Besar sebenarnya pengorbanan dan jihad seorang wanita untuk melahirkan seorang zuriat. Sanggup hadap segala kesakitan dari awal mengandung hinggalah proses bersalin. Semua yang dilakukan ini demi memastikan lahirnya seorang khalifah dengan sempurna.
Perkongsian yang menyentuh hati dari FB Mr Wan Cai Official mengenai perjuangan seorang ibu muda selepas melahirkan anak sehingga akhirnya dijemput ilahi benar-benar mengambarkan ibu adalah insan yang sangat tinggi darjatnya.
Rakan rakan sukarela wan VJSA baru sahaja bergerak dari bilik wakaf menuju ke Kampung Pauh Dara Semerak Pasir Putih Kelantan..
Jenazah ibu muda yang syahid itu telah siap disempurnakan. Malah jenazah telah disolatkan di bilik wakaf jannatul firdaus..
Perjalanan jauh merentas 3 negeri iaitu Kuala Lumpur, Pahang kemudian barulah akan tiba dilokasi rumah ahli keluarga di Pasir Puteh, Kelantan.
Kesihatan tiba-tiba merosot
Arwah Noor Syahira Binti Azizi meninggal dunia pada pukul 03.45 petang (16 Ogos 2020).
Pada 06 Ogos yang lalu hari Khamis jam 4.30 pagi arwah telah melahirkan anak pertamanya. Sehari selepas bersalin iaitu pada hari Jumaat arwah berada di dalam keadaan normal.
Maksudnya kesihatan arwah juga adalah normal dan sihat. Tetapi pada hari Sabtu iaitu 08 Ogos kesihatan arwah tiba tiba merosot. Sekitar pukul 5.00 pagi doktor mendapati arwah telah dijangkiti kuman.
Ads
Pembedahan telah dilakukan oleh pihak doktor terhadap arwah pada 01.30 petang bagi menyelamatkan nyawanya.
Mengalami sawan selepas pembedahan
Tiba tiba pada pukul 09.00 malam ibu muda itu telah diserang penyakit sawan sehingga memaksa pihak doktor mengikat kaki dan tangannya. Keputusan untuk mengikat kali serta tangan ibu muda itu terpaksa diambil kerana kerana keadaan arwah berada luar kawalan.
Pada pukul 06.30 pagi hari Ahad ibu muda ini telah hilang ingatan sehingga tidak mengenali sesiapa. Pihak doktor terpaksa memasukkan ubat antibotik dan ubat tidur bagi mengelakkan serangan sawan kembali menyerangnya.
Keadaan semakin lemah
Ads
Pada hari Ahad iaitu pada 09 Ogos pembedahan terpaksa dilakukan sekali lagi apabila pihak doktor mendapati telah banyak air di dalam paru-paru ibu muda itu. Arwah mengalami simptom kesukaran bernafas.
Malah jantungnya semakin lemah sehinggalah pada hari Isnin iaitu 10 Ogos arwah telah koma. Ini bermakna selama 6 hari arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau koma.
Doktor juga mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi. Selepas bertarung nyawa akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Berakhir juga satu penderitaan. Terhenti sudah segala kesakitan.. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai..Terputus sudah kasih sayang di antara si suami dan si isteri..
Tinggalkan seorang bayi lelaki
Ads
Si ibu juga pergi meninggalkan anak lelaki yang telah dilahirkan. Tinggallah si suami bersama seorang zuriat. Zuriat yang masih tidak mengerti ibu yang melahirkannya ke dunia sudah tiada lagi.
Sedih kita mendengar kisah kematian ibu muda ini. Sedih dan berat lagi situasi yang perlu ditanggung oleh si suami. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang isteri di sisi.
Bagaimana pula hendak membesarkan seorang anak yang kecil tanpa seseorang yang bergelar ibu. Apa yang bakal dilalui oleh si suami selepas ini bukan satu perkara yang mudah.
Walaupun pahit hendak ditelan. Kehidupan mereka berdua perlu diteruskan. Si suami perlu bangkit untuk mendapatkan kembali semangatnya yang sudah runtuh itu..
Semoga Allah menjaga serta melindungi si suami serta anaknya. Anak yang baru dilahirkan itu masih berada di wad jagaan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Moga Allah mendengar doa saya. Semoga anak kecil itu akan diberikan kekuatan untuk terus bernyawa kerana saya yakin apabila melihat anak lelakinya itu terus sihat di depan mata akan menjadikan si suami mendapatkan semula semangatnya kembali.
“Perginya mama terlalu cepat. Tiada lagi hero di hati saya dan pengganti sebaik mama. Pastinya segala kenangan sebelum ini akan disimpan dan diingati buat selamanya.”
Bait-bait ayat ini ditulis oleh anak sulung arwah Ustazah Shadiya Abbas, Ahmad Al Fateh selepas kehilangan seorang mama yang cukup rapat dengannya. Bukan mudah nak hadapi situasi ini tetapi janji Allah itu pasti.
Menerusi perkongsiannya di facebook, Ahmad Al Fateh ada meluahkan isi hatinya dan cukup membuatkan sesiapa membaca pun akan tersentuh hati.
Kenapa awal mama pergi?
Innalillahiwainnailaihiroojiun… Mama dh kembali kepada Allah, kenapa awal mama pergi? Mama mesti menikmati di syurga kan? Seronoknyaa… Mama, tahun lps raya 2019 tapi raya tahun ni ( 2020 ) dah xde peluang utk mama suapkan saya… Mama masak sedap-sedap…
Mama hero dihati kami
Mama adalah hero saya, time saya susah mama yg tolong saya. Bila saya stres, mama tenangkan saya. Bila saya marah kat mama, mama redha dgn apa yg saya buat kt mama. Mama dah tolong banyak orang termasuk saya. Mama la mama yg paling terbaik. X sempat saya nk peluk mama.. Salam mama.. Cium pipi mama..
Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita.. Saya menangis mama dah xdee bila saya baca group ws. Saya rasa mustahil mama dh tiada di hati saya. Mama sentiasa doakan saya supaya saya menjadi seorang penghuffaz AlQuran. Mama jugak ada tegur, nak main game tu, kena ada masa dia. Jangan main slalu dan jangan smpai ketagih mcm dadah. Haihh banyak nasihat mama dkt saya.
Terima kasih jadi mama saya..
Terima kasih mama sbb jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yg saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. InsyaAllah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma? Sayang mama!!!😭❤️❤️❤️
Korang yg ada ummi atau ayah, hargailah mereka kerana kita tak tahu bila masa Allah akan tarik nyawa mak ayah korang.
Semuanya milik Allah. Kita akan kembali pada-Nya
Sementara itu, dalam tazkirah arwah Ustazah Shadiya Abbas pada 28 Mac lalu yang dibuat secara live anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling & Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, yang mengupas tajuk ‘Apa Khabar Imammu?’ seolah-olah memberi pesanan pada kita semua.
Dalam intipati tazkirahnya, arwah ada menyentuh mengenai segala-galanya atas dunia ini adalah milik Allah. Kita kena sentiasa reda dan yakin Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa.
Jika sampai masa, kepada Allah kita akan kembali dan pastikan diri kita sentiasa bersedia dan dekatkan diri pada-Nya.
Kalau diikutkan selepas seminggu arwah memberi tazkirah tersebut, Allah telah ambil arwah buat selama-lamanya.
Pemergiannya cukup dirasai oleh semua dan benar-benar memberi kesan dalam industri dakwah di Malaysia.
Sebanyak 73 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Parlimen Kubang Pasu ditutup bermula hari ini. (29 Julai)
Pengarah Kemas Negeri Kedah, Noor Azman Abd Rahman berkata, penutupan itu dilakukan susulan kluster baharu PUI Sivagangga yang dikesan di daerah itu.
Menurutnya, arahan penutupan itu merupakan langkah awal bagi pencegahan penularan Covid-19 di peringkat jabatan.
“Seramai 1,605 pelajar tabika dan 62 pelajar taska Kemas terlibat dengan penutupan ini. Semua premis akan ditutup selama 14 hari atau sehingga kita menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan,” katanya ketika dihubungi.
Noor Azman berkata, pelajar yang datang ke tabika dan taska pada hari ini telah diminta pulang ke rumah masing-masing.
“Pada masa sama, penutupan sementara ini bagi membolehkan proses pembersihan dan nyah kuman dilakukan di semua tadika dan taska mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan,” katanya.
Menurutnya, antara tabika yang ditutup adalah Tabika Kemas Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing yang dikhuatiri mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster tersebut.
“Kontak rapat itu melibatkan waris pelajar yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh,” katanya.
Tambahnya, Tabika Kemas Kampung Tebing terletak paling hampir dengan kedai makan tersebut, iaitu kira-kira 500 meter sahaja.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baharu dikenalpasti di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, India.
Kes indeks berkenaan membabitkan seorang pemilik kedai makan dan empat kes positif dalam kluster terbabit ialah pekerja kedai itu.
Premis berkenaan sudah ditutup bagi menjalani proses pembersihan dan nyah kuman.
Tragedi sebelum berbuka puasa! Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang berusia 4 tahun meninggal dunia selepas dihempap tiang batu botol di beranda rumahnya.
Kejadian yang berlaku di Alor Gajah, Melaka itu benar-benar memberi kejutan buat si ibu yang sedang menyiapkan juadah berbuka puasa.
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa, Nur Iman Irdina, 4, dijumpai berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali pada jam 7 malam di beranda rumah mereka.
Ujar Aznynaqiah ketika insiden tersebut berlaku, dia sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur dan mangsa sedang bermain seorang diri di kawasan beranda.
“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.
“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol,” katanya.
Kongsi ibu ini lagi, tiang batu botol tersebut memang dah retak dan sudah bercadang untuk membaikinya namun dia sama sekali tidak menyangka insiden tersebut meragut nyawa anak bongsunya.
Selepas kejadian itu, Aznynaqiah bersama adik dan ibunya membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.
Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.
Kini, proses bedah siasat sedang dijalankan dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.