Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu didik anak jadi pandai dan berjaya dalam hidupnya satu hari nanti. Kita berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka.
Kalau boleh seawal usia anak lagi, ibu bapa nak mereka sudah pandai membaca, mengira dan apa sahaja kepandaian yang boleh dibanggakan.
Kebanyakan ibu bapa milenial hari ini sanggup berhabis duit demi memastikan mereka dapat menyediakan apa yang paling terbaik untuk perkembangan dan tumbesaran anak.
Kesibukan mencari wang ringgit untuk menampung perbelanjaan membesarkan anak membuatkan ibu bapa kadang kala terlupa untuk menerapkan nilai murni dan adab dalam diri anak. Bila kita perhatikan anak-anak sekarang yang agak kurang mempunyai nilai empati dalam diri masing-masing membuatkan kita jadi takut.
Artikel lain: Usia 0-7 Tahun Gantikan Marah, Guna Ayat Ni. Baru Nampak Hebatnya Kata-Kata Ibu Ayah!
Membesarkan anak bukan sekadar mendidik mereka mempunyai otak yang bijak sahaja tetapi perlulah seimbang dengan nilai murni, adab dan akhlak yang sempurna dalam diri mereka.
Apatah lagi dalam menghadapi cabaran kehidupan hari ini yang sangat mencabar. Sesetengah kanak-kanak mungkin nampak bijak dan ke hadapan kepintarannya tetapi jiwa kosong dan tidak mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
Kesannya kita tidak nampak hari ini tapi bila mereka dewasa kelak barulah ada masalah yang muncul. Jadi sebelum anak kita membesar sebagai insan yang tidak mempunyai perasaan simpati dan empati maka biasakan mereka sejak kecil dengan nilai-nilai murni kerana kepandaian itu boleh diajar tetapi nilai murni dan adab dalam diri anak hanya boleh terbentuk bila kita biasakannya sejak dari kecil lagi.
Sebenarnya tak susah pun untuk serapkan nilai murni dan adab ke dalam diri anak kita. Benda-benda simple yang nampak remeh tapi sebenarnya jika dipraktis setiap masa dapat memberikan impak besar dalam diri anak sehingga mereka dewasa.
Saya tertarik membaca perkongsian contoh nilai-nilai murni yang boleh kita amalkan bersama anak-anak dalam rutin seharian seperti dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini.
Mungkin selama ini kita terlepas pandang dan anak memerhati sahaja perbuatan kita yang tak sepatutnya dicontohi. Jom kita sama-sama biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
BAGAIMANA NAK SERAPKAN NILAI MURNI DAN ADAB KE DALAM DIRI ANAK KITA
1) Bila masuk ke rumah, sambut anak dengan salam dan ciuman. Ini tanda kasih dan sayang.
2) Baik kepada jiran dan jangan cakap belakang. Mereka mendengar.
3) Dan juga Jangan bercakap buruk tentang pemandu lain jika anda memandu. Anak kita akan meniru akhlak kita.
4) Ajak anak anda bersama setiap kali berjumpa dengan ibu bapa kita. Bila kita bercakap dengan ibu bapa kita, ajak anak kita bercakap dengan mereka. Lebih banyak mereka melihat kita menyayangi mereka, lebih tinggi kasih sayang mereka pada anda bila sudah tua nanti.
5) Bila memandu mereka ke sekolah, janganlah on kan radio atau mainkan muzik. Apa kata, ceritakan tentang diri anda. Pengalaman anda. Ianya akan memberikan impak yang besar. Percayalah.
6) Imej diri. Sikat rambut, gosok gigi, dan pakai pakaian yang sopan walaupun berada di rumah. Mereka perlu tahu, berpakaian kemas dan bersih tidak semestinya bila kita nak keluar sahaja.
7) Cuba jangan salahkan atau komen setiap perbuatan yang mereka lakukan. Kadang- kadang, biarkan atau lepaskan. Mereka perlu belajar membina keyakinan diri.
Artikel lain: Jaga Pemakanan Ketika Menyusu. Kalau Nak Anak Lebih Pintar, Amalkan Pemakanan Ini Untuk Ibu Menyusu
8. Minta kebenaran bila nak masuk ke bilik anak anda. Jangan ketuk dan terus masuk. Tetapi tunggu kebenaran dari anak. Mereka akan belajar untuk tidak masuk sesukahati ke bilik anda nanti.
9) Minta maaf kepada anak anda jika anda melakukan kesalahan. Ianya mengajar anak anda menjadi rendah hati dan sopan.
10) Jangan bersifat sarkastik dan mempermainkan perasaan mereka. Walaupun anda tidak berniat atau bergurau. Ianya sangat sakit.
11) Tunjukkan rasa hormat pada privasi anak anda. Ianya penting untuk membentuk perasaan nilai dan harga diri.
12) Jangan fikir anak anda boleh faham dan dengar untuk pertama kali. Bersabar dan konsisten.
13) Bermainlah dengan mereka. Luangkan masa bersama. Mereka akan ingat sehingga dewasa.
14) Tegas. Sekiranya mereka perlu ditegur, jangan ragu untuk melakukannya. Perbetulkan kesilapan mereka dengan segera. Jangan sekali-kali mengatakan “Oh dia hanya kanak-kanak” atau “dia akan belajar bila dewasa”.
Tidak! Inilah masanya untuk belajar. Sekiranya mereka tidak belajar sekarang, mereka tidak akan pernah belajar.
15) Ajar mereka untuk bersabar dan bersyukur. Jangan berikan semua yang mereka minta. Ikut had anda. Menahan beberapa perkara walaupun anda mempunyai kemampuan untuk memberikannya. Pada yang Islam, ajarkan mereka untuk mengucapkan ‘JazakAllah’. Katakan kepada mereka untuk melakukan syukur kepada Allah atas segala sesuatu.
16. Akhirnya, sentiasa berdoa untuk mereka setulus hati. Doa ibu bapa adalah antara yang dijamin penerimaannya.
Semoga Allah swt memberikan kepada kita kemampuan untuk membesarkan anak-anak kita dengan tingkah laku dan akhlak yang baik. Semoga Allah menjadikan mereka kesejukan mata untuk kita. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kedua-dua dunia dan akhirat. Amin
Sumber: Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI