Didik anak buat kerja rumah, mereka akan jadi orang yang berjaya bila dewasa nanti. Melibatkan anak-anak dalam tugasan rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kerja ibu bapa, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat dalam pembentukan keperibadian dan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Mengajar anak membuat kerja rumah sejak kecil membantu mereka memahami konsep tanggungjawab. Mereka belajar bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Apabila anak-anak terbiasa melakukan tugas-tugas tertentu, seperti membersihkan bilik atau menyusun meja makan, mereka mula menyedari bahawa tugas-tugas ini adalah tanggungjawab mereka yang tidak boleh diabaikan. Sifat bertanggungjawab ini penting bukan sahaja di rumah, tetapi juga di sekolah dan di tempat kerja pada masa hadapan.
Mengikut kajian dari Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan menjadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah:
Umur 2-3 tahun:
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun:
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.
Sumber: Taufiq Razif
Baca artikel lain juga: Bukan Saja-Saja Suruh Anak Buat Kerja Rumah, Tak Bermaksud Jadikan Hamba Tapi Latih Jadi Insan Berjaya!
Anak Tujuh Tahun Dah Ajar Buat Kerja Rumah Biar Anak Jadi Bibik Awal, Senang Tahu Tanggungjawab!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my