Ibu marah, cari ayah. Ayah marah, cari ibu. Biasa berlaku kan? Apa respon kita sebagai ibu/ayah?
Keadaan ini selalu berlaku pada anak-anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan.
Sekali sekala bertegas dengan anak perlu untuk mendidik. Cuma bagaimana cara ibu bapa buat sebenarnya yang akan menentukan sikap anak bila mereka besar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani boleh membantu ibu bapa bila berdepan situasi ini.
Ads
Mempertahankan anak
Habislah. Apabila salah seorang bos dalam rumah (mak/ayah) marah, pastikan ia adalah untuk mendidik. Jika untuk mendidik, bos lagi satu please please please. Janganlah defend anak tersebut. Kenapa? Anda akan menyebabkan anak pandai manipulate keadaan. Keharmonian akan terganggu.
Dalam mendidik anak perlukan kesepakatan.. Parti politik tak sama tak apa.. Tapi bab mendidik anak WAJIB SELARI. Bila selari, pasti berjaya.
Ads
Marah sama-sama
Ops… Walaupun perlu SELARI, tindak balas tak perlu COPY. Ayah dah marah, mak jangan marah sama. Kalau hati tisu, lari ke kawasan lain. Biar ayah yang uruskan sampai habis. Bila dua-dua marah, emosi anak akan super duper affected.. Cukup seorang.
Ads
Take over
Biasa juga kan. Mak marah tak jalan, ayah take over.. Jika balance take over antara mak dan ayah mungkin ok. Tetapi jika satu pihak sahaja yang selalu take over, agak kurang sihat. Kesannya sesetengah anak akan merasakan mak/ayah yang berundur dari kemarahan untuk di take over by another parent kurang authority.
Apa pun ibu bapa perlu ingat marah untuk mendidik. Elakkan marah kerana emosi.
Sebagai ibu bapa, anda pasti mengalami kejutan apabila mendengar percakapan anak yang tidak sepatutnya. Itu impaknya jika anda tidak menjadi contoh teladan terbaik buat mereka
Ibu bapa jadi contoh teladan
Setiap ibu bapa akan berfikir tentang bagaimana cara anak bercakap dengan kita mahupun individu di sekeliling serta tingkah laku mereka.
Sudah tentu teguran adalah cara paling mudah untuk membetulkan kelakuan anak yang dirasakan tidak bersopan santun, kan?
Bahkan, anda mungkin mempersoalkan dari mana datangnya sikap tersebut sehingga anak menjadi sedemikian rupa.
Tetapi hakikatnya, anda mungkin terlupa bahawa mereka memerhatikan apa yang kita sebagai ibu bapa ucapkan dan cara kita melafazkannya.
Kitalah contoh teladan yang menjadi ikutan mereka, sama ada baik mahupun sebaliknya.
Mungkin anda berasakan anak masih kecil belum pun mencecah usia setahun, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tetapi adakah anggapan tersebut benar?
Sebenarnya anak seawal usia 8 bulan sudah boleh dan pandai meniru tingkah laku dan cara percakapan ibu bapa.
Mereka akan memerhati, mendengar dan mula meniru gaya pertuturan yang ditunjukkan tanpa anda menyedarinya.
Jadi sebaiknya, setiap ibu bapa amat digalakkan untuk mengamal dan menggunakan bahasa yang baik walaupun ketika dalam keadaan tertekan atau marah.
Ini kerana si kecil sedang memerhatikan setiap perlakuan anda sebagai contoh teladan.
Nilaikan cara anda bertutur dengan anak
Sejujurnya, bagi penulis sendiri, sukar untuk kita melihat tindakan sendiri secara objektif.
Jika anda mungkin tertanya-tanya bagaimana caranya anda berinteraksi dengan anak setiap hari, mungkin cara berikut boleh membantu.
Bayangkan anda merakam percakapan dengan si kecil dan mainkan semula gambaran secara visual bersama suara.
Adakah nada suara anda kedengaran penyabar dan penuh kasih sayang? Bagaimana pula tumpuan yang diberikan sewaktu anak sedang bertutur?
Atau mungkin anda membayangkan diri sibuk bermain telefon – melayari media sosial, berbalas mesej – dan bukannya memberikan sepenuh perhatian kepada anak?
Daripada gambaran tentang diri anda sendiri, adakah anda berasa diri berada pada tahap terbaik? Soalan paling utama, sesuaikah ia untuk dijadikan sebagai contoh teladan?
Seandainya, jawapan anda adalah tidak, maka perlu untuk anda melakukan perubahan dalam cara percakapan dengan anak.
Adakah nada suara anda kedengaran kasar, tidak sabar dan marah ketika menegur atas kesalahan anak?
Atau mungkin anda menggunakan nada melenting kepada anak walaupun mereka tidak melakukan kesalahan hanya kerana diri berasa letih?
Maka, untuk menjadi ikutan terbaik, berikan perhatian pada nada suara yang digunakan ketika bercakap dengan anak walaupun pada saat anda ingin membetulkan tingkah laku si kecil.
Contoh teladan: Gunakan nada positif
Berikut adalah 5 sebab penting mengapa nada suara dan percakapan yang digunakan memainkan peranan penting dalam komunikasi dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak:
1. Anak akan lebih mudah mendengar
Umumnya, ia adalah perkara yang paling logik.Tanyakan diri sendiri – anda suka apabila ditegur seseorang dengan nada marah dan menjengkelkan atau menerima teguran daripada individu yang bercakap menggunakan nada tenang dan baik?
Walaupun mungkin wujud perselisihan faham atau anda perlu membetulkan kesilapan anak, gunakan nada suara yang lembut tetapi tegas.
Kaedah ini dipercayai lebih meraih perhatian anak dan mereka akan mudah mendengar setiap teguran.
2. Nada kasar belum tentu berkesan
Apabila anda menjerit atau menggunakan nada yang agresif kepada anak, kecenderungan untuk mendapat hasil yang baik adalah tipis.
Malahan, sikap tersebut boleh merosakkan hubungan anda, apatah lagi untuk menjadi contoh teladan yang baik.
Ya, mungkin mereka mendengar untuk jangka masa pendek dan akan kembali mengulangi kesilapannya semula. Adakah itu yang anda mahu?
Maka, jika anda mahu anak mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk mengawal tingkah lakunya sendiri, mulakan tabiat bertutur dengan baik.
3. Anak menganggap ibu bapa sebagai contoh teladan
Cara paling mudah dan berkesan untuk membuatkan anak bercakap dengan baik kepada anda dan juga individu di sekelilingnya adalah dengan bertutur secara sopan kepada mereka.
Dan jika anda lebih gemar mengkritik dan bercakap kasar kepada anak, jangan melenting seandainya menerima layanan yang sama daripada mereka!
4. Hubungan dengan anak lebih kukuh
Percayalah, jika anda memperlakukan anak dengan rasa hormat dan baik, ia secara tidak langsung akan mengukuhkan ikatan antara kalian.
Jangan malu untuk ucapkan ‘terima kasih’ dan ‘tolong’ apabila bertutur dengan anak. Jelaskan bahawa mereka juga perlu melakukan perkara yang sama kepada anda mahupun individu lain.
Melayani satu sama lain dengan sopan santun dan rasa hormat akan mendekatkan anda dengan anak.
Manakala percakapan yang agresif tanpa rasa hormat sudah tentu akan memberikan kesan sebaliknya.
5. Anak menjadi lebih hormat
Apabila anda menggunakan nada yang baik dengan anak di rumah, secara semula jadi mereka akan melakukan perkara yang sama di sekolah dan tempat lain.
Pastinya, individu di sekeliling akan memberikan komen mengenai tingkah laku dan cara percakapan anak yang baik.
Secara tidak langsung ia akan menimbulkan rasa bangga serta keyakinan dalam diri mereka yang membawa ke alam remaja dan seterusnya.
Mulakan daripada diri anda
Jadi melalui perkongsian di atas secara mudah dapat disimpulkan, jika mahukan anak mempunyai tabiat dan tingkah laku yang baik, maka anda perlu menjadi contoh teladan terbaik.
Jangan pula menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri pun tidak betul!
Anak kepada pelakon dan pengacara cantik manis, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi mencuri perhatian warga maya apabila cuba berhubung dengan ibunya melalui aplikasi Whatsapp.
Amyra memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Anaqi yang kini sudah berusia lima tahun dan berkongsi dengan pengikutnya di akaun Instagram.
Menggunakan pelbagai abjad kerana menurut Amyra anaknya itu belum mahir menulis, sebagai ibu dia berasa cukup terharu atas usaha anak sulungnya itu untuk menghubungi dirinya ketika dia sedang bekerja.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting.. love u son,” kongsi Amyra di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang memuji perkembangan Anaqi selain ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan anak masing-masing.
“Wow bahasa dia.. Mak-mak je paham,” komen Nad Zainal
“Comel typing Anaqi and mommy,” komen seorang lagi peminat
“Ajarkan guna voice…anak saya 6 tahun berhubung dengan saya bila saya tak ada di rumah…guna voice,” kongsi wargamaya lagi.
Untuk rekod, Amyra dan suami yang juga pelakon, Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Anaqi dan juga Ayra Aryssa yang kini berusia setahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seharusnya ibu ayah tidak malas dan jadikan ia perkara wajib untuk mandikan anak sebelum hantar anak ke taska.
Perkongsian ini mengejutkan apabila mempersoalkan sikap ibu ayah yang tidak mahu memandikan anak sebelum di hantar taska. Malah sikap segelintir ibu ayah yang sanggup mereka alasan seperti ‘anak tidak boleh mandi disebabkan arahan doktor, sukar bangun awal pagi dan pelbagai alasan lain semata-mata tidak mahu mandikan anak di rumah.
Namun apa yang disenaraikan oleh perkongsian ini ada benarnya bahawa banyak manfaat jika ibu ayah sendiri memandikan anak. Malah mengikut pendidikan psikologi kanak-kanak, sentuhan dan komunikasi antara ibu ayah dan anak dapat mengeratkan hubungan walaupun hanya mandi pagi sahaja sebelum pergi bekerja. Malah ia juga membuatkan tubuh badan anak menjadi lebih sihat dan bertenaga apabila peredaran darah berjalan lancar setelah mandi pagi. Ikuti perkongsian teacher Ina Ina Oh Ina yang merupakan pemilik taska dan seorang ibu kepada seorang anak. Perkonsian beliau ini dibincangkan dalam satu media sosial forum yang telah mendapat respon daripada ibu bapa dan pemilik-pemilik taska. Semoga kita semua muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik kepada anak.
Kebanyakkan taska mewajibkan mandi pagi di taska masing-masing.. Sebabnya ialah
Nak kejar aktiviti dalam jadual Bayangkan ada 40 kanak-kanak Pukul 8pagi mula mandi. Rasanya kul 11 baru setel Aktiviti entah ke mana. Kecuali kalau taska tu suruh reramai masuk tanda dan siram serentak dalam erti pepatah mandi kerbau lah.
Kat sini saya listkan kebaikkan mandi pagi di rumah dengan ibu dan ayah
9 kebaikan mandi di rumah
1.Bonding ( tak kan pagi ticer mandikan. Petang pun ticer juga. Nanti bonding lebih dgn ticer jeles pulak)
3.Tanggungjawab ibu bapa
6.Membolehkan anak-anak buat aktiviti pagi-pagi.
8.Kebersihan dituntut dalam Islam
9.Jangan terkejut jika ibu bapa meninggal dunia anak-anak tak nak mandikan. Hidup umpama roda..ingat tuh!
Respon ibu bapa dan pemilik tadika
Isu ini mendapat pelbagai respon daripada ibu bapa dan pemilik taska. Rata-rata pemilik taska menyatakan ada pihak ibu bapa lepas tangan untuk mandikan anak waktu pagi. Namun, ada juga respon ibu bapa yang komited mandikan anak setiap pagi atas alasan inginkan bonding. Berikut sebahagian respon setelah perbincangan isu ‘malas mandikan anak’ di sebuah laman sosial keibubapaan.
Semoga kita semua muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
_________________________________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!