Biarpun bulan Syawal sudah berlalu, masih ada mama papa yang tidak pasti di mana nak membuat simpanan untuk anak-anak. Kalau dipegang duit raya anak, takut terguna pula. Betullah, bukan mudah sebenarnya kita nak mulakan simpanan. Ada saja ‘dugaan’, salah satunya sikap tidak konsisten dan keliru di mana nak simpan pun boleh buat rancangan nak menyimpan tergendala. Sudahnya, apa pun tak ada!
Paling merisaukan dalam keadaan ekonomi sekarang, kita semua perlu membuat perancangan awal terutamanya soal kewangan. Mama papa perlu bijak membuat simpanan demi masa depan anak-anak. Katakan ada rezeki mereka untuk lanjutkan pelajaran, dengan duit yang disimpan inilah boleh kita gunakan untuk bantu memudahkan mereka nanti. Tak perlulah susah payah membuat pinjaman nanti.
Anak-anak zaman sekarang mempunyai potensi yang sangat besar dan mama papa perlu memberi sokongan dari pelbagai sudut termasuk dorongan dan kewangan. Ramai yang mempunyai potensi hebat untuk digilap dan sudah pasti sokongan kewangan itu penting untuk pastikan anak-anak mendapat pendidikan untuk lebih berjaya.
Menyimpan Bersama Anak
Nak mulakan simpanan pendidikan anak, tak semestinya duit raya saja tapi latihlah anak dari awal untuk menghargai nilai duit. Bukan mama papa saja perlu bijak berbelanja, ajarkan juga anak-anak supaya pandai urus duit belanja sekolah. Bila diberi duit belanja ke sekolah, bakinya disimpan.
Kemudian, bolehlah ajar mereka untuk menabung. Nanti duit yang ada tu bolehlah disimpan. Dengan cara macam ni, dari kecil lagi anak sudah terdidik untuk menggunakan duit secara berhemah dan pandai menyimpan.
Boleh juga wujudkan tabung khas di rumah untuk sama-sama menyimpan satu keluarga. Sebagai contoh, simpanlah duit RM1 dan RM5. Bila dah penuh, kumpul semuanya dan disimpan di tempat yang selamat dan berbaloi.
Kena Bijak Pilih Tempat Simpanan
Haa mama papa yang simpankan dulu duit raya anak-anak tu, dah boleh rancang di mana nak simpan duit anak-anak. Yang penting tempat simpanan anak-anak tu adalah selamat, dipercayai dan berisiko rendah. Jika dilaburkan, eloklah di tempat yang memberi pulangan kompetitif, agar duit disimpan dapat terus berkembang.
Menyebut tentang simpanan dan pelaburan, sudah pasti mama papa pernah mendengar tentang Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
Simpanan dalam ASB bukan hanya untuk simpanan hari tua mama papa sahaja, tapi anak-anak juga perlu ada simpanan untuk masa depan mereka.
Tahukah mama papa, simpan dalam ASB boleh dimulakan seawal usia kelahiran? Nak buka akaun anak-anak senang sahaja! Cuma perlu bawa myKid anak-anak dan juga myKad mama papa ke cawangan dan ejen ASNB seluruh negara.
Simpan Vaganza Raya
Setiap tahun, ASNB akan mengadakan kempen menyimpan untuk anak-anak berumur 18 tahun ke bawah sebagai galakan untuk mama papa menambah simpanan anak-anak. Tahun ini, ASNB kembali lagi dengan Simpan Vaganza Raya dan menariknya dengan menyimpan untuk anak-anak di ASB, ASB 2 atau ASM berpeluang untuk menang hadiah unit amanah sehingga RM200,000 untuk dikongsi bersama.
Lebih menarik lagi, jika mama papa daftar Auto Labur untuk anak-anak di myASNB, anak-anak boleh dapat rebat RM10 dan ini terhad untuk 1,000 pendaftaran pertama. Auto Labur merupakan kemudahan untuk pelaburan automatik setiap bulan dipotong secara terus daripada akaun bank. Selain memastikan pelaburan konsisten untuk diri sendiri, mama papa juga boleh membuat Auto Labur untuk anak-anak agar tak lupa untuk menyimpan setiap bulan.
Bagusnya buat simpanan di ASB & ASB2!
Bagusnya membuat simpanan di ASNB adalah kerana kemudahan untuk melabur dalam talian menggunakan aplikasi myASNB atau perbankan internet dan sebagai persediaan awal demi masa depan anak-anak tersayang.
Percayalah, tak rugi menyimpan awal untuk anak-anak!
Sekiranya mama papa mahukan maklumat lanjut tentang ASNB, bolehlah layari:
Laman web rasmi: https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php
Facebook: https://www.facebook.com/ASNBmy/?locale=ms_MY
Instagram: www.instagram.com/asnbmy/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@asnbmy?lang=en