Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan Mac lalu untuk menyekat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara telah menyebabkan perubahan drastik dalam kehidupan seharian, perniagaan dan ekonomi kita.

Diskaun 80% Barangan Dalam My Well Fair Online. Tak Perlu Susah Bawa Anak Ke Shopping Mall!

Di Malaysia pula pelbagai peringkat PKP telah dilaksanakan dan kini rakyat Malaysia berada dalam pemulihan atau dikenali sebagai PKPP bagi memastikan negara kita dapat memutuskan rantaian COVID-19.

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sekaligus memaksa kita untuk hidup dalam normal yang baharu (new normal) antaranya penjarakan sosial, pembelian secara dalam talian, pembayaran secara debit/kredit/dalam talian, memakai pelitup muka, sentiasa mengamalkan kebersihan diri, mengurangkan aktiviti luar seperti majlis kenduri, keramaian dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil tentu sekali anda berasa was-was untuk keluar ke tempat awam kerana bimbang dengan penyebaran virus COVID-19 yang masih belum hilang. Sudah tentu ramai ibu bapa lebih selesa memilih untuk melakukan pembelian dan  aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Jika anda sedang mencari platform untuk membeli-belah dan beriadah dalam masa yang sama, apa kata cuba sertai Wellness Fair secara maya yang bakal diadakan bulan ini.

Ads

Terpanggil untuk menjayakan normal baharu, buat pertama kalinya dalam Malaysia Virtual Wellness & Healthy Living Fair #myweellfair diadakan secara dalam dalam talian selama tiga hari iaitu bermula pada 24 sehingga 26 Julai 2020 . Pengunjung berpeluang untuk melihat lebih daripada 70 jenama dipamerkan dalam satu tempat. Antara aktiviti menarik yang anda boleh sertai seperti demo makanan selebriti, webinars oleh pakar kesihatan, cabutan bertuah dan jualan kilat potongan diskaun sehingga 80% dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik aktiviti seperti mencari harta karun secara maya turut diadakan dan beberapa cabutan bertuah turut dijalankan pada hari tersebut. Memang teruja habis nak sertai pencarian harta karun secara dalam talian kan?

Ads

Selain itu, anda hanya perlu duduk di rumah untuk merasai pengalaman seperti realiti menerusi teknologi 3D 360 secara maya dan anda boleh berbelanja apa-apa sahaja dan di mana jua selama tiga hari tersebut. Jadi tak perlu pun bersusah payah dalam keadaan sekarang untuk keluar bersiap-siap ke pusat membeli-belah atau kedai dan perlu membawa anak kecil bersama. Boleh #DudukRumah #StayAtHome je dan selesa membeli-belah.

Bagi yang berminat, anda boleh daftar sekarang di https://mywellfair.com/register/pre-registration/ . Jangan lepaskan peluang kerana pameran ini akan berlangsung di tiga platform utama iaitu laman web rasmi www.mywellfair.com, Facebook rasmi Fb.com/mywellfair dan saluran YouTube #mywellfair selama 3 hari sahaja. Rasai pengalaman mengunjungi pameran secara virtual sambal membeli-belah barangan pilihan anda hanya dengan duduk di rumah sahaja.

Ads

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI