Bila hamil, ibu memang akan kerap lapar walau pun pada tengah malam. Ikuti panduan doktor ini Beri agar berat tidak mencanak naik!
Tidak dinafikan apabila hamil, anda akan kerap lapar. Tidak kira waktu walau pun pada waktu tengah sedangkan anda sudah mengambil makan malam sebelumnya. Mengapa hal ini terjadi dan makanan jenis apakah yang boleh di ambil agar tidak mengalami masalah berat badan berlebihan.
KEPERLUAN KALORI IBU HAMIL
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, anda tidak perlu makan secara berlebihan sejak daripada tarikh disahkan hamil sehinggalah ke minggu yang ke-26.
Ini bererti ibu hamil cuma memerlukan lebih kurang 2000 kalori sehari. Bermula dari minggu ke-27 sehingga bersalin, keperluan wanita hamil akan meningkat kepada 2200 kalori sehari sahaja. Sekiranya anda mengambil makanan sehingga jumlah kalori yang dimakan berlebihan, sudah pasti berat badan akan naik berlebihan juga.
SEBAB MAMA HAMIL LAPAR TENGAH MALAM
Masalah kerap lapar pada waktu malam pula merupakan masalah kepada ramai wanita tidak kiralah wanita yang mengandung atau tidak. Terdapat pelbagai teori mengapa wanita kerap lapar pada waktu malam. Antaranya:
Salah tafsir rasa haus dengan lapar.
Waktu makan tidak tetap dan jenis makanan yang diambil kurang sedap.
Suka makan gula dan makanan atau minuman manis
#1 KAWAL STRES
Masalah stres menyebabkan ramai di antara wanita kerap rasa hendak makan. Pada waktu malam, ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari adalah untuk menimbulkan rasa gembira. Memakan makanan tertentu boleh menyebabkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Ini semua menyebabkan kebanyakan wanita berasa gembira dan dapat mengurangkan bebanan stres. Lama kelamaan ia menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
#2 BEZAKAN ANTARA LAPAR & HAUS
Kadangkala otak tidak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi, sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah puan mencari makanan yang sesuai pula.
#3 WAKTU MAKAN TIDAK TETAP
Jika waktu makan tidak menentu atau makanan yang diambil pada waktu siang TIDAK memuaskan kehendak diri, timbullah rasa lapar pada waktu malam. Bagi mengatasi masalah ini, eloklah disediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang anda suka dan bawa sebagai bekalan di pejabat.
#4 ATUR MENU & KALORI
Seelok-eloknya aturkan jadual untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan. Dengan mengawal kekerapan dan jenis pemakanan, anda boleh menjaga jumlah kalori menjadi 2000 kalori sehari. Misalnya, jika suka makan nasi lemak, pastikan hidangan nasi sebesar mangkuk kecil, pilih telur rebus, bukannya telur goreng dan banyakkan timun atau kangkung sebagai bahan sampingan.
#5 BANYAK GULA KETIKA SIANG
Jika anda suka makanan yang manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, maka badan akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, anda akan teringin makanan yang manis atau berkarbohidrat. Oleh itu boleh cuba menggantikan gula dalam makanan, roti, kek, aiskrim, minuman dan sebagainya dengan buah-buahan , mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk tidak makan makanan yang bergula.
#6 SERAT TINGGI
Akhir sekali, amalkan makan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Amalan-amalan ini dilaporkan boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah keguguran beberapa bulan yang lalu, kini penyanyi Nubhan Ahmad tampil berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya.
Biarpun baru bersedih ketika keguguran isterinya yang lalu, Nubhan bersyukur Allah memberinya rezeki sekali lagi untuk menimang cahaya mata ketiga.
“Yeay! Baby PKP”
“Alhamdulillah…rezeki baru.
“Bertambah lagi familyku…doakan isteri & anak dalam kandungan ni sihat ya,” tulisnya di Instagram.
Pun begitu kata Nubhan lagi, alahan yang dialami isterinya kini agak teruk berbanding anak-anak sebelum ini.
“Kali ni teruk betul mabuk @drfietawfek, saya yang tak mabuk ni pun boleh mabuk tengok dia,” kongsi Nubhan lagi.
Ads
Bukan morning sickness tapi a “whole day sickness”
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya, isteri kesayangan Nubhan, Dr Afifah Tawfek turut sama berkongsi kegembiraan itu. Malah turut berkongsi alahan dan mabuk teruk yang dialaminya pada kandungan ketiga ini.
“Susahnya nak keep this pregnancy a secret, had such a terrible morning sickness yang at first I thought I had a serious depression moments. Hehe.
Ads
“Its not the same this time like masa Aafiya and Aaffan sebelum ni. Susah nak keep secret sebab so many questions and tips I want you all to share how to overcome morning sickness.
“Dint know “MORNING” sickness could be a “WHOLE” day sickness…. Errrday everyday.
“Alhamdulillah…. Thank you untuk rezeki ini ya Allah. Orang kata kalau morning sickness teruk in shaa Allah baby kuat. Betul ke?,” tulisnya di kapsyen.
Semoga alahan yang dialami Dr Afifah cepat-cepat berlalu pergi dan bayi dalam kandungan baik-baik sahaja.
Terdahulu, Nubhan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Ogos 2015. Mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 tahun dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Melalui fasa mengandung kali pertama sesuatu yang mengembirakan buat pasangan yang berkahwin. Begitu juga detik yang dilalui oleh penyanyi Tasha Manshahar.
Disahkan mengandung selepas dua bulan berkahwin, Tasha dan suami, Fahrur Raqib Abdul Majid berkongsi rasa gembira itu bersama peminatnya.
Sebelum tahu dirinya mengandung, Tasha mengakui dia kerap demam terutama suhu badannya sentiasa meningkat waktu malam, badan lemah dan selera makan menjadi-jadi.
Sebagai seorang suami yang bakal bergelar bapa, nampaknya Raqib sangat mengambil berat mengenai kesihatan Tasha apatah lagi di awal kelahiran.
“Harini perut rasa extra sebu, maybe sebab tengah hari tadi tak makan berat, pastu tak makan apa-apa sampai petang, jadi perut masuk angin. Usually Tasha akan makan kerap (kuantiti sedikit) untuk pastikan perut sentiasa terisi.
“Tapi harini tak sempat. Bila perut kosong masuk angin time pregnant ni, memang buat kita rasa mual nak muntah.
“Since @raqibmajid nak masuk rumah ambil barang, kita pun pesanlah bawa plastik sekali takut-takut dalam kereta kang termuntah. Tapi ni plastik ke payung terjun?” tulisnya.
Sebelum ini, Tasha ada menyatakan perjalanan mengandungnya masih panjang dan berharap Allah permudahkan urusan hingga saat kelahiran.
Tasha juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dan minta pendapat dari orang lain yang pernah lalui fasa ini untuk bertukar idea sebagai panduan bersama.
Sumber: ig fahrur raqib abdul majid & tashamansahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam masa yang sama, di Instagram suaminya Zaquan juga turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen yang menyatakan tanda syukur dengan rezeki anak yang Allah kurniakan kepada dia dan isteri tersayang.
Menjenguk ke ruangan komen, peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 35 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.
Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, 1.
Tahniah diucapkan buat Ayu dan Zaquan. Semoga kehamilan kali ini juga dipermudahkan seperti yang terdahulu. Meriah ada anak ramai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.