Bukan mudah sebenarnya perjalanan untuk menjadi seorang ibu. Bermula dengan alahan di awal kandungan hingga saat nak bersalin masing-masing pasti ada pengalaman kan?
Lain anak, lain alahan mengandungnya. Bagi yang tiada apa-apa alahan bersyukurlah tetapi untuk ibu yang dari awal tahu diri mengandung hingga saat nak melahirkan diuji dengan alahan atau masalah kesihatan lain, itulah jihad besar.
Walaupun ibu anggap apa yang dilaluinya itu seperti tak mampu, namun dalam hati ia tetap mengharapkan bayi yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna.
Muka kedut, hitam dan alergik satu badan
Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu ini Nur Azs apabila dia berkongsi pengalaman mengandung anak pertama yang mungkin tak semua orang melalui alahan sepertinya.
Dalam perkongsian sempena ulang tahun pertama perkahwinannya, dia tetap bersyukur kerana walaupun ada yang mengata macam-macam padanya, sokongan dan aura positif suami benar-benar buatnya rasa terharu.
Alhamdulillah, setahun mungkin sekejap pada orang lain, pada saya cukup lama, macam-macam ujian yang kita hadap, syukur kita bertahan sampai ke hari ini. Macam-macam yang jadi.
Terima kasih tetap bertahan walau diuji perubahan muka yang agak seram. Bengkak, kedut dan hitam. Badan penuh alergik. Gambar pakai filter hitam hilang… Bengkak tetap ada, mama sampai takut nak mengandung lagi.
Ada yang hina, sampai malu jumpa orang
Ada yang hina ada yang memahami. Mama sampai malu nak jumpa orang. Syukur keadaan semakin pulih, syukur juga dikurniakan cahaya mata yang sangat comel di mata mama. Hilang semua kesakitan mama.
Semangat suami, penguat hati
Terima kasih suami yang tak pernah berhenti beri semangat dan aura positif semasa mengandung. Kalau kita dah bertahan sampai ke hari ini , tetaplah kita mempertahankan selamanya.
Terima kasih juga saudara mara dan kawan-kawan yang tak malu keluar dengan saya. Terima kasih juga nurse dan doctor KK Merbau Sempak yang banyak bagi semangat.
Kredit: Nur Azs
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)