Diperlakukan Seperti Patung/ Binatang, Doktor Luah Perasaan Anaknya Didera. Selama Ini Hanya Merawat Mangsa Dera
Disember 3, 2018
Share
Penderaan bayi dan kanak-kanak sering kali merobek hati insan yang bergelar ibu dan ayah. Tidak dapat dibayangkan si kecil diperlakukan seperti patung/ binatang oleh orang yang dipercayai akan menjaga mereka dengan baik tidak kira di taska atau pengasuh.
Luahan ibu ini yang juga bertugas sebagai seorang doktor perubatan, Dr Che Sarida menyentap perasaan. Posting Facebook beliau menerima hampir 3,000 perkongsian. Anaknya, Adam Rayqal didera pengasuh taska bersama beberapa kanak-kanak lain. Paling menyedihkan, Adam ialah yang paling muda dari kesemua yang terlibat.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Terdetik nak ambil anak awal. Masa nak ambil anak, guru taska agak terkejut. Adam kelihatan letih. Balik ke rumah Adam mula muntah & sangat lemah tetapi enggan menyusu.
Menghubungi guru taska & dia kata Adam OK cuma pelik bila Adam muntah. Periksa badan Adam tiada apa-apa cuma semua kain Adam dalam beg taska basah seolah-olah telah dibasuh.
Sepakat dengan suami untuk periksa rakaman kamera litar tertutup di taska. Apa yang dilihat amat menyedihkan kerana Adam dan seorang lagi bayi diperlakukan seperti patung/ binatang!
Dr Che Sarida dan suami telah membawa Adam ke bahagian kecemasan hospital dan membuat laporan polis bersama ibu bapa seorang lagi bayi lain yang terbabit. Pelbagai ujian dibuat termasuk CT brain. Didapati Adam mengalami lebam pada dada. Hasil siasatan mendapati 4 bayi dalam bilik taska tersebut telah didera dan paling menyedihkan Adam yang paling muda & mungkin paling menderita!
Beliau juga menyertakan beberapa cadangan dan pandangan mengenai kes penderaan yang banyak terjadi. Dalam kes anaknya, tiga ibu bapa kanak-kanak lain yang terlibat ialah Pegawai Perubatan.
Ibu bapa perlu peka 4 tanda bahaya yang mungkin menunjukkan anak didera. Periksa anak selepas mengambil mereka dari pusat jagaan. Antara tanda-tandanya ialah muntah memantul, bayi sangat lemah ketika bersama ibu bapa sedangkan semasa dihantar ceria dan tidak demam, bayi menangis tanpa henti dan sukar dipujuk serta terdapat kesan lebam atau kecederaan fizikal yang lain.
Dr Che Sarida juga merayu agar tidak rakaman video anaknya tidak ditularkan kerana ia sangat meruntun jiwa melihat anak tersayang didera.
Kepada pendera, kamu tidak layak menggelarkan dirimu teacher atau guru!
Terduduh mengaku tidak bersalah dan kes akan dibicarakan
Adam masih lagi trauma, tangisan trauma (traumatised cry) setiap kali terjaga tidur