Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.

Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.

Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.

“Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.

“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.

“Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma dialaminya,”katanya.

Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.

Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.

“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar, anak masih di dalam kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi.

Suasana pilu turut menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.

IKLAN

Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.

“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Perlu Berwaspada, Peka Keadaan Sekelililing

Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya walaupun ia dikira kecuaian ibu bapa itu sendiri.

IKLAN

Di sini pentingnya sikap berhati-hati. Kejadian nak berlaku sekelip mata sahaja tapi kita sebagai orang dewasa mungkin perlu lebih beringat dan berwaspada.

Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.

Sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.

Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.

Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan.

Disangkakan Seret Sampah Sejauh 10 Meter, Tapi Ibu Terkejut Anak Sendiri Maut Bawah Kereta

Zon buta

Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.

IKLAN

Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.

Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling.

Zon Buta kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan selamat.

Sumber: BH Online & Kosmo

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI