Setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri. Memang tak dinafikan setiap ibu dan ayah mahukan anak-anak mereka membesar dengan normal. Tapi ada antara kanak-kanak yang mengalami masalah seperti disleksia dan sebagainya.
Usahawan Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem telah disahkan mengalami Disleksia.
Menurut Shahida, masalah itu juga telah dialami oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra sebelum ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram selepas membawa anaknya itu menjalani satu ujian.
Ads
“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya,” kongsinya menerusi Instagram.
Meskipun begitu, Shahida tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.
“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.
Ads
“Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay,” tulisnya lagi.
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang berlaku pada kanak-kanak.
Ads
Kebiasaannya, kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan gigih.
Menerusi ruangan komen, wargamaya memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada lima orang cahaya mata ini. Ada juga yang turut berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing yang juga mempunyai anak seperti Baem.
Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata yang comel-comel. Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat yang dipanggil Ameena.
Sumber: Gempak & Instagram Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu risau berat anak tak naik-naik. Dah puas bagi macam-macam suplemen tetap sama. Bab makan kadang anak memilih juga. Tapi kalau air manis, cepat pula. Tapi ibu ayah tahu tak, air manis seperti teh atau kopi dan air berperisa lain salah satu faktor anak kurang berat.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M. Sobri.
ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak-kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah. Si abang usia 5 tahun tapi berat baru 10kg. Kerap selsema, demam dan batuk. Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska, maka semua makanan anak-anak akan disediakan di rumah
‘Tak tahula Puan, macam-macam saya dah kenalkan, macam-macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
” Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya” Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba-tiba si abg merengek nak balik. Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ibunya tak nak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abangnya dan bagi abang untuk minum.
Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut. Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.
‘Puan selalu bagi air teh O ke anak?’
” Tak jugak, kadang-kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
No.1 Kandungan zat sangat kurang.
Air manis hanya gula semata-mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding dengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu je…dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
No 2. Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam airnya. Secara tak langsung kita train anak makan minum manis sahaja. Kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No 3. Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botol air di mana anak boleh minum tanpa had.
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan imuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan natural dan bebas gula serta garam tapi sedap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada kanak-kanak mengalami masalah kesukaran untuk tidur tak kira sama ada siang atau pun malam. Biasanya kanak-kanak sangat aktif dan ceria terutama waktu siang.
Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang.
Sebagai ibu ayah tentu anda risau sekiranya anak mempunyai masalah sukar tidur. Adakah ia boleh mengganggu perkembangan diri mereka?
Menurut Pakar Pediatrik, Dr.Mohamed Nazir Abu Bakar, ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimana caranya?
Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari.
Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.
Jika ibu bapa risau adakah anak-anak mereka tidur dengan cukup, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:
1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
2. Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
3. Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?
Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus).
Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Selepas membaca maklumat ini, sebaiknya pantau kualiti tidur anak anda kerana tidur yang cukup dan berkualiti membantu tumbesaran sihat dan cerdas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran, namun jauh di sudut hati ibu ayah, anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati.
Anak sulung biasanya mempunyai karektor yang tenang tetapi tegas. Di sebalik ketenangan dan ketegasannya, anak sulung biasanya mempunyai ego sendiri.
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain.
Betulkah kenyataan tersebut?
Menurut Dato’Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.
Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding adik-beradik yang lain.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain.
Anak sulung juga berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyukarkan.
Tetapi adakalanya anak sulung agak sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain terutama ibu bapa serta adik-beradik lain.
Ego adalah istilah paling tepat unutk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi anak sulung sebenarnya lebih degil dan ego dalam segala hal. Dengan kata lain mereka tak mahu dipandang rendah dalam segala hal apatah lagi diperkecilkan kebolehannya. Malahan anak sulung tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak ansur dan rasional
Walaupun tegas namun anak sulung masih mampu untuk bertolak ansur dalam segala hal. Mungkin ini disebabkan mereka cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik-beradiknya.
3. Lebih tegas
Memang betul kadangkala anak sulung lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepad aibu ayah serta kesemua adik-beradik lain.
4. Mengawal orang lain
Hal ini selalu dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan orang lain di sekeliling. Hal ini juga mungkin disebabkan rasa hormat adik-beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak pengalaman dan ilmunya.
5. Lebih bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik-beradiknya.
Sumber: semuanyajdt.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.