Bermula dengan demam pada bulan April tahun lalu adik, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus, 1 tahun 9 bulan, disahkan menghidap kanser Ephitilial Sarcoma atau kanser tisu lembut yang jarang berlaku di Malaysia.

Menurut ibunya, Siti Nur Ashima Makhatar, 29, Syifa mula disahkan menghidap kanser ini selepas dia demam April tahun lalu dan pada bulan Mei ada benjolan kecil di leher sebelah kirinya.

Disahkan Kanser Ephitilial Sarcoma, Adik Syifa Hanya Bergantung Dengan Morfein Untuk Tahan Sakit

“Selepas bawa ke klinik, doktor bagi antibiotik namun selepas itu ia makin membengkak dan terus di bawa ke hospital.

“Sampai di hospital, Syifa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama dua minggu dan baru doktor dapat sahkan ia menghidap kanser.

“Masa di ICU doktor terpaksa menebuk leher Syifa untuk pernafasannya kerana Syifa tak dapat nak bernafas dengan normal.

“Sejak itu, kehidupan Syifa dah berubah dan dia banyak terlantar,” kata Ashima.

Ads

Badan Syifa tak respon kimoterapi

Ashima menjelaskan, keadaan kesihatan Syifa sekarang dah makin merosot dan doktor pun tak boleh meneruskan lagi rawatan untuknya.

“Sebelum ini Syifa dah melalui 7 kali kemoterapi. Semasa fasa kelima kemoterapi, benjolan di lehernya dah surut dan menunjukkan perkembangan positif.

Disahkan Kanser Ephitilial Sarcoma, Adik Syifa Hanya Bergantung Dengan Morfein Untuk Tahan Sakit
Lepas kimoterapi bulan 6 tahun lalu. Ada tunjukkan perkembangan poitif tetapi selepas itu sel kanser kembali aktif.

“Namun selepas itu, sel kanser kembali aktif walaupun dah habiskan 7 kali kemoterapi.

“Atas nasihat pakar, untuk memastikan keadaan Syifa stabil, doktor menasihatkan untuk buat kemoterapi yang lagi kuat. Bagaimanapun, selepas lakukan sesi kimoterapi tersebut, tiada respon ditunjukkan.

Ads

“Terbaru keadaan Syifa selain benjolan besar di leher kirinya, terdapat pula benjolan baru di belakang telinga sebelah kanan.

“Pakar dah tak boleh nak buat apa lagi kerana tiada tindak balas dan kini Syifa di bawa pulang ke rumah dan hanya bertahan dengan menggunakan ubat tahan sakit. Paling sedih setiap 4 jam sekali Syifa akan diberikan morfein untuk elakkan dia rasa sakit.

Disahkan Kanser Ephitilial Sarcoma, Adik Syifa Hanya Bergantung Dengan Morfein Untuk Tahan Sakit

Berisiko buat pembedahan

Ashima menjelaskan, keadaan benjolan dileher Syifa itu tak dapat dibedah kerana ia betul-betul berada di atas nadi dan dekat dengan saraf otak.

Ads

“Kalau buat pun memang risiko besar. Lagi satu untuk buat radiologi tetap tak boleh kerana sel kanser ini dah merebak ke paru-paru,” ujarnya.

Tambah ibunya lagi, sejak bulan November lalu juga, Syifa dah tak boleh makan dan hanya bergantung susu semata-mata dan ayahnya juga terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk menguruskan ulang aliknya ke hospital.

Disahkan Kanser Ephitilial Sarcoma, Adik Syifa Hanya Bergantung Dengan Morfein Untuk Tahan Sakit

“Lepas habis sebotol susu, dia akan minta lagi sebotol jika dia belum rasa kenyang.

“Sedih sangat tengok keadaannya. Tapi saya sentiasa harapkan Allah mudahkan urusan Syifa. Sebelum ini rawatan tradisional pun dah cuba tapi tiada perubahan.

Bagi yang ingin membantu adik Syifa, boleh terus hubungi ibunya, Ashima di talian 011-2606 6091 atau 03111020184189 (Bank Islam) atas nama Siti Nur Ashima.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI