Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah situasi yang dihadapi oleh Puan Syuhada apabila anak sulungnya, Muhammad Fairrel Anaqi bin Azli yang kini berusia 2 tahun 2 bulan dihidapi penyakit yang belum dapat dipastikan lagi bermula sejak umur Fairrel Anaqi 1 bulan. 

Lebih menyedihkan lagi, penyakit ini semakin teruk dan merebak ke seluruh tapak kaki. Syuhada cuba emndapatkan rawatan di klinik tapi masih belum sembuh. Anaknya juga tidak mapu berjalan akibat nanah disekitar tapak kakinya.

Baca: Doktor Senaraikan Makanan Tambahan Sihat Untuk Ibu Hamil. Paling Penting Kaya Nutrisi & Barakah!

Anak saya Muhammad Fairrel Anaqi bin Azli, 2 tahun 2 bulan menderita apabila bahagian tapak kakinya naik bulat-bulat air nanah. Hampir 2 tahun 2 bulan, Tapi masih lagi jadi macam ni. Tak tau nak cakap macam mana lagi…kesian…kesian…kesian. Dia akan demam dan asyik menangis sebab sakit dan tak boleh berjalan.

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

Ada sesetengah doktor cakap macam ezcema, ada yang cakap macam kudi buta. Benda ni jadi pada anak saya sejak dia umur 1 bulan lagi sehinggalah sekarang unmurnya 2 tahun 2 bulan. Dia jadi secara berperingkat, mula-mula cuma naik merah-merah. Masuk umur 4 bulan naik pula biji berisi air. Kemduian masuk 6 bulan kaki dia mula naik banyak nanah macam dalam gambar yang saya kongsi. Pernah satu tahap, dia terlalu gatal, kaki dia mengigil kebiruan.

Dah lebih 10 kali saya ulang alik ke klinik, lepas sapu ubat dia akan surut sedikit dan kemudian naik balik. Saya jadi buntu!

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

Saya bukan seorang ibu yang kuat nak HADAPI bnda ni. Saya bukan keluarga yang senang nak bawak anak pergi tempat yang mahal-mahal. Jauh disudut hati saya sedih tengok anak macam ni. Sampai bila dia nak tanggung sakit?

IKLAN

Saya mohon sesiapa yang berkemampuan atau tahu cara bantulah anak saya
Disebabkn terlampau sakit die dia tak boleh berjalan, demam, kadang-kadang kaki dia gigil tahan sakit.

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

Saya nak ucapkan jutaan terima aksih pada rakan-rakan Facebook yang sudi bantua, yang tak kenal sanggup tolong, suggestkan macam-macam. Tujuan saya bukan untuk raih simpati tapi lebih kepada nak minta bantuan rakan-rakan untuk bagi tip atau info yang mungkin saya tak tahu.

Alhamdulillah sepanjang jumpa doktor, semuanya baik-baik dan memahami keadaan saya. Mereka buat yang terbaik dan cuba referkan untuk ke pakar sebelum ini tapi saya tolak di atas faktor kewangan dan transportation.

Di atas bantuan rakan-rakan, saya akan cuba refer ke mana-mana pakar InsyaAllah. Tdai petang saya dah jumpa doc di klinik sini dan minta refer ke pakar dan doktor sarankan untuk bagi ubat yang di berikan dahulu.

Update terini;

IKLAN

Anak saya dah makan antibiotik, kaki dia dah rendam air ubat yang doc bagi dan dah pun cuci plus sapu cream. Kaki dia nampak ada sikit perubahan, nanah-nanah dah pun pecah. Nampak dah makin kering cuma die still tak boleh jalan sebab sakit ada luka-luka tu.

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

Ini la yang saya terpaksa lalui tiap kali anak saya sakit. Dia akan ok bila makan ubat dan tak alam akan jadi balik.

Terima kasih banyak-banyak yang mana membantu anak saya, bagi semangat, doakan anak saya. Tak terbalas jasa baik semua.

Bukan mudah sebenarnya untuk saya uruskan anak saya masa dia sakit, sebab ada anak kecil lagi baru 5 bulan. Suami pula kerja luar. Memang mental saya kena kuat. Saya tak boleh down. Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak-anak.

IKLAN

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

Gambar yang saya kongsikan mungkin tak menyenangkan, saya mohon maaf, saya cuma berkongsi. dan Alhamdulillah bertambah baik kaki anak saya. Petang semalam dah start boleh jalan. Tapi tu lah sekejap-sekejap merenggek kesakitan.

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

Terima kasih buat ahli keluarga kerana selalu bantu dari segi kewangan dan pinjamkan kereta untuk bawa anak ke klinik ketika suami bekerja. Tak tahu macam mana cara nak balas jasa baik yang membantu.

Boleh hubungi Puan Syuhada: 0198973534 untuk sebarang bantuan.

Kredit: Areda Syuhada

“Disebabkan Terlampau Sakit Dia Tak Boleh Jalan, Gigil Tahan Sakit” Ibu Rayu Bantulah Anak Kecil Ini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI