Pengenalan Tentang Diet Ibu Menyusu Dan Realitinya
Ramai ibu menyusu yang sanggup berpantang pelbagai jenis makanan kerana bimbang ia memberi kesan kepada si kecil. Ada yang langsung tak mahu makan pedas, ada yang elak brokoli, malah ada ibu yang berhenti minum kopi kerana takut bayi berjaga malam. Hakikatnya, kerisauan ini biasa dalam kalangan ibu menyusu tetapi adakah ia benar? Atau sebenarnya ibu tak perlu terlalu menyeksa diri?
Menurut pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, majoriti besar bayi tidak terkesan pun dengan diet ibu menyusu. Susu ibu telah melalui proses penapisan alami tubuh sebelum sampai kepada bayi. Jadi, makanan yang ibu makan tidak masuk ke badan bayi secara ‘mentah’ seperti yang ramai sangka.
View on Threads
Majoriti Bayi Tidak Terjejas Dengan Diet Ibu Menyusu
Dr Nisa menjelaskan bahawa kebanyakan makanan yang diambil ibu tidak menimbulkan masalah pada bayi. Kajian Hopkins Medicine turut menyokong perkara ini hanya sekitar 3% bayi yang menyusu badan mengalami sensitiviti terhadap makanan ibu.
Itu bermaksud hampir semua makanan ibu tidak menyebabkan:
perut bayi berangin
ruam
kembung
cirit-birit
muntah
Termasuklah cili, yang tidak akan membuat susu ibu menjadi pedas!
Bila Ibu Perlu Waspada? Tanda Bayi Sensitif
Walaupun jarang, ada sebahagian kecil bayi yang boleh mengalami alahan, terutama alergi protein susu lembu (CMPA) berlaku pada sekitar 0.5% hingga 1% bayi.
Tanda yang perlu diperhatikan:
Ads
najis berdarah
ekzema teruk
berat tidak naik dengan baik
menangis without reason selepas menyusu
Jika ibu nampak tanda-tanda ini, jangan pantang sendiri. Perlu jumpa pakar pediatrik untuk diagnosa tepat.
Diet Ibu Menyusu Untuk Bayi G6PD
Untuk bayi G6PD, diet ibu menyusu memainkan peranan besar. Misalnya, kacang parang perlu dielakkan.
Menurut Dr Nisa, ini bukan sebab susu ibu ‘tercemar’, tetapi walaupun kuantitinya kecil, ia boleh mencetuskan hemolysis (pemusnahan sel darah merah) yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Ibu ayah perlu dapatkan senarai makanan terlarang daripada pakar perubatan jika anak menghidap G6PD.
Ads
Mitos-Mitos Tentang Diet Ibu Menyusu Yang Patut Ditinggalkan
Dr Nisa turut meluruskan beberapa kepercayaan lama:
Kacang tidak menyebabkan bayi berangin
Brokoli & kobis tidak buat bayi kembung
Durian selamat diambil
Makanan pedas boleh dimakan (kecuali bayi ada alergi tertentu)
Banyak pantang masyarakat sebenarnya tidak disokong kajian.
Bolehkah Ibu Menyusu Minum Kopi?
Ramai ibu takut kafein. Sebenarnya, ibu boleh minum kopi hingga 300mg kafein sehari (sekitar 1–2 cawan). Hanya sedikit kafein sampai kepada bayi.
Jika ibu perasan bayi sukar tidur selepas ibu minum kopi, cuba kurangkan.
Ads
Diet Ibu Menyusu Boleh Ubah Rasa Susu – Ini Normal
Hopkins Medicine menyatakan bahawa rasa susu memang berubah mengikut makanan ibu. Bawang putih, herba atau makanan pedas boleh beri sedikit perubahan rasa.
Menariknya, kajian menunjukkan:
ibu yang makan bawang putih menyebabkan bayi menyusu lebih lama
bayi yang biasa rasa pelbagai perisa lebih mudah melalui fasa weaning
Ini membantu perkembangan sensori rasa mereka.
Kesimpulan Pakar Tentang Diet Ibu Menyusu
Dr Nisa menegaskan: “Kecuali ada sebab perubatan sebenar, anda tak perlu pantang macam zaman nenek.”
Asas penting untuk ibu menyusu:
amalkan diet seimbang
minum ikut keperluan
jaga mental dan emosi
nikmati makanan tanpa stres
Ibu yang sihat dan tenang akan menghasilkan susu yang lebih berkualiti untuk bayi. Jadi ibu, jangan terlalu risau. Menyusukan anak sepatutnya pengalaman indah, bukan tekanan. Teruskan perjalanan penyusuan dengan yakin, ilmu dan kasih sayang sambil memahami kebenaran sebenar mengenai diet ibu menyusu.
Pengalaman mencabar Yatt melahirkan anak ketiga di mana tali pusat terlilit dua kali di leher bayi, Yatt kongsikan video kelahiran bayinya.
Proses bersalin dan bergelumang dengan kontraksi demi kontraksi menjadikan ibu orang yang hebat. Memang benarlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Bayi ketiga Yatt dinamakan Suci Hayfaa Medina ini dilahirkan pada 2 April 2018 lalu secara normal di Pusat Perubatan Naluri, Kuala Lumpur. Yatt juga terlah berkongsi video kelahiran bayinya ini yang jelas menunjukkan tali pusat meliliti leher bayinya sebanyak dua kali.
INDIUS UNTUK CETUS KELAHIRAN
Maka bermulalah perjuangan seorang ibu utk melahirkan seorang anak.
Latest condition ; Bukaan baru 2 cm, baby ok, normal movement. Tapi, akhirnya Bonda kena induce juga utk cepatkan bukaan dan baby lekas keluar sbb dah overdue lama sgt.
Memang malam yg sgt mencabar & panjang bagi Bonda. Malam 1 April 2018 di Bulan Rejab ini jadi saksi. Alhamdulillah Allah pilih Bonda lagi utk bertarung dgn sakit induce utk kehamilan kali ini. Moga jadi khafarah.
Mohon semua doakan Bonda ini. SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR.
2.Ok nak #throwback kisah labour room Bonda pada Ahad lepas, 1 April 2018, masa ni sejam lebih sebelum #LilSuci #babyYH lahir. Tengah2 melawan sakit contraction yg amat dasyhat, tiba2 en suami @zul.autkaz ajak swafoto pula, katanya nak hantar ke group family kami. Apa lagi, teknik kontrol cun terus keluar berdesup walaupun sdg menderita sakit! Ni x sampai 5 saat je, lepas tu muka kembali sememeh. Dan ya, memang Bonda YH berkembang pesat di sana sini, takpe nanti lepas pantang, Bonda kembali slim..In shaa Allah.
TQ lah en suami ambilkan gambar isteri yg sudah berkembang pesat itu. Yang pasti tahniah en Suami dah 2 kali gigih teman isteri bersalin dari awal sampai akhir proses tanpa trajedi pengsan tepi katil walaupun sebenarnya dia nak pitam jugak awal2 dulu. Haha.. Alhamdulillah.
Harap semua suami setia dan tabah menemani isteri kalian yg sdg bertarung nyawa. Berikan kasih sayang dan sokongan. Isteri akan lebih kuat dan tenang bila suami sentiasa setia di sisi. Barulah baby yg keluar nanti bangga ada ayah sado seperti kalian.
Masa ni Bonda sedang berjuang utk melahirkan #LilSuci #babyYH dengan kesihatan yg tak berapa elok, batuk, selsema dan baru baik demam. Setiap kali batuk & bersin memang rasa mcm nk terburai je peranakan tu! Wallahi sgt sakit dan senak perut Bonda. So benda dalam tangan tu bantu melegakan derita Bonda masa tu. Alhamdulillah Bonda selalu bawa ke mana2 je benda tu. Apakah benda tu?
Maaf jika buat semua menunggu berita dari kami. Sungguh, 1 hari yg sangat mencabar. Masuk ubat induce pukul 1 pagi 1 April malam tadi. Lepas 5 minit terus sakit dtg menyerang, makin lama makin kerap, makin panjang & makin kuat sakitnya sampai satu tahap rasa macam nak pecah dan meletop rahim peranakan tu. Allahuakbar, Allah saja yg tahu sakitnya macam mana. Tak boleh tidur sepanjang malam bertarung dengan sakit demi melahirkan anak #babyYH secara normal. Mudah2an jadi khafarah cuci dosa Bonda si pendosa ini.
Lepas Subuh dlm jam 7 pagi, nurse datang check bukaan baru 3 cm. Allahu sakit sepanjang malam hanya progress 1 cm je. Sebelum induce bukaan 2 cm. Lepas induce 3 cm. Alhamdulillah itu bahagian saya. Lain ibu, lain rezekinya.
So dalam pukul 8.30 pagi saya dipindahkan ke Labour Room utk masukkan water induce yg lebih kuat bagi cepatkan lg bukaan. Masuk je air tu dlm saluran darah, Allahu terus sakit contraction menyerang 3 kali ganda lebih kuat, lebih lama dan lebih kerap dari yg diharungi sepanjang malam tadi. Lepas tu, air ketuban dipecahkan utk lajukan lg progress. Dan selepas tu.. Ya Allah sakitnya Allah je tahu. Wallahi tak tertanggung.
Syukur Alhamdulillah. Inilah nikmat sakit yg hanya wanita bergelar ibu dapat rasakan. Hanya seorang IBU diberikan KEISTIMEWAAN ini. Maka beruntunglah wahai ibu2, Allah tinggikan darjatmu di sisiNya. Bersyukurlah.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara NORMAL di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada Ahad, 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.
Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah.
Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial.
Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih agi Muttaqin. Ameen.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm. Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu. Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen.
Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR!
Saat paling indah adalah saat si kecil #LilSuci diletakkan di atas ku, sejurus selepas dia keluar dari rahim Bondanya. MashaAllah bau Syurga, harum yg amat. Maka hilanglah segala sakit dan penat lelah bertarung nyawa melahirkan si kecil tadi..
Nikmat yg hanya ibu2 diberi peluang melaluinya. Tahniah ibu2, you’re always the best!
Hari ni Ahad 8 April 2018 genaplah umur #LilSuci #babyYH 7 hari iaitu tepat pada pukul 12.10 pm tadi. MashaAllah dah seminggu dah usia awak anak. Cepatnya masa berlalu. Bonda masih ingat lg masa ni minggu lepas awak baru selesai pemeriksaan keseluruhan oleh doktor & jururawat. Bonda pun baru habis dibersihkan oleh midwife dan dibawa ke wad.
Masa nurse serah awak pd Bonda di wad tu, terus Bonda dakap & cium awak puas2. Subhanallah harumnya bau awak anak. Tiada 1 perfume atau pewangi pun di dunia ini standing bau harum semulajadi seluruh tubuh mu sayang. Beruntungnya Bonda, Allah kirimkan hadiah dari Syurga pada bulan kelahiran Bonda iaitu April juga. Selamat hari lahir ke 7 wahai anak. Moga jadi anak yg Solehah. Hari ini genaplah 7 hari awak jadi umat Muhammad SAW di dunia. Hari ini juga disunatkan menamakan awak dg nama yg baik2 lagi indah. In shaa Allah sekejap lagi Bonda akan umumkan nama awak wahai si #lilMujahidahSuci ❤️
Pengacara serta pelakon popular, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam, 8 September 2022.
Menurutnya, dia selamat bersalin melalui kaedah pembedahan (C-zer) pada waktu magrib dan disambut dengan tangisan. Baginya, penantian selama 9 bulan ini akhirnya memberikan pelbagai rasa buat dirinya dan suami.
“Assalamualaikum anakanda ku..Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..”
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan.”
Juara pencarian Nona Manis ini turut sempat menitipkan doa buat cahaya matanya dan dia turut memohon doa ramai buat anak sulungnya itu.
“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.”
“Baba & Mama love you so much. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami.. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga.”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung Uyaina dan Raja Shahiran.
Setakat ini Uyaina dan Raja Syahiran masih belum mendedahkan wajah bayi dan nama bayi mereka.
Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri dalam melahirkan bayi, tambah pula ia merupakan pengalaman bersalin anak pertama. Penyanyi Fara Hazel yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 18 Oktober lalu berkongsi melalui fasa sakit kontraksi yang agak lama iaitu selama 26 jam.
“Saya tahan sakit contraction lama juga. Mengikut perkiraaan saya kira-kira, ada sekitar 26 jam tahan sakit.
“Masa dah masuk dewan bersalin tu baru suami dapat teman. Alhamdulillah bayi semua sihat, cuma ada kuning (jaundice) sikit,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Selamat melahirkan bayi lelakinya secara normal dengan berat 3.57 kilogram, Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri, 24, menjalani proses bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 6.05 pagi.
“Alhamdulillah,18 oktober 2020 (6:05 pagi )selamat melahirkan putera sulung kami 3.57 kg
“Doakan semoga kami dapat menjadi ibu & ayah yg terbaik buat putera kami ..
“Terima kasih juga pada yang mendoakan , hanya allah yg dapat membalas kebaikan korang semua,” kongsinya di Instagram.
Berkongsi pengalamannya bergelar ibu pada usia muda, kata Fara, dia mengakui rutinnya sudah jauh berbeza.
“Saya pernah jaga bayi, jaga adik. Cuma itulah, kalau dengan adik jaga menyambil sahaja tolong mak. Ini memang kena 24 jam jaga sebab nak menyusukan.
“Dulu bolehlah juga nak layan movie, sekarang ini memang kena layan anak sahajalah,” katanya yang kini menjani tempoh berpantang di rumah mentuanya di Terengganu.
Menurutnya lagi, dia juga sudah mempunyai nama buat bayi tersebut, namun memilih untuk merahsiakan terlebih dulu sebelum didedahkan kepada umum.
Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.