Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan.

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan, menjelaskan PKP mampu mempengaruhi kadar kelahiran penduduk negara menjelang awal tahun depan kerana majoriti pasangan berkahwin kini terpaksa berkurung sepanjang tempoh itu.

Dijangkakan 2021 Bakal Mencatatkan Pertambahan Jumlah Kelahiran Bayi Luar Biasa

Beliau merujuk kepada kes kelahiran baharu secara luar biasa pernah berlaku di luar negara khususnya di Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat apabila bandar berkenaan ditutup beberapa minggu akibat cuaca ribut salji yang buruk pada tahun 1998.

“Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.

“Sembilan bulan kemudian terjadi ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

IKLAN

Kerajaan melaksanakan PKP fasa pertama antara 18 hingga 31 Mac lalu dan melanjutkannya pada fasa dua bermula 1 hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

PKP menuntut seluruh rakyat duduk di rumah, penangguhan hampir seluruh operasi harian jabatan dan agensi kerajaan serta swasta kecuali bagi bidang penting yang dikhususkan kerajaan.

Elak tak bersedia hamil, amalkan ‘konsep merancang’

IKLAN

Dr Hamizah berkata, bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga menerusi kaedah tertentu seperti pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP) bagi mencegah kehamilan.

Katanya, kaedah lain termasuk menggunakan suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kaedah lazim iaitu kondom.

Dijangkakan 2021 Bakal Mencatatkan Pertambahan Jumlah Kelahiran Bayi Luar Biasa

IKLAN

“Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.

“Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.

“Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom. Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan suami isteri supaya bijak merancang kehamilan sepanjang tempoh PKP dan perlu bersedia untuk menerima kelahiran baharu seandainya terjadi kehamilan luar jangka.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI