Didiklah Anak Perempuan Dengan Adab, Lindungi Sebaiknya Penuh Kasih Sayang!

Share

Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki. Anak perempuan perlu dijaga sebaiknya, dilentur agar patuh dengan agama dan adab, barulah mereka lebih terpelihara.

Perkongsian Dr Redza Zainol ini banyak benarnya, anak perempuan kita perlu dididik sejak kecil malah rasa percaya perlu dijaga sebaiknya diantara anak lelaki dan perempuan supaya segala permasalahan dapat dikongsikan sebaiknya.


Cuainya saya. Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi. Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang. Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius. Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.

Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah. Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu.

Aduh, rasa bersalah tu datang berhari-hari dan sampai hari ni saya masih lagi rasa tak selesa bila teringat kecuaian saya tu.
Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya.

“Mana ayahnya kak?”

“Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya,” balas kak Ani.

Kak Ani tunjukkan bayi tu dan saya bawa ke sudut azan. Mata dia masih tertutup. Bila saya mula je azan, dia buka mata terkebil-kebil. Dia pandang je pada saya. Dia dengar dan sikit pun tak menangis. Lepas saya letakkan semula bayi tu, kak Ani panggil saya. Dia jururawat paling senior di situ.

“Bayi macam ni selalu ayahnya dah lari. Ada yang dibuang keluarga bila tahu anak mereka mengandung.”

Saya mengangguk perlahan. Dia pesan.

1) Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.

2) Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.

3) Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.

Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.

4) Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.

5) Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.

6) Ajar anak lelaki, hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri.

7) Ajar anak lelaki untuk sama-sama ada tanggungjawab di rumah. Bersihkan tandas, kutip sampah dan sidai baju juga kerja anak lelaki.

8 ) Ajar anak lelaki tentang cara nak selesaikan atau hadapi masalah dalam hidupnya.

9) Ajar anak lelaki tentang empati pada ahli keluarga dan pasangannya.

Kalau malu untuk berkongsi ilmu dengan anak, mereka akan cari juga di tempat lain.

Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.

“Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.”

“Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.”

Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita.

Redza Zainol
Bukan ayah terbaik, tapi nak anak tahu kita dah usaha beri yang terbaik.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai.

Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!


 

Published by
Siti Ramlah Mahmud