Selepas kejadian yang berlaku kepada arwah Adam Rayqal, ramai ibu dalam dilema. Kejadian ini telah membuka mata semua pihak dan ada yang mula risau.

Sebenarnya ibu bapa yang bekerja berhak untuk meletakkan anak masing-masing di rumah pengasuh atau taska. Cuma jika memilih pengasuh perlu ada lebih ketelitian.

Untuk pengetahuan semua pengasuh juga perlu ada lesen mengasuh anak di rumah. Perlu pergi kursus bagi melayakkan diri mengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah.

Antara sebab utama ibu bapa memilih pengasuh adalah anak-anak asuhan tidak ramai. Supaya pengasuh dapat fokus kepada anak kita. Sangat baik tujuan dan niat itu. Tapi adakah kita terfikir kesan sebaliknya.

Dilema Antara Pengasuh Dan Taska? Ini Yang Patut Ibu Ayah Kaji Sebelum Buat Keputusan Hantar Anak

Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim mungkin memberi sedikit ilmu kepada ibu bapa. Antara pilihan taska atau pengasuh, ibu bapa yang selayaknya buat keputusan tepat.

Baik… atas sedikit pengalaman yang ada sebagai ibu, guru dan juga pernah menghadiri Kursus Awal Asuhan Kanak-kanak (KAAK), jom kita lihat pros & cons menghantar anak ke rumah pengasuh mahupun ke taska.

IKLAN

Saya tidak kata taska lebih baik. Atau pengasuh tidak elok. Taska pun ada yang bermasalah. Pengasuh pun ada yang sangat bagus.Tapi saya bagi panduan dan berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja. Selebihnya kita sebagai ibu dan bapa yang perlu bijak memilih mana yang terbaik.

Keyword di sini kita sebagai ibu bapa perlu ada ILMU dan BIJAK memilih, siapa yang berhak mengasuh dan mendidik anak-anak kita.

Kebaikan menghantar anak ke pengasuh:

  1. Pengasuh biasanya dikenali. Jadi, bagi ibu, senang kalau pengasuh adalah orang yang dikenali. (Bagi saya lagi susah – sebab kalau ada isu, kita susah nak berterus terang)
  2. Hantar pengasuh biasanya lebih murah compared to taska. Tapi ada juga pengasuh yang charge sehingga RM400 seorang which bagi saya, bagi pengasuh yang tidak berdaftar (kalau nak tahu, pengasuh di rumah pun kena daftar under JKM tau), rumah yang tentunya tak child friendly, tidak dipantau KKM, Majlis dan Bomba, bayaran tinggi sangat tidak patut.
  3. Hantar pengasuh biasanya sebab tak ramai. (Saya pernah je dengar pengasuh ambil sehingga 10 anak dari baby sehingga abang-abang yang transit)

Ok..saya nampak 3 ini kebaikan menghantar ke pengasuh. Jika ada lagi, sila tambah dibahagian komen.

Dilema Antara Pengasuh Dan Taska? Ini Yang Patut Ibu Ayah Kaji Sebelum Buat Keputusan Hantar Anak

IKLAN

Kemusykilan (saya tidak gunakan keburukan) menghantar anak ke pengasuh di rumah.

  1. Berdaftar atau tidak? Pentingkah berdaftar? Ya, sangat penting bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa terutamanya JKM. Seperti yang saya nyatakan di atas, pengasuh di rumah pun wajib berdaftar dengan JKM.
  2. Keselamatan? Selamat atau tidak. Child friendly tak? Tempat yang sangat merbahaya adalah dapur, tangga, pintu utama, pagar depan, jiran-jiran siapa?

Jika pengasuh memasak, di mana kedudukan anak waktu itu, jika pengasuh mandi atau buang air, siapa yang jaga anak kita? Pengasuh boleh keluar tak? Kalau keluar, bawa anak kita ke? Kalau tinggal, siapa jaga?

  1. Kebersihan? Bagaimana rutin pembersihan di rumah pengasuh? Pengasuh sebagai penyedia makanan, bersih tak? Ada ambil injection untuk penyedia makanan? Bagaimana pula carpet? Mainan dibersihkan tak?
  2. Cuti? Cuti pengasuh bagaimana? Ikut takwim tak atau pengasuh boleh cuti sesuka hati sebab anak saudara nak kahwin, nak balik kampung dan tiada yang ganti jaga anak kita? Dan kita pun ambil cuti untuk jaga anak? Itu belum pengasuh sakit, atau anak pengasuh sakit. Pengasuh minta cuti lagi sebab dia seorang yang jaga anak kita.
  3. Tetamu? Kalau ada tetamu seperti saudara mara atau jiran tetangga, bagaimana? Mereka boleh masuk ke dalam rumah dan memegang anak kita? Bagaimana jika mereka tidak sihat? Bagaimana jika anak kita perempuan dan tetamu pengasuh adalah lelaki yang…….?
  4. Aktiviti? Pengasuh ada jadual asuhan yang teratur tak? Apa aktiviti anak selain makan dan tidur?
  5. Pengasuh terlatih? Jika berlaku apa-apa, pengasuh boleh beri CPR? Siapa yang boleh bawa anak ke klinik/hospital berdekatan?

Dilema Antara Pengasuh Dan Taska? Ini Yang Patut Ibu Ayah Kaji Sebelum Buat Keputusan Hantar Anak

Ok. Kejap. Nak tarik nafas sat.

IKLAN

Itulah serba sedikit panduan untuk menjadi kayu ukur buat ibu bapa membuat pemilihan samada ingin memilih pengasuh di rumah atau taska.

Saya tahu, pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah panduan umum sahaja. Pasti sahaja ada pros & cons tapi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sedikit nasihat kepada pengasuh mahupun taska, jagalah amanah kami dengan baik dan ibu bapa, janganlah kita sekadar menghantar tetapi bersifat ihsan lah kita kepada insan yang menjaga dan mengasuh anak kita.

Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dalam kita memilih pengasuh dan pendidik untuk anak-anak kita.

Gambar Hiasan: Internet

Sumber: Ashikin Hashim 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI