Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki. Anak perempuan perlu dijaga sebaiknya, dilentur agar patuh dengan agama dan adab, barulah mereka lebih terpelihara.
Perkongsian Dr Redza Zainol ini banyak benarnya, anak perempuan kita perlu dididik sejak kecil malah rasa percaya perlu dijaga sebaiknya diantara anak lelaki dan perempuan supaya segala permasalahan dapat dikongsikan sebaiknya.
Cuainya saya. Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi. Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang. Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius. Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.
Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah. Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu.
Aduh, rasa bersalah tu datang berhari-hari dan sampai hari ni saya masih lagi rasa tak selesa bila teringat kecuaian saya tu. Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya.
“Mana ayahnya kak?”
“Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya,” balas kak Ani.
Kak Ani tunjukkan bayi tu dan saya bawa ke sudut azan. Mata dia masih tertutup. Bila saya mula je azan, dia buka mata terkebil-kebil. Dia pandang je pada saya. Dia dengar dan sikit pun tak menangis. Lepas saya letakkan semula bayi tu, kak Ani panggil saya. Dia jururawat paling senior di situ.
“Bayi macam ni selalu ayahnya dah lari. Ada yang dibuang keluarga bila tahu anak mereka mengandung.”
Ads
Saya mengangguk perlahan. Dia pesan.
1) Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2) Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.
3) Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.
Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4) Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.
5) Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
Ads
6) Ajar anak lelaki, hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri.
7) Ajar anak lelaki untuk sama-sama ada tanggungjawab di rumah. Bersihkan tandas, kutip sampah dan sidai baju juga kerja anak lelaki.
8 ) Ajar anak lelaki tentang cara nak selesaikan atau hadapi masalah dalam hidupnya.
9) Ajar anak lelaki tentang empati pada ahli keluarga dan pasangannya.
Kalau malu untuk berkongsi ilmu dengan anak, mereka akan cari juga di tempat lain.
Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.
“Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.”
Ads
“Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.”
Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita.
Redza Zainol Bukan ayah terbaik, tapi nak anak tahu kita dah usaha beri yang terbaik.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tempoh sembilan bulan yang panjang adalah waktu terbaik untuk bakal ibu memanjakan diri. Namun amalan rutin ini patut anda lakukan menurut pandangan Islam dan mengamalkan perkara-perkara yang baik juga amat digalakkan. Lebih baik buat anak di dalam kandungan.
Apa pula amalan ibu hamil yang baik sepanjang sembilan bulan itu? Ini antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung seperti yang disarankan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
1. Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
2. Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
3. Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
4. Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
5. Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
6. Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
7. Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
8. Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)
Bukan hanya bakal ibu bahkan bakal bapa, iaitu suami dan isteri digalakkan untuk melakukan pelbagai perkara yang baik sepanjang tempoh itu.
Ini antara yang disarankan.
1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
5. Banyakkan berzikir
6. Banyakkan membaca Al-Quran
7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
14. Sentiasa mengukirkan senyuman
15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Perlu elak
Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung pula:-
1. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
2. Elakkan makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
3. Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
4. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
5. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
Hidup kita tak sama. Direzekikan untuk punya anak bukan kunci segala bahagia. Andai masih belum dikurniakan dengan rezeki anak bertabahlah, namun laluilah hidup ini dengan penuh rasa gembira tanpa perlu memikirkan cakap-cakap orang lain.
Perkongsian saudari Enny Mohamad ini banyak benarnya. Perkahwinan lapan tahunnya yang masih belum direzekikan dengan zuriat membuatkan dia terus kuat dan bersabar.
Namun begitu, sesekali letakkanlah diri di tempat orang lain dan berfikir sebelum berkata-kata agar tidak melukakan hati insan lain. Biar kita bahagia dengan cara kita tanpa perlu mengecilkan hati rakan-rakan. Itu sebaiknya. Jadi lebih prihatin.
Married for 8 years. Belum ada cahaya mata. Tapi tak apa, yang penting mata kami tetap bercahaya. 😆 Anak-anak buah ada. Anak-anak kawan pun ramai (sahabat sis ramai yang produktif) 🤣
Ok lah untuk menumpang kasih kannn, banyak lagi nikmat lain Allah bagi di muka bumi ini.
Orang tak ada anak ni, retirement plan dia lain. Setakat ni perancangannya, nak travel sama-sama ke sana ke mari. Nak ziarah sapa-sapa yang ada kat overseas.
Kalau nanti ada rezeki anak, tak tahu la planning macam mana kan.
Tapi sedih juga dengan satu ayat orang..
“Korang tak ada anak, ok lah.. ujian tak ada anak tak seberat kami yang ada anak ni..”
Alahai puan.. kalau laaa awak tahu hati kami yang tengah tunggu rezeki ni. Pasti awak tak nak duduk tempat kami.
Pasti awak lihat anak itu sebagai satu rahmat, pasti awak akan rasa syukur nikmat sangat tengok wajah anak.
Allah bagi kita ujian atas kemampuan kita. Allah Maha Adil, paling Adil sekalian alam.. berpegang saja pada itu. Insyaaaallah, tak akan terbeban. 🖤
Yang best bila belum ada anak ni..
Boleh berlakon pengantin baru ✔️ Masa ikut suka la 2 pagi nak keluar pun ok ✔️ Travel adhoc kita selalu kasi onz ✔️
Nikmat mana nak di dusta?
Sahabat TTC, sabar banyak-banyak ya, buat masa ni jom kita enjoy. 😢
Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak cedera. Ibu sudah pasti akan melakukan yang terbaik buat anak tersayang.
Begitulah perasaan Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48 apabila anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin berada di hospital hampir seminggu berikutan patah tangan.
Muat naik kecederaan anaknya dikongsi Rita sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Rita, dia berterima kasih kepada semua orang yang berada di sisinya sepanjang anaknya itu berada di hospital.
Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di hospital. Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk bersama mommy jaga abang Ryan.
Mommy selalu pesang kat anak-anak, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing. Terima kasih ahli keluarga selalu ada untuk kami. Terima kasih cikgu, doktor dan jururawat.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi apabila terpaksa menanggung sendiri kos perubatan Airit Rayyan Rizqin akibat masalah pelan insuran.
Katanya lagi, pelan insurans Ryan yang sudah didaftarkan sejak kecil sudah tidak boleh digunakan kerana tamat tempoh selepas bapanya, Aidil Zafuan berhenti membuat pembayaran sejak 13 tahun lalu.
Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampailah buka plate, mommy tanggung sendiri bukan insurans.
Bagaimanapun, katanya lagi dia berusaha membuka akaun baharu tetapi gagal apabila Aidil yang juga pemain bola sepak negara itu enggan menurunkan tanda tangan bagi menutup akaun insurans lama.
Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.
“Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu. Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit.”
“Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik.”
Tambah Rita, dia akan memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu meskipun berdepan dengan apa jua cabaran.
“Allah maha baik. Dia permudahkan segalanya. Allah hadirkan ramai yang sayang Ryan dan adik. Terima kasih atas doa.”
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...