Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang ibu dan seorang bapa. Mendidik anak perlukan ilmu dan kesabaran yang tinggi terutama pada zaman yang serba mencabar ini. Contoh terbaik dalam mendidik anak-anak tidak lain dan tidak bukan ialah cara Rasulullah SAW.
4 Tahap Didik Anak Ikut Sunnah Rasulullah
Berikut adalah 4 tahap didik anak yang berbalik kepada fitrah dan ianya sunnah yang telah telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Anak usia 0-6 Tahun (Kasih sayang)
Pada usia ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
Ibu bapa boleh bergurau, membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali mendenda mereka dengan kekerasan apabila melakukan kesalahan.
Anak usia 7-14 Tahun (Disiplin dan tanggungjawab)
Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kesimpulannya, pada tahap ini ibu bapa perlu mendidik anak mendengar arahan, disiplin dan beri tanggungjawab, didik anak tentang solat, puasa dan ibadah.
Anak usia 15-21 Tahun (Jadikan anak sebagai kawan)
Pada umur ini jiwa remaja mudah memberontak dan memikirkan hanya mereka yang betul. Maka ibu bapa perlu mendidik anak dengan cara yang rasional agar anak-anak juga terdidik untuk menjadi lebih rasional.
Ibu bapa boleh menjadikan anak sebagai kawan, jadilah pendengar yang baik, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Anak usia 21 Tahun ke atas (Kepercayaan dan kebebasan)
Pada masa ini, ibu bapa sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup sendiri. Sudah masanya ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Walaubagaimanapun, ibubapa masih perlu memantau, menasihatkan dan terus berdoa agar setiap hala tuju yang diambil anak-anak adalah betul dan tidak tersasar dari landasan yang benar.
Sumber: Abu Zar Al Ghifari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Rayan, Haidar Pula Meninggal Setelah 3 Hari Terperangkap Dalam Perigi
Adik Haidar, kanak-kanak yang tiga hari terperangkap akibat terjatuh ke dalam sebuah perigi di sebuah kampung terpencil di Afghanistan, disahkan meninggal dunia. Pemergian Haidar mengulangi kejadian yang menimpa arwah adik Rayan Awram, lima tahun yang meninggal dunia selepas lima hari terperangkap selepas terjatuh dalam sebuah perigi di Maghribi baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN [Haidar Berhenti Berkomunikasi, Mungkin Letih Terperangkap Dalam Lubang 10 Meter]
Pegawai Taliban dalam kenyataannya pada Jumaat (18 Feb) berkata, pada Selasa (15 Feb) lalu, Haidar terjatuh ke dalam sebuah perigi pada kedalaman 25 meter yang digali di Shokak, sebuah perkampungan gersang di wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer di barat daya ibu kota Kabul.
“Dengan penuh kesedihan, Haidar dipisahkan daripada kami selama-lamanya,” kata Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri Taliban, Anas Haqqani melalui Twitternya.
Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam untuk cuba menyelamatkan Haidar, namun usaha itu gagal apabila dia ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
Jatuh ketika bantu menggali lubang
Datuk kanak-kanak lelaki itu, Haji Abdul Hadi, 50, berkata Haidar terjatuh ke dalam perigi ketika dia cuba membantu orang-orang dewasa lain menggali lubang baharu di kampung yang dilanda kemarau itu.
Pihak Taliban turut menyiarkan video operasi menyelamat Haidar dilakukan, membuktikan bahawa membuktikan rejim baharu yang dikritik secara meluas sebelum ini atas dakwaan pencabulan hak, sebenarnya begitu prihatin dengan kebajikan rakyatnya. – Agensi
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usah Paksa Anak Peluk Salam Orang, Tapi Cuba Tukar Kepada 5 Cara Ini!
Biasanya apabila tiba musim perayaan, tidak kiralah Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krimas atau sambutan Hari Raya, pastinya akan ada situasi salam hari raya dan berpelukan, betul tak? Si kecil juga tidak terkecuali apabila ada ahli keluarga yang ingin peluk anak.
Tetapi kadangkala ada anak-anak yang tidak mahu bersalaman atau berpelukan, jadi apakah tindakan anda? Memaksa atau menerima kehendak mereka tersebut?
Apakah adab hari raya itu lebih penting atau keselesaan anak? Jom ketahui jawapannya dalam perkongsian artikel ini.
Situasi selalu terjadi apabila ada yang ingin peluk anak
Senario memeluk atau bersalam ini bukanlah hanya terjadi ketika perayaan, bahkan berlaku setiap kali rumah dikunjungi saudara-mara.
Apabila ahli keluarga ingin pulang, kita biasanya akan memanggil anak untuk bersalaman, “Husna, salam Mak Long.”
Ada anak yang mudah menerima arahan. Terdapat juga anak yang teragak-agak – jelas menunjukkan mereka tidak mahu melakukannya – tetapi anda memaksa mereka untuk melakukannya, sama ada secara lisan atau literal.
Anda mungkin terfikir ia hanyalah pelukan, sekadar adab hari raya atau ketika bersama ahli keluarga. Namun penerimaan anak terhadap keadaan tersebut mungkin berbeza.
Peluk anak biarlah atas kerelaan mereka
Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai hak melakukan sesuatu atau keinginan mereka sendiri.
Walaupun perbuatan bersalaman atau berpelukan kelihatan seperti adab hari raya, namun fikirkan mesej yang anda hantar melalui tindakan memaksa anak memberikan kasih sayang walaupun jelas mereka tidak mahu melakukannya.
Anda sedang ‘memberitahu’ mereka bahawa apabila ada individu dewasa yang mahukan pelukan atau ciuman, anak harus memberikannya walaupun tidak selesa – sekali gus memberi ruang kepada perbuatan gangguan seksual.
Sebaliknya, jika ibu bapa membenarkan anak menunjukkan kasih sayang mengikut istilah dan kerelaan mereka sendiri, anda mengajar mereka untuk mempunyai hak tersendiri berkaitan perasaan dan emosi.
Tindakan tersebut juga membantu anak menyedari bahawa anda menghargai perasaan mereka. Sekali gus membolehkan anak belajar bahawa mereka mempunyai hak untuk mengatakan tidak.
Memaksa anak juga dalam masa yang sama mengajar mereka bahawa individu dikenali sentiasa boleh menyentuh mereka. Kesannya anak mungkin tidak akan berkongsikan kepada anda jika berlakunya gangguan seksual.
Pentingnya keselesaan si kecil dalam situasi peluk anak
Ibu bapa perlu membantu anak memahami jika keadaan atau sesuatu perkara membuatkan mereka tidak selesa, jangan lakukannya. Walaupun ia melibatkan pelukan atau bersalaman dengan datuk, nenek mahupun ahli keluarga lain.
Tidak dinafikan, pelukan dan ciuman daripada ahli keluarga adalah sebagai tanda kasih sayang kepada si kecil. Namun itu tidak bermakna anda boleh membiarkan anak berada dalam keadaan tidak selesa secara fizikal hanya kerana tidak mahu menyakiti hati ahli keluarga lain.
Ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menentukan bahawa anak tidak perlu dipaksa melakukan sesuatu di luar kehendak mereka selagi berada dalam landasan yang betul.
Pilihan adab hari raya yang boleh diamalkan
Apabila anda meminta si kecil bersalaman atau memeluk ahli keluarga tetapi permintaan tersebut ditolak, pastinya timbul rasa kejanggalan, bukan?
Jadi untuk mengelakkan situasi tersebut, anda boleh mencuba beberapa tip berikut:
Berikan pilihan sebelum membiarkan ahli keluarga peluk anak
Tanyakan kepada si kecil sama ada mereka boleh memberikan pelukan, ciuman atau salam hari raya kepada ahli keluarga lain, contohnya “Tok mesti suka kalau Husna kiss Tok, Husna nak kiss tak?”
Pastikan anda menerima dan menghormati apa sahaja pilihan mereka. Ia akan memperkasakan anak untuk mengetahui apabila mereka selesa dan tidak selesa dengan kasih sayang secara fizikal.
Jelaskan kepada keluarga dan sahabat
Ia mungkin konsep asing bagi ahli keluarga apabila anda membenarkan anak membuat pilihan sama ada mereka mahu atau tidak memeluk mahupun mencium seseorang.
Perjelaskan secara terbuka bahawa itu pilihan yang anda mahukan untuk si kecil – untuk tidak memaksa mereka memberikan kasih sayang fizikal sekiranya tidak selesa.
Perkukuhkan rasa hormat dalam hal peluk anak
Dalam masa yang sama, terangkan kepada anak bahawa penolakan untuk bersalaman, berpelukan atau berciuman bukanlah alasan untuk mereka menjadi tidak beradab. Ajari mereka untuk menolak dengan penuh hormat.
Jangan lupa untuk memuji mereka sekiranya anak melakukannya dengan baik.
Berbincang mengenai hak mereka
Sebaiknya berbincang dari hati ke hati bersama anak. Perjelaskan kepada mereka mengenai pilihan yang ada. Didik mereka mengenai ‘sentuhan selamat’ dan ‘sentuhan tidak menyelesakan’.
Komunikasi seperti ini dapat membantu anak untuk berasa lebih selesa berkongsi segalanya dengan anda tanpa merahsiakan apa-apa.
Selain peluk anak, anda boleh galakkan kasih sayang bukan fizikal
Anak mungkin mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka – seperti memberikan lukisan atau menyanyikan lagu untuk mereka. Galakkan anak untuk mempamerkan kasih sayang dengan cara mereka sendiri.
Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk menunjukkan kasih sayang walaupun mereka tidak selesa, ia seperti kita mengajar si kecil untuk mengabaikan gerak hati. Sekali gus ada risiko diambil kesempatan oleh individu lain.
Usah memaksa anak memberikan pelukan, salam hari raya atau ciuman, sebaiknya biarkan mereka memilih dan melakukannya dengan seikhlas hati.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Nasihat Anak Baca Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir & Hembus Ke Arahnya” Antara 13 Petua Power Dr Fadzilah Kamsah Didik Anak
Impian setiap ibu bapa untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Namun apakah amalan yang terbaik untuk membentuk anak-anak yang soleh dan solehah ini?
Pastinya banyak amalan yang ibu bapa sendiri perlu lakukan agar anak-anak jadi seperti yang kita impikan. Ikuti perkongsian ini bagaimana petua power mendidik anak untuk mentaati agamanya.
13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
- Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
- Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
- Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
- Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
- Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
- Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
- Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
- Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
- Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
- Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW: Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. @Ilham Media
Kredit: Kisah Zakat Malaysia
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Jom jadi peserta terawal!
✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex
Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI