, tetapi juga di sekolah dan di tempat kerja pada masa hadapan.
Mengikut kajian dari Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan menjadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah:
Umur 2-3 tahun:
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun:
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Ads
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.
Anak umur setahun kuat merajuk dan sensitif, ibu ayah jangan cepat melenting. Menghadapi anak umur setahun yang kuat merajuk dan sensitif. Anak yang berumur setahun sedang melalui fasa perkembangan yang penting, di mana mereka belajar mengenali dunia di sekeliling mereka serta memahami perasaan dan emosi mereka.
Namun, ada kalanya ibu bapa berdepan dengan situasi di mana anak mereka kuat merajuk dan sensitif. Artikel ini akan memberikan panduan dan nasihat untuk menghadapi anak yang berperangai sebegini dengan bijak.
Memahami Emosi Anak
Pada umur setahun, anak-anak belum sepenuhnya menguasai bahasa untuk menyatakan perasaan mereka. Oleh itu, mereka mungkin menunjukkan emosi mereka melalui tangisan, merajuk, atau kelakuan sensitif.
Mereka masih dalam proses belajar tentang perasaan seperti marah, kecewa, gembira, dan sedih. Sebagai ibu bapa, penting untuk memahami bahawa merajuk dan sensitiviti adalah cara anak-anak kecil ini berkomunikasi dan meluahkan perasaan mereka.
Tip Menghadapi Anak yang Kuat Merajuk
Beri Perhatian Sepenuhnya
Apabila anak anda merajuk, cuba berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Tunjukkan bahawa anda memahami perasaan mereka dengan berbicara secara lembut dan penuh kasih sayang. Katakan bahawa anda faham mereka sedang marah atau sedih dan cuba untuk menenangkan mereka.
Jangan Cepat Marah
Bersikap tenang adalah kunci utama dalam menghadapi anak yang merajuk. Jika anda turut marah, situasi mungkin akan menjadi lebih tegang. Sebaliknya, cuba bernafas dengan tenang dan tunjukkan sikap sabar. Anak-anak cenderung meniru tingkah laku ibu bapa, jadi menunjukkan sikap tenang dapat membantu mereka belajar untuk mengawal emosi mereka.
Alihkan Perhatian
Salah satu cara yang efektif untuk mengurangkan rajukan adalah dengan mengalihkan perhatian anak kepada aktiviti atau benda lain. Mainan kesukaan mereka, buku cerita, atau aktiviti yang melibatkan pergerakan boleh membantu mereka melupakan sebab mereka merajuk.
Beri Pelukan dan Sentuhan Fizikal
Sentuhan fizikal seperti pelukan dan usapan lembut dapat memberikan ketenangan kepada anak yang merajuk. Ini memberikan mereka rasa selamat dan disayangi, serta membantu mengurangkan rasa marah atau kecewa.
Mengurus Anak yang Sensitif
Kenali Punca Sensitiviti
Perhatikan apa yang menyebabkan anak anda menjadi sensitif. Adakah mereka sensitif kepada bunyi bising, suasana yang terlalu ramai, atau perubahan dalam rutin harian? Dengan mengenal pasti punca, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan faktor-faktor yang mencetuskan sensitiviti tersebut.
Ciptakan Rutin yang Konsisten
Anak kecil biasanya merasa lebih selamat dan tenang dengan rutin harian yang konsisten. Pastikan waktu makan, tidur, dan bermain mereka teratur dan tidak terlalu banyak perubahan. Ini dapat membantu mengurangkan kebimbangan dan sensitiviti mereka.
Berikan Sokongan Emosi
Sentiasa berikan sokongan emosi kepada anak yang sensitif. Berbicaralah dengan mereka, bacakan cerita, atau hanya duduk bersama mereka apabila mereka kelihatan cemas atau sedih. Kehadiran dan sokongan anda sangat penting bagi mereka untuk merasa dihargai dan disayangi.
Ajarkan Cara Mengatasi Emosi
Mulakan dengan mengajarkan anak tentang pelbagai jenis emosi dan bagaimana untuk mengatasi perasaan tersebut. Contohnya, ajarkan mereka untuk menarik nafas dalam-dalam apabila mereka merasa marah atau sedih. Latihan ini boleh dimulakan dengan cara yang mudah dan berulang kali sehingga mereka memahaminya.
Menghadapi anak yang kuat merajuk dan sensitif memerlukan kesabaran, pemahaman, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Setiap anak adalah unik dan mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan perasaan mereka.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi perasaan mereka dan membesar dengan gembira serta yakin diri. Ingatlah bahawa setiap fasa perkembangan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang akan membantu mereka menjadi individu yang lebih kuat dan bijaksana di masa hadapan.
Kajian membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti. Sebab itulah dalam perkembangan seorang anak, peranan ayah sama pentingnya seperti tanggungjawab ibu.
Biarpun ramai yang cakap anak lebih rapat dengan ibu kerana ikatan itu telah berlaku seawal dalam kandungan ladi serta ketika proses penyusuan, namun ayah tetap boleh laksanakan tanggungjawab dengan rajin melayan anak-anak.
Ingatlah sesibuk mana pun ayah dengan kerja, bila di rumah anak sangat menantikan layanan ayah. Waktu itulah anak nak bergurau dan bergelak sama-sama.
Apa yang menarik perhatian ramai, menerusi perkongsian video di Instagram Sharnaaz Ahmad, gelagat anak lelakinya Jebat Jayden yang memakai kostum Spiderman comel sangat.
Paling mencuit hati apabila, Sharnaaz juga terpaksa melayan Jebat dengan memakai kostum Spiderman. Ibaratnya orang kata demi anak sanggup buat apa sahaja asalkan gembira.
“Sama birthday mestilah sama perangai kan.. yes superhero fav baba adalah spiderman.. jadi faham faham ja lah anak jadi lagu mana…”
Video yang dikongsikan Sharnaaz itu mendapat reaksi positif dari rakan artis serta peminatnya. Ramai memuji cara Sharnaaz yang suka melayan gelagat Jebat.
“Eh! Knape cute sgt ni!?..”
“baba paling best & cool lah! Comel je..”
“spider paling comel..”
Ini semestinya memberi kenangan manis buat Jebat yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-3 tahun pada 30 Ogos ini walaupun bukan sepanjang masa dapat bersama dengan babanya.
Moga dengan kenangan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara Jebat dan babanya. Jika diikutkan, memang banyak juga perkongsian Sharnaaz yang rajin melayan Jebat cuma kali ini ia begitu buatkan ramai yang terhibur.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kalau dijaga dengan bapa, memang kebanyakannya suka. Entahlah kenapa seronoknya. Mungkin perkara yang diutarakan ini menjadi faktor penyebab bapa menjadi kegemaran anak-anak.
Karakter & cara berfikir antara bapa dan ibu selalunya memang berlainan. Walau pun tidak semua kanak-kanak menggemari bapa mereka dan tidak semua bapa suka melayani anak, kebanyakkannya ayah akan memanjakan anaknya. Mungkin perkongsian daripada ibu ini ada kebenarannya.
Patutlah anak-anak lebih suka dengan ayah..
Satu hari tu, bawa anak lepak mamak pagi-pagi sebelum sampai sekolah. Maya nampak gula-gula kat kaunter.
“Nak satu gula-gula Ummi”.
“Alah dik…pagi lagi ni.Tak elok la untuk buah pinggang. Petang nanti ye”.
Redha je lah dia menerima pun. Bila mamak datang tanya nak makan apa,dia minta maggi. Umminya pun respon like…
“Mana boleh maggi pagi-pagi. Tak bagus untuk badan .Lagipun semalam baru makan keropok kan”.
“Hmm..ok lah. Mee goreng je lah”, kecewa la sikit camtu. Tapi,boleh move on.Order benda lain.
Sementara tunggu mamak datang, dia minta nak main handphone .Umminya kata…
“Eh,pagi-pagi lagi.Tak elok dik.Nanti gelombang otak terganggu”.
Dia akur je. Kami pun sambung borak-borak kosong.
Tak lama…..
Datang seorang ayah dengan dua anak kecil. Pakai baju sekolah tadika. Tengok uniformnya dekat-dekat area anak-anak ni juga sekolahnya.
Si ayah dan anak perempuan berjalan di depan. Si Abang dalam lingkungan 4 tahun mengekor dibelakang. Ada handphone ditangannya. Dipegang handphone itu dan terus bermain dari kereta membawa ke meja makan.
Ummi pandang Maya. Maya pandang Ummi. Ummi faham apa maksud dia. Tapi, ummi buat-buat tak reti.
Sebaik saja yang anak lelakinya dah duduk, anak perempuan kecilnya dalam lingkungan usia 3 tahun berlari ke kaunter. Jarinya menunjuk ke arah balang gula-gula disitu.Ayahnya tanpa bunyi satu apa pun,keluarkan 2 biji plastik kecil bewarna ungu.
Si kecil berlari ke meja, minta ayahnya bukakan plastik,dan ngap! Selamat dah masuk ke dalam mulut.
Sekali lagi Maya pandang Ummi dengan mata yang semakin mengecil.
Eleh. Ummi tabah je.
Buat tak tau juga lagi.
Yang paling best!
Masa ambil order. Bila mamak sampai ke meja diorang, si ayah tak teragak-agak order…
“Indo Mee satu. Pinggan kosong dua!”
Kali ni mata Maya dah kecil, hidungnya terjongket, mulutnya menguncup. Haha.
Umminya masih lagi jiwa kental. Buat muka kering macam takda apa jadi.
Last-last dia terkeluar juga…
“Tu lah.Kalau makan dengan abah mesti abah bagi”.?
SHORT TERM PLEASURE
Tak salahkan ayah-ayah pun. Orang lelaki ni memang dia lebih pada short term pleasure dari long term. Diaorang tak faham kenapa kita nak fikir jauh-jauh sangat. Benda hari ini untuk hari ini. Esok kalau jadi masalah,kita fikir lain.
Sebab itu anak-anak enjoy dengan ayah lagi.Tak banyak rules. Sempoi-sempoi je. Kita kira ni apa anak makan supaya tak teroverlapped. Semalam dah keropok,minggu depan pulak lah. Tapi kalau dengan ayah,8 kali sehari pun ok.