Idea kreatif pasangan infleuncer, Irine Nadia dan suaminya yang menggantung kain pelikat anak lelaki mereka yang bersunat di puji ramai.
Mana tidaknya, pasangan ini menggunakan idea kreatif menggunakan stand kamera sebagai penyangkut kain di bahagian atas. Nampak lebih mudah dan terjaga.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkongsi kisah anak ketiganya yang begitu teruja untuk bersunat. Malah kongsi Irine lagi, anaknya Umar sememangnya bersemangat lebih awal untuk bersunat malah langsung tidak menangis ketika proses itu berlangsung.
“Umar dah jadi anak bujang. Selagi tak sunat, selagi tu Umar tanya non stop bila nak bawa pergi klinik. Panas telinga ibu ayah ni tahan and suruh dia sabar. Masalahnya, Umar tak sabar nak sunat.
“Masa nama Umar dah panggil masuk dalam, dia punya happy tu lain macam, satu-satunya budak yang masuk dalam takde bunyi apa/menjerit etc.
“Agaknya dah lama dia menunggu saat ni. Hihi,” kongsi Irine bercerita.
Ads
Bagaimanapun kata ibu cantik manis ini lagi, wajah Umar bertukar suram sebaik masuk dalam kereta. Dek kerana kehabisan kesan ubat bius, anak kecil itu mula menangis kesakitan.
“Wajah ceria bertukar suram. Akhirnya dalam kereta gugur air mata, ubat bius dah habis kesan. Dah makan ubat, Alhamdulillah dah okayyy 🤗
“Selamat berpantang untuk anak ibu!
“Ayat terawal dia cakap lepas balik rumah, “Ibuu, Umar lapar” haha,” katanya lagi berkongsi.
Ads
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya idea kreatif pasangan influecer ini yang nampak begitu relaks dan tenang menguruskan anak mereka.
“Ibu cakap dengan ayah, “Abg nak gantung kain Umar sunat nanti pakai apa?”
“Husband, “x pe, senang je. Abg buat nanti”. Ibu macam tercengang jap tadi tengok. Ni dah macam pakej sunat sambil bergambar,” kongsinya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bukan semua orang bernasib baik dan mampu menyambut hari lahir serba mewah apatah lagi di sambut di destinasi pelancongan yang terkemuka, serba mewah di dunia iaitu Dubai.
Namun memang rezeki si anak, Luth Akbar yang lahir dalam ‘dulang emas’ diberi rezeki untuk menyambut kelahiranya yang ke-5 pada tahun ini di Dubai.
Menurut perkongsian pengasas momilabeauty iaitu Sheilanan, ibu kepada Luth Akbar, percutian ke Dubai bersama keluarga adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya dan ianya merupakan kejutan hari jadi yang dirancang oleh dia dan suami.
“Surprise birthday trip for Muhammad Luth Akbar.” tulisnya di instagram
Semasa dalam perjalanan ke Dubai, anak kecil yang comel ini menaiki penerbangan business class, makan dan bertemu Saltbae (Nusret Gökçe) di restorannya dan menaiki helikopter untuk melihat Dubai dari pandangan udara.
Bukan itu sahaja!
Dia juga membeli-belah barangan sekolah di kedai-kedai berjenama mewah, dia juga berpeluang mendekati dan bermain dengan burung helang serta menunggang unta di safari padang pasir, bilik hotel dengan pemandangan Burj Khalifa yang paling menakjubkan.
Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam satu kenyataan dikeluarkan petang 30 April berkata, polis menerima laporan daripada seorang doktor di sebuah hospital kerajaan berhubung kejadian itu.
Doktor terbabit mengaku menerima seorang bayi berumur sembilan bulan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki dipercayai pengasuh bayi tersebut.
“Bayi tersebut dibawa ke hospital oleh lelaki berkenaan kira-kira jam 7 petang Selasa.
“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di mulut dan kecederaan di dubur mangsa,” katanya.
Menurut Mohamad Fakhruddin lagi, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri warga tempatan di sebuah pangsapuri di sini kira-kira jam 8 malam.
“Kedua-dua suspek berumur 35 tahun itu ditahan berdasarkan keterangan saksi yang membantu siasatan kes tersebut.
“Semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod dalam kes dadah iaitu Seksyen 15(1)Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.
“Kedua-dua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Macam mana nak bahagia rumah tangga? Macam mana nak anak-anak dengar kata, baik soleh dan solehah?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.