Tak perlu nak paksa anak kecil bertudung jika mereka belum betul-betul bersedia. Cuma yang perlu dititikberatkan adalah ajar mereka malu.
Jika perasaan malu itu dah ada dalam diri anak, automatik anak akan faham dan dapat terima. Tapi jika ibu ayah dah ajar anak bertudung seawal mungkin tiada masalah dan itu sangat digalakkan. Sebab apabila dah terbiasa lagi mudah kan!
Berdasarkan perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah mengenai ajar anak bertudung dan dikaitkan dengan sikap malu dalam diri anak, memang ada benarnya.
Tahun ni umur Maryam dah nak masuk 5 tahun. Tapi saya tak pernah ajar atau suruh Maryam pakai tudung bila kami nak keluar. Sekali sekala cuma bertanya sahaja, kalau dia mahu pakai tudung.
Suruh? Tidak.
Kalau dia nak pakai, dia ambil kerusi, dia panjat atas kerusi, buka almari dan sarung sendiri mana-mana tudungnya. Saya tak suruh, dan tak titik beratkan hal ini.
Sebab apa?
Sebab saya bukan nak membesarkan anak yang ‘pakai tudung’.
“Haih? Ajaran apa Ustazah bawa ni?”
“Ajaran Islamlah,”
Islam bukan mahu melahirkan ummah yang menutup kepala atau bertudung, hakikatnya Islam mahu melahirkan ummah yang ADA PERASAAN MALU.
“Samalah tu! Bertudung itulah buktinya kita ada perasaan malu!”
Bagi saya, TIDAK. Bertudung boleh jadi BUKTI seseorang itu berperasaan malu, dan kadang-kala, tidak sama sekali. Saya bercakap dalam konteks ZAMAN SEKARANG.
Zaman dulu, mungkin berbeza. Tudung hanya dipakai apabila seseorang itu berasa malu.
Tapi zaman kini, tudung TIDAK lagi dipakai kerana rasa malu semata. Tudung dipakai kerana BANYAK sebab. Antaranya, untuk berfesyen, untuk menutup rambut yang rosak, untuk kelihatan trendy dan sophisticated, untuk menutup mulut orang, untuk kelihatan lebih cantik dan berbagai SEBAB yang lain.
Not to mention, model bikini dan pelacur juga bertudung untuk menutup aktiviti mereka, khususnya di negara Arab.
Kerana KEPELBAGAIAN SEBAB inilah, kita dapat lihat, ramai orang yang bertudung, tetapi MALU itu tiada.
Bertudung, tapi masih berpegang tangan sesama bukan muhrim. Bertudung, tetapi bergelek menghayun punggung di atas pentas. Bertudung, tetapi terpekik menjerit dan melolong. Bertudung, tetapi mulut celupar dan penuh sumpah seranah. Bertudung, tetapi menipu, mengeji dan memfitnah manusia. Bertudung, tetapi bergaul dengan lelaki ajnabi, bercuti berdua-duaan ibarat laki dan bini.
“Jadi, sebab ramai orang bertudung buat perangai tak elok, maka kita jangan ajar anak bertudung? Begitu? Biar iman sahaja di hati?”
“Saya tak pakai tudung, sebab tengoklah orang bertudung. Hipokrit! Nama saja bertudung, tetapi jahat! Saya tak bertudung, tapi hati saya penuh dengan iman”
Ini kepercayaan YANG LAGILAH SALAH! Kerana MENUTUPI KEPALA (bertudung) dan IMAN itu sangat berkait. MUSTAHIL terpisah.
Biasa juga kita dengar begini. Kita usah melatah, tetapi terangkanlah dengan penuh kasih sayang dan rahmah.
Memang ramai orang yang terkeliru sebegini, gara-gara fenomena ‘ajar diri dan anak bertudung, tanpa menghadirkan rasa malu.’ Ini adalah tanggungjawab kita untuk menerangkan dengan penuh sabar dan sayang.
BERMULA DARI MENDIDIK ANAK KITA TENTANG MALU, IMAN DAN BERTUDUNG itu secara SEIMBANG dan MENYELURUH.
MENYELURUH, bukan SURUH. Suruh semata, kemudian tinggalkan DIDIKAN DAN KEFAHAMAN di sebalik perintah bertudung, inilah kesilapan yang telah kita warisi zaman berzaman.
Kerana itu, perlu ada REVOLUSI dalam pemahaman kita tentang bertudung dan MENDIDIK anak bertudung. DIDIK sehingga anak bertudung, bukan HERDIK supaya anak bertudung.
Kecelaruan sebegini telah banyak menimbulkan fitnah ke atas agama kita.
JANGAN sekadar ajar anak kita bertudung. Tetapi ajar dan DIDIKLAH anak kita untuk MEMPUNYAI SIFAT MALU SEHINGGA MEREKA BERTUDUNG, ini KEWAJIPAN kita.
Biar Anak Faham
Biar mereka faham, biar mereka tahu NILAI sebenar di sisi tudung, iaitu MALU dan IMAN. Bukan semata mereka pakai kerana kita suruh, sedangkan kita SAMBIL LEWA dan berlepas tangan TIDAK MENGAJAR anak tentang ‘maksud beriman’ di sebalik tudung yang dikenakan.
MALU ITU ADALAH TANDA IMAN. Dan imanlah yang mencegah kita dari berkelakuan yang tidak sepatutnya.
Jangan pakai tudung kerana mahu jadi baik semata, kerana hakikatnya langsung tidak semua orang bertudung berjubah itu baik.
Tetapi, pakailah tudung SEBAGAI NATIJAH dari iman, inshaALLAH, pasti kita dapat mendidik diri menjadi baik dan semakin baik. Bukan TUDUNG buat kita jadi baik, tetapi IMAN di sebalik tudung itu.
“Adakah pakaikan anak tudung itu salah satu cara untuk didik anak ada sifat malu?”
Jangan simplify bahawa ‘bertudung’ adalah CARA untuk mengajar anak mempunyai sifat malu.
Kita tidak mahu tambah kekeliruan masyarakat, dengan melahirkan lebih ramai anak-anak perempuan yang bertudung tanpa rasa malu yang MELINDUNG.
Bertudung BUKAN CARA. Tetapi bertudung ADALAH NATIJAH/KEPUTUSAN/AKIBAT SELEPAS ANAK MEMPUNYAI PERASAAN MALU. STEP ini yang banyak kita terlepas pandang selama ini.
By the time saya sebut klausa di atas, tentu ramai dah faham, KENAPA ramai wanita bertudung, tetapi perangainya dan cara pembawaan diri TIDAK seperti yang sepatutnya.
Bertudung itu adalah NATIJAH selepas anak merasa malu. Dan yang AKAN HADIR SECARA PAKEJ dengan natijah ini ialah, anak MALU dan tidak akan berkelakuan sumbang, anak MALU untuk berpakaian tetapi telanjang, anak MALU untuk berkawan bermesra tanpa batasan lelaki dan perempuan, anak MALU untuk bercintan-cintun memurahkan diri di hadapan lelaki, anak MALU untuk bermulut celupar dan mengucap sumpah seranah, anak MALU untuk berkelakuan tidak senonoh dan sebagainya.
Jadi, yang sebetulnya adalah DIDIK ANAK MERASA MALU, kerana dengan MALU itulah, anak-anak anak akan BERTUDUNG DENGAN SEMPURNA, DATANG SEKALI DENGAN PAKEJ AKHLAK YANG MULIA!
Maka tiada lagi isu wanita bertudung tetapi jalang, bertudung tetapi telanjang, bertudung tetapi bermulut longkang.
“Jadi, bagaimana nak didik anak merasa malu?”
Bila kita sebut MALU, kita kena kembali kepada apa yang Nabi Muhammad (berselawatlah) sebutkan tentang MALU. Iaitu, MALU ITU SATU BAHAGIAN DARIPADA IMAN. Bermakna, apabila kita hendak mendidik MALU dalam diri anak-anak, tidak dapat tidak MESTI kita perlu kembali kepada iman. Iman yang macam mana?
Salah satunya, beriman dengan ayat MENUTUPI DADA.
Biar Tutup Sempurna
Ya, ada sebab MENGAPA disebut tentang dada. Dada dan perasaan malu AMAT BERHUBUNG KAIT. Ini part PALING KRITIKAL untuk difahami mereka yang memiliki anak perempuan. InshaALLAH, saya akan kongsikan tentang part ini dalam pos khas, kerana sehingga hari ini saya belum terlihat ia dikongsikan, maka amat penting untuk saya menulis tentangnya dengan cermat dan tepat. Another long post, detailed and explained.
“Habis, Ustazah nak kata kami yang tidak bertudung ini tak malulah? Tak berimanlah? Macam tu?”
NauzubILLAH. Bersihkan diri dari pemikiran sebegini. Orang yang tidak bertudung bukan tak beriman, bukan tak malu. Cuma, iman itu belum CUKUP SUBUR sehingga belum merasa tingkat malu yang lebih tinggi, iaitu malu untuk meninggalkan syariat ALLAH. Malu ini BANYAK TINGKAT. Nantilah kita cerita panjang. Yang perlu kita lakukan sekarang ialah, SUBURKAN lagi iman, sehingga hati terdorong untuk mengamalkan syariat bertudung.
“Jadi, kalau iman tak cukup sampai tak mahu bertudung, tak perlu bertudung lagi ke?”
Kalau untuk orang dewasa dan anak-anak yang sudah baligh, WAJIB bertudung juga. Kerana bertudung yang DIPAKSAKAN atas diri kerana kita PURPOSELY mahukan iman dalam diri, inshaALLAH akhirnya akan mencambahkan rasa ikhlas bertudung itu. Sekejap saja rasa terpaksa itu, Percayalah. Kerana ALLAH MAHA MENYANTUNI HAMBANYA YANG MAHU KEMBALI KEPADANYA, YAKINLAH.
Jadi sekarang, jelas sudah sebab mengapa saya tidak melihat mengajar Maryam pakai tudung pada usia kecilnya, sebagai satu perkara yang paling kritikal. Kerana bagi saya, yang paling penting ialah saya mengajar, mendidik dan menyuntik Maryam untuk MEMPUNYAI PERASAAN MALU. Dan perbuatan PAKAI TUDUNG itu adalah RESULT – RESULT – RESULT atau keputusan/consequence KERANA wujudnya perasaan malu itu dalam dirinya. Jadi parents, JANGAN fokus pada RESULT kalau PROSESNYA sendiri kita sudah TERCICIR!
Jadi, ini maksud saya. Saya tidak ajar Maryam pakai tudung. Saya ajar Maryam sesuatu yang lebih BESAR di sebalik tudung, iaitu PERASAAN MALU, yang AUTOMATICALLY akan buat dia bertudung, siap pakej dengan akhlak yang baik, inshaALLAH.
Sumber: Sharifah Zahidah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI