Zaman serba moden dan canggih ini memerlukan kekentalan mental dan fizikal dalam mendidik anak. Ada waktunya ibu ayah terpaksa mengalah dan bermain dengan emosi serta psikologi halus yang membuatkan anak akur dengan setiap arahan yang diberikan.

Namun bukan hanya arahan yang ibu ayah harus praktikkan, ibu ayah juga perlu turut sama dalam setiap perkara dan aktiviti yang dilakukan. Barulah anak bersemangat. Ini yang dikongsikan oleh saudara Zul Fikarullah. Kita ikut mana yang tepat dan jadikan panduan dalam mendidik anak kita.

Didik Anak Soleh Solehah, Bukan Bagi Arahan Je, Ni Patut Mak Ayah Buat!

5 Tip mudah didik anak jadi Soleh Solehah

1. Tunjukkan tauladan pada anak.

Usah nasihat semata-mata sebab anak akan cepat bosan. Buat dulu atau ajak anak buat sama-sama. Baru anak semangat nak buat. Ni kau suruh anak baca Al-Quran, kau pula tergolek tengok tv. Memang tak best lah budak tu nak buat.

2. Mindset akhirat

Tanam mindset akhirat pada anak-anak. Selalu sebut Allah. Anak buat salah, kata Allah marah nanti. Suruh anak tidur awal usah kata sebab nak sekolah esok. Tukar mindset kepada akhirat kata nak bangun solat tahajud esok. Lepas tu, sekolah tetap akan pergi juga.

Ads

Didik Anak Soleh Solehah, Bukan Bagi Arahan Je, Ni Patut Mak Ayah Buat!

3. Kerap cerita tentang Sirah Nabi

Selalu cerita pada anak tentang pengorbanan dakwah Nabi saw dan para sahabat. Tanamkan rasa kekaguman kepada Nabi saw melebihi makhluk lain. Janganlah dok asyik sembang pasal K-Pop. Buang masa.

4. Kerap peluk anak.

Terutamanya si ayah. Jangan asyik peluk mak jer. Anak-anak walaupun dah besar tetap perlukan aura pelukan dan belaian seorang ayah. Anak yang sering dipeluk akan lebih tenang, kurang degil dan rasa diri mereka dihargai.

Ads

Didik Anak Soleh Solehah, Bukan Bagi Arahan Je, Ni Patut Mak Ayah Buat!

5. Jadikan doa sebagai amalan.

Nak buat apa sahaja mesti doa dahulu. Kenapa kena doa, sebab nak ajar anak bergantung hanya kepada Allah. Bukan kepada makhluk. Terangkan kepada anak kenapa perlunya berdoa dari usia mereka kecil lagi.

Sesungguhnya hidup ini teramat singkat, amalan pula tak banyak. Sebab itu perlu didik anak jadi soleh dan solehah agar ketika diri kita sudah meninggal dunia masih ada doa anak yang soleh memberi bekal ke dalam kubur kita nanti.

Didik Anak Soleh Solehah, Bukan Bagi Arahan Je, Ni Patut Mak Ayah Buat!

Ads

Lebihkan akhirat dalam hidup anak-anak maka dunia akan mengejar mereka. Bukan sahaja anak ye, diri kita juga sama.

Suruh orang buat baik memang senang. Nak suruh diri buat baik ni yang payah.

Semoga kita semua terus istiqamah dalam kebaikan sehingga akhir hayat kita.

Didik Anak Soleh Solehah, Bukan Bagi Arahan Je, Ni Patut Mak Ayah Buat!

Banyak lagi tip sebenarnya, tetapi kita mulakan dahulu yang sedikit ini jika masih belum buat. Jika sudah buat, Alhamdulillah. Boleh tambah lagi amalan baik yang lain dan jangan lupa untuk doakan orang lain juga boleh buat sama.

Biarlah kita masuk syurga sama-sama ye.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI