Seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala lima lagi melecur selepas rumah mereka diami terbakar dalam kejadian di Kampung Perpaduan, Kinabatangan pada tengah malam Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6, dipercayai terperangkap sebelum ditemui rentung di dalam biliknya.
Sementara itu bapa kepada kanak-kanak terbabit Mohd Adsni Sani, 43, melecur sebanyak 60 peratus manakala anaknya yang lain iaitu Mohd Isnain, 12, melecur 70 peratus; Mohd Adlisyam, 3, melecur 30 peratus.
Isteri kepada Mohd Adsni iaitu Alina Sahari, 41, serta anak saudaranya, Mohd Ishak Hafsham, 15, pula masing-masing melecur lima peratus manakala ibunya, Minah Kanawi, 77, dan seorang lagi anak mereka Mohd Mikail, 3, tidak cedera.
Nurul Azlan Shah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan ketika pasukan bomba tiba di lokasi, rumah terbakar sepenuhnya.
Ads
“Hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa ditemui rentung di dalam bilik dengan keadaan tertiarap manakala lima cedera akibat melecur dan dua lagi selamat,” katanya.
Katanya lagi, api berjaya dikawal pada jam 2.04 pagi dan pemeriksaan turut dilakukan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain.
“Operasi ditamatkan pada jam 3.56 pagi dan mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Tiga pekerja sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di sini ditahan selepas dipercayai terbabit mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma di taska berkenaan, Rabu lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata tiga suspek terbabit wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan petang semalam.
Katanya, tangkapan terhadap semua suspek terbabit dibuat selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa berusia 29 tahun di IPD Kuala Terengganu pada Rabu lalu.
“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai pegawai perubatan mendapati, berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.
“Susulan itu, tiga suspek terbabit ketika dipanggil memberi keterangan menafikan kejadian itu tetapi keterangan mereka meragukan.
“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati suspek memukul kepala mangsa dengan tangan.
“Kesan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala.
“Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma dan dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya pada Perhimpunan Bulanan PDRM Terengganu Januari 2023 di Pekarangan IPK Terengganu, hari ini.
Semua suspek terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Isteri adalah lubuk rezeki kita. Jangan sekali-kali berkira kerana merekalah rezeki seorang suami makin berkat dan melimpah ruah. Inilah yang cuba dikongsikan oleh doktor influencer, Dr Say menerusi instagram miliknya.
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi membelikan sebuah hadiah berupa Ipad Mini buat isterinya. Walaupun pada mulanya isteri kesayangan Dr Say, Dr Azura Abas ini menginginkan hadiah berupa barang kemas, namun demi memberi kelancaran pengajian isterinya, Dr Say memilih menghadiahkan Ipad dan bukannya barang kemas seperti yang diidamkan isterinya. Namun melalui entri terbarunya, Dr Say terpaksa akur dengan kehendak isterinya.
“Hari tu saya cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yang reply “awat tak beli dua-dua tuk bini?”. Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni”.
Baru-baru ni saya ternampak bini saya pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman saya bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini saya mengidamkan emas kuning tapi saya terlalu dungu untuk perasan kehendaknya.
Saya tanya dia “u beli mane ni?”. Dia reply “owh i kirim kat staf-staf klinik i diorang tolong belikan”. Lagi menangis dalaman saya peeps. Kiranya saya gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri saya. Saya ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua saya ajak bini untuk tengok-tengok emas, maka saya gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yang selama ini saya abaikan.
Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, saya rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja bini saya idamkan, malah mak mertua saya idamkan, ” katanya lagi yang turut menghadiahkan barangan kemas buat ibu mentuanya.
Wow! Bukan sahaja isteri malah doktor kesayangan ramai ini juga turut menghadiahkan ibu mentuanya. Semoga rezeki bapa kepada Ace ini semakin melimpah ruah.
Jangan Berkira Dengan Isteri
Malah beliau juga mengingatkan para suami bahawa kejayaan seorang suami bukanlah kejayaan diri mereka sendiri sebaliknya kejayaan itu didorong kuat oleh isteri tercinta yang memberi semangat dan sokongan tanpa henti. Begitu juga diiringi doa isteri yang tidak pernah putus-putus buat suaminya.
Maka janganlah berkira dengan isteri. Begitu kongsi Dr Say panjang lebar. Biar pun emas bukan segala-galanya, namun menggembirakan hati isteri sudah cukup buat hati isteri berbunga riang.
“Prinsip yang saya selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita. Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang?
“Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yang mereka mahukan & bukannya apa yang kita fikir mereka mahukan,” katanya lagi.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Tidak seperti kelahiran anak pertama, kali ini pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail lebih terbuka untuk berkongsi wajah bayi kedua mereka.
Menantikan wajah Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu, Neelofa nyata tidak lokek berkongsi beberapa video Abbas ketika menjalani sesi fotografi.
Wajah comel Abbas kelihatan jelas menerusi pantulan cermin yang dikongsikan olehnya.
Bukan itu sahaja, bahkan menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata ini juga dilihat turut berkongsi beberapa video dan momen Abbas di rumah.
Ada ketikanya Abbas dilihat dalam posisi meniarap begitu juga beberapa perkongsian lain ketika bermain bersama Bilal.
Ketika mengumumkan kelahiran bayi Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu, ramai yang menjangkakan Neelofa dan suami akan turut melakukan hal yang sama seperti kelahiran Muhammad Bilal bila mana mereka mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan bayi mereka.
Berbeza kali ini, Neelofa dan Haris dilihat lebih terbuka.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.