Ibu marah, cari ayah. Ayah marah, cari ibu. Biasa berlaku kan? Apa respon kita sebagai ibu/ayah?
Keadaan ini selalu berlaku pada anak-anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan.
Sekali sekala bertegas dengan anak perlu untuk mendidik. Cuma bagaimana cara ibu bapa buat sebenarnya yang akan menentukan sikap anak bila mereka besar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani boleh membantu ibu bapa bila berdepan situasi ini.
Mempertahankan anak
Habislah. Apabila salah seorang bos dalam rumah (mak/ayah) marah, pastikan ia adalah untuk mendidik. Jika untuk mendidik, bos lagi satu please please please. Janganlah defend anak tersebut. Kenapa? Anda akan menyebabkan anak pandai manipulate keadaan. Keharmonian akan terganggu.
Dalam mendidik anak perlukan kesepakatan.. Parti politik tak sama tak apa.. Tapi bab mendidik anak WAJIB SELARI. Bila selari, pasti berjaya.
Marah sama-sama
Ops… Walaupun perlu SELARI, tindak balas tak perlu COPY. Ayah dah marah, mak jangan marah sama. Kalau hati tisu, lari ke kawasan lain. Biar ayah yang uruskan sampai habis. Bila dua-dua marah, emosi anak akan super duper affected.. Cukup seorang.
Take over
Biasa juga kan. Mak marah tak jalan, ayah take over.. Jika balance take over antara mak dan ayah mungkin ok. Tetapi jika satu pihak sahaja yang selalu take over, agak kurang sihat. Kesannya sesetengah anak akan merasakan mak/ayah yang berundur dari kemarahan untuk di take over by another parent kurang authority.
Apa pun ibu bapa perlu ingat marah untuk mendidik. Elakkan marah kerana emosi.
Sumber: Aabidah Ab Ghani (Terapis Cara Kerja)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Begini Caranya Untuk Jadi Ibu Bapa Yang Hebat! 5 Cara Hadapi Keletah Si Kecil Yang Semakin Aktif, Bukannya Dengan Cara Marah Atau Memukul
Apabila mempunyai anak, anda bakal menghadapi cabaran untuk mengendalikan anak yang mempunyai pelbagai keletah. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul. Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
1.Suka menanggalkan pakaian
Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.
Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
2.Menconteng
Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!
Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan karyon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti ‘menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
3.Buang lampin
Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
4.Suka mengetuk
Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.
Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Selamat mencuba
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terapis Kongsi 5 Cara Boleh Buat Bersama Bayi Bawah Setahun Untuk Cepat Cakap
Melihat anak orang lain petah bercakap, kadang tu terdetik dalam hati macam mana anak sekecil ini sudah mampu bercakap. Paling susah hati, bila anak kita pula dibuat perbandingan dengan anak orang lain.
Sebenarnya menurut Terapis Pertuturan dan Bahasa, Puan Ruby Atika, jika mahu anak petah bercakap, ada teknik tertentu yang perlu dipraktikkan seawal bayi bawah setahun. Ini 5 cara untuk buat rangsangan pertuturan bahasa.
Ada 5 cara yang ibu bapa boleh gunakan bersama bayi bawah 1 tahun untuk buat rangsangan pertuturan bahasa:
1) tiru balik apabila dia berbunyi, tak kiralah babbling atau bunyi-bunyi lain.
Anak: babababa
Ibu: bababa…mama! Sayang mama.
2) apabila anak bersuara, ayah diam. Anak berhenti bersuara, baru ayah sambung. Ini ialah latihan giliran komunikasi.
3) gunakan isyarat mudah seperti “bye bye, habis, mana?, susu, lagi, kereta, motor, kucing” boleh rujuk baby sign language. Bayi yang cekap tiru isyarat ni, dia akan cepat bercakap.
4) buku bergambar. Cakap pasal gambar, bukan pasal tulisan. Ajak anak selak dan tunjuk-tunjuk pada gambar bersama-sama.
5) umur ni biasanya berdukung. Jadi amalkan self talk iaitu anda cakap segala yang anda sedang lakukan.
“Mama dahaga, mama nak ambil air.”
“Hari ni mama nak masak sup.”
“Mesin basuh dah siap, mama nak sidai baju.”
Cakap aja macam monologue, sebab bayi bukan reti bercakap lagi. Tapi ibu sentiasa self talk. Bukan ada orang lain pun, nak malu apa.
Kredit: Puan Ruby Atika
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mandi, Nak Lama-Lama. Pergi ‘Playground’, Tak Nak Balik. Kita Yang Kena Ajar Anak ‘Move On’!
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari kesana kemari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Baca: 6 Tahun Menyusukan 3 Anak, 6 Tahun Tak Cukup Tidur. Suami Sumber Kekuatan Diana Amir
ANAK SUSAH “MOVE ON”
Anak saya pun pernah ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak. Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.
1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi kemana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya.
Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya; “Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan” “Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Baca: Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Buttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang.
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapkan konsep main-mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Baca: Nak Elak Covid Memang Kena Pakai Face Mask, Tapi Awas Jangan Sampai Jadi Punca Anak Jatuh Sakit!
Konsep saya mudah,
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best! Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri sendiri atau orang lain.
Sumber:
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy Selayang & JB
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI