Siapa sangka anak yang dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah tiba-tiba terus tak bermaya kerana masalah kesihatan.
Disahkan menghidap penyakit “Nephroblastoma Stage III” (Wilms Tumor) pada 15 Februari lalu dan penyakit ini juga hanya berlaku pada 1:10,000 kanak-kanak seakan-akan memberi tamparan hebat buat kedua ibu bapa adik “Maliq Aryan Ahmad Rafiq.
Menurut ibunya, Nur Syafiqah penyakit ini berlaku bukan disebabkan faktor pemakanan.
“Ada yang ingat tumor ini jadi disebabkan faktor makanan, tapi sebenarnya tidak. Saya dah tanya doktor, doktor cakap tak ada kena mengena dengan pengambilan makanan.
“Nak ikutkan saya beri Aryan makan makanan berasaskan organic. Sayur, buah, biskut dan apa pun yang saya bagi pada dia semua yang organik termasuklah ayam. Tapi itulah siapa kita untuk menolak ketentuannya.
“Masa mula-mula disahkan doktor apa punca terjadinya Wilms Tumor ini doktor pun tak boleh nak pastikan dengan jelas. Ibaratnya Aryan insan terpilih untuk dapat penyakit ini,” katanya.
Berikut perkongsian ibu adik Aryan mengenai keadaan kesihatannya.
Buah Pinggang Terpaksa Dibuang Sekali
Rawatan Kemoterapi
Surat Pengesahan Penyakit
Mohon Bantuan Orang Ramai, Doakan Kesihatan Aryan
Sumber: Nur Syafiqah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nadiya Nisaa Selesa Jaga Anak Sendiri. Berat Hati Ambil Maid Sebab Macam-Macam Kes
Pelakon Nadiya Nisaa dan suami, Saiful Razman punya pendirian sendiri untuk membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil.
Tegas Nadiya, dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya terutama anak bongsunya, Aminah Rose kepada individu lain selain keluarga.
“Kami mengambil keputusan untuk membesarkan anak-anak tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau menghantar ke pengasuh.
“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai anak bongsu saya berusia dua tahun.
“Apatah lagi sekarang terlalu banyak berita tentang kes membabitkan pembantu rumah… Itu membuatkan saya lagi berat hati.
View this post on InstagramA post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa) on
“Alhamdulillah, kata sepakat ini saya dan suami telah persetujui dan kami banyak berkompromi antara satu sama lain.
“Sekarang pun suami saya sudah menyewa studio yang berdekatan dengan kawasan rumah untuk memudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.
Berkongsi pengalaman selepas tiga bulan bersalin anak kedua, Nadiya akui situasinya sama seperti kali pertama menimang cahaya mata.
“Semuanya kena restart dan ingat balik. Maklumlah, anak sulung saya, Omar, sudah berusia lapan tahun, semua benda perlu beli baru dan barangan lama sudah tak boleh pakai lagi.
“Alhamdulillah, Aminah seorang bayi yang menyenangkan dan mudah untuk dijaga,” ujarnya yang bersalin pada 1 Januari lalu.
Sumber: Astro Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Post Gambar Tengah Menyusu Anak Atau Tayang Stok Susu Ibu” Pesanan Ustazah Ini Untuk Ibu Menyusu
Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu.
Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Jadi bila susu dengan ikhlas dan kasih sayang maka akan membentuk hubungan yang erat, makanan yang berkhasiat dan anak akan melalui pembesaran yang baik.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
Sebaiknya cari tempat yang khusus untuk ibu menyusu bagi mengelakkan fitnah. Menyusukan anak di dalam kereta boleh tapi pastikan aurat ibu sentiasa terjaga.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Amboi Bukan Main Jawline. Comel Sangat”-Warganet Teruja Lihat Wajah Anak Syifa Melvin!
“Amboi Bukan Main Jawline. Comel sangat”-Warganet Teruja Lihat Wajah Anak Syifa Melvin!
Syifa Melvin baru-baru ini ada berkongsi wajah anak sulungnya yang diberi nama Saif Sulaiman Safawi di akaun media sosialnya. Ramai teruja melihat wajah comel anaknya dan turut menarik perhatian bila melihat ‘jawline’ tajam anak Safawi Rasid yang merupakan pemain bola sepak profesional tanah air.
“Bismillahi masya-ALLAH, inilah cinta baru dalam hidup kami Saif Sulaiman Safawi. Membesar dengan baik dan sihat anak,” demikian tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa yang memuat naik perkongsian itu menerusi laman Instagram miliknya, ternyata meraih perhatian ramai, dimana rata-ratanya memuji bayi lelakinya itu yang bukan setakat memiliki kulit putih, malah pandangan sisi menampakkan ‘jawline’ atau tulang rahangnya yang runcing dan tajam.
“Kecil-kecil dah ada jawline, ikut ayahnya ni. Comelnya, hidung mancung.
“Amboi bukan main jual jawline. Comel sangat .”
“Cantiknya nama. Assalammualaikum Saif Sulaiman.”
“Masya-ALLAH, Assalammualaikum baby Saif. Dagu runcing ni. Semoga jadi anak yang soleh.”
“Assalammualaikum Saif Sulaiman ku sayang. BFF Noah Ibrahim ni,” antara kata-kata daripada netizen.
Dalam pada itu, Syifa dan suaminya turut mewujudkan satu akaun khas untuk anak mereka dengan menggunakan nama Saif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI