Hari-hari ‘Husna’ kena kecam teruk oleh penonton di media sosial gara-gara watak sebagai wanita perampas suami orang dalam drama Jangan Benci Cintaku. Dalam dunia realiti, pelakon Niena Baharun yang memegang watak tersebut sebenarnya seorang isteri yang bahagia dan kini sedang bahagia menanti kelahiran anak pertamanya.

Rata-rata penonton ‘menyerang’ Instagram peribadi pelakon jelita ini yang hakikatnya kini sedang bahagia melalui fasa kehamilan.

Ternyata lakonan Niena yang memegang watak antagonis dalam drama 28 episod itu benar-benar berkesan sehingga meninggalkan kegeraman dan kebencian penonton pada wanita bernama ‘Husna’.

Niena yang faham gelagat majoriti pelakon drama Melayu yang mudah emosional pada watak antagonis sebenarnya gembira dan menghargai kata-kata dan komen membina atau marah dan geram daripada penonton terhadap watak lakonannya. Ini menunjukkan lakonannya sebagai wanita perampas suami orang menjadi!

Tak mudah melatah dengan segala maki hamun dan caci maki pada watak lakonannya, Niena kini hanya mahu menumpukan fokus pada persiapan barangan bayi dalam kandungannya.

Ads

Nina turut berkongsi kegembiraan melalui fasa kehamilan yang nyata amat membahagiakan.

Niena yang kini hamil 5 bulan mengakui dia langsung tidak mengalami sebarang alahan teruk.

Bahkan menurutnya selera makan sepanjang hamil juga semakin ‘membuak-buak’ termasuk keinginan nak makan buah durian di kala musim durian ini.

Ads

Namun setelah ‘dibebel’ oleh doktornya yang mengingatkan supaya mengurangkan makan durian, barulah ‘Husna’ dengar kata.

Selain dari itu ‘Mek Kelate’ ini turut berkongsi keinginannya yang terpendam sejak awal hamil sampai sekarang untuk melihat air laut. Tanyanya pada para pengikutnya di Instagram, adakah ini dinamakan mengidam?

Ads

Niena bagaimanapun masih belum berjaya memujuk suaminya untuk memenuhi keinginan tersebut kerana dia risau keselamatan si isteri yang tengah berbadan dua untuk naik bot di tengah lautan.

Niena yang mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu dengan Aliff Firdaus Abdul Hadi seorang ahli perniagaan nyata tidak stress atau tertekan dengan segala kecaman terhadap watak Husna yang dilakonkannya dan tidak bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kandungannya.

Semoga Niena dipermudahkan melalui fasa kehamilan sehingga saat melahirkan.

Sumber: IG nienabaharun

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI