Keibubapaan

Didik Anak Bukan Mudah, Ibu Bapa Perlu Sama-sama Berganding Bahu

Share

Cabaran ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak tidak semudah ABC. Dalam usaha mendidik anak, ibu bapa perlu sama-sama berganding bahu bagi membina sahsiah diri yang kukuh.

Agar mampu mempersiapkan anak menjadi insan cemerlang dan berguna pada masa depan, ibu bapa perlu rajin mendalami ilmu keibubapaan. Kebiasaannya apabila memperkatakan hal mendidik anak, ibu dilihat memiliki peranan sangat penting berbanding bapa.

Didik Anak Bukan Mudah

Fitrah wanita mengandung, melahirkan dan menyusukan pada awal fasa kehidupan anak itu, menyebabkan peranan ibu sangat rapat dan sinonim dengan pendidikan anak. Bagaimanapun tugas mendidik anak bukan hanya tergalas pada bahu ibu seorang sahaja. Bapa turut memainkan peranan.

Ibu Bapa Perlu Sama-sama Berganding Bahu

5 TIP DIDIKAN ANAK YANG TERBAIK

1) ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ช๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฐ๐‘บ๐‘ป
โ€“ Anak-anak ini dah perfect. Allah dah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.

2) ๐‘น๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‰๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฌ๐‘ฟ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ช๐‘ป๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi stress dan tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.

3) ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ญ๐’๐’Œ๐’–๐’” ๐‘ท๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘น๐‘ฌ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ป
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak-anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekan la kita jadinya. Fokus pada usaha, insyaAllah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.

4) ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‰๐’†๐’๐’•๐’Š ๐‘บ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ต๐’€ ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ
Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara tu, bila ada orang share tips didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.

5) ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‰๐’†๐’๐’•๐’Š ๐‘ช๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ
Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buat la macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak anak tu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.

Sumber: Siti Fatihah Ahmad, Consultant Mommy Hana

Artikel berkaitan:ย Ini Caranya Ayah Patut Didik Anak Perempuan, Paling Istimewa Di Hati Ayah!

Anak Belajar Daripada Tingkah Laku Ibu Bapa, Hati-Hati Bila Depan Anak-anak

Mak, Ayah, Jangan Terlepas Pandang Kesilapan Besar Yang Dibuat Dalam Mendidik Anak-anak

Published by
Has