Anak disleksia sememangnya cukup istimewa. Mereka penuh dengan idea malah mempunyai tahap kecerdasan IQ yang normal, tidak berlebih-lebih atau terlalu lemah.

Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzal Zainol, disleksia sebenarnya tidak memerlukan ubat sebaliknya hanya perlu dibentuk melalui pembelajaran ‘coping strategies’. Bukan itu sahaja malah beliau juga turut memberikan 24 fakta mengenai anak disleksia. Banyak kelebihannya. Mak ayah perlu tahu!

Disleksia Tak Perlukan Ubat, Didik & Bentuklah Mereka, 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu!


1. Ramai ibu bapa mengesyaki anak mereka ada disleksia selepas melihat anak mereka sering menulis secara terbalik (mirror image).

2. Kanak-kanak disleksia mempunyai tahap kecerdasan IQ yang normal atau ‘average’.

3. Masalah mereka hanya pada kemahiran membaca dan huruf. Dan perkara berkaitan penulisan. Mereka sukar menulis idea secara teratur di atas kertas. Ini perlu dibantu oleh guru.

4. Jika ada murid disleksia yang mempunyai masalah dengan nombor dan matematik. Itu ialah comorbidity disleksia dan discalculia. Untuk kumpulan ini, mereka termasuk dalam geng masalah pembelajaran yang pelbagai.

5. Apa yang pasti, kanak-kanak disleksia perlu menjalani ujian kecerdasan IQ untuk menambah keyakinan diagnosis kepada disleksia. IQ mereka adalah normal. Bukan below average..bukan poor atau lebih bawah daripada itu.

Disleksia Tak Perlukan Ubat, Didik & Bentuklah Mereka, 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu!

6. Umur yang sesuai untuk melakukan IQ test ialah 6 tahun.

7. Perlu jumpa Clinical Psychologist atau Child Psychiatrist untuk ujian IQ test ya. Bukan occupational therapists atau speech and language therapist. Untuk pengetahuan, guru psikologi dan kaunseling di sekolah tidak sama dengan clinical psychologist ya. Kelayakan profesionalisme mereka berbeza.

8. Diagnostic test atau ujian diagnostik belum mencukupi untuk mengesahkan anak anda ada masalah disleksia.

IKLAN

Ini bermaksud, anda perlu mendapat assessment daripada pelbagai ahli profesion kesihatan seperti terapis carakerja, terapis pertuturan bahasa, psikologis klinikal untuk mendapat pengesahan yang jitu daripada pakar/ specialist dalam development atau sewaktu dengannya. Child Psychiatrist, Developmental Specialist dan etc. 😄

9. Disleksia termasuk dalam kategori Specific Learning Difficulties dalam DSM-V untuk diagnosis.

10. Instrumen Saringan Disleksia (ISD) adalah saringan awal guru untuk mengesan murid Disleksia di sekolah rendah.

11. Ujian saringan disleksia di peringkat KPM iaitu ISD adalah senarai semak sahaja. Bukan assessment untuk IQ test dan ia tidak cukup untuk pengesahan diagnosis disleksia.

12. Kalau selepas buat IQ test, keputusannya below average atau poor. Itu kategori Intellectual Disability (ID). Bukan Dyslexia lagi dah.

Disleksia Tak Perlukan Ubat, Didik & Bentuklah Mereka, 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu!

13. Murid disleksia mendapat paling banyak kemudahan dalam peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia berbanding kategori diagnosis lain (sila rujuk Panduan Pengurusan Calon Berkeperluan Khas, Lembaga Peperiksaan). Syarat utama nak dapat kemudahan ini adalah mempunyai surat pengesahan doktor mengatakan murid ini didiagnos dengan disleksia. Lepas tu, boleh inform Setiusaha Peperiksaan di sekolah masing-masing.

14. Murid disleksia mula didiagnos pada umur 7-8 tahun atau kadangkala lebih lewat daripada itu.

IKLAN

15. Antara assessment yang telah dipatenkan untuk disleksia yang terkenal adalah Bangor Dyslexia Test, Dyslexia Early Screening Test, Dyslexia Screening Test-Junior (6-11 tahun) dan Dyslexia Screening Test-Secondary (12-16 tahun)

16. Murid dengan diagnosis disleksia layak memohon kad OKU dan menerima manfaat kad OKU seumur hidup. Elaun bulanan dan pelbagai lagi (boleh rujuk website JKM)

17. Kalau dah tua-tua perasan diri ada disleksia, tak payah lah buat assessment, sebab dah ada coping strategies sendiri untuk survive. 😁

18. Disleksia bukan sejenis penyakit yang memerlukan ubat. Mereka perlu belajar coping strategies.

19. Badan NGO yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan untuk intervensi bagi murid disleksia ialah Persatuan Disleksia Malaysia (PDM). PDM menyediakan kelas 3 bulan untuk intervensi disleksia. Boleh rujuk website mereka. Cawangan PDM ada di seluruh negara.

20. Murid disleksia boleh mendapat pendidikan khas melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Keadaan ini bergantung kepada murid tersebut. Ada kes boleh masuk PPI, ada kes sesuai di PPKI. Ada kes perlu pembelajaran one to one. Semuanya bergantung kepada individu tersebut yang berbeza-beza walaupun diagnosisnya sama. Maka, di sini guru dan ibu bapa perlu bijak memberi peluang pendidikan kepada mereka.

21. Kalau di sekolah rendah, intervensi untuk murid disleksia lebih kepada untuk boleh membaca dan menulis. Sebab ini kelemahan utama mereka.

22. Kalau di sekolah menengah, murid disleksia perlu diajar coping strategies untuk menjalani kehidupan survive dalam pembelajaran dan kehidupan. Bergantung kepada keperluan mereka.

IKLAN

23. Filem berkaitan murid disleksia yang terkenal ialah Taare Zamen. Amir Khan berlakon. Filem ini kena tengok kalau sapa tak tengok lagi. Hehe.

Disleksia Tak Perlukan Ubat, Didik & Bentuklah Mereka, 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu!

24. Individu dengan disleksia yang terkenal dan kaya di Malaysia adalah Dato’ Alif Syukri Terlajak Laris. Jangan kecam beliau sangat sebab beliau adalah individu dengan disleksia. Ideanya terlalu banyak sampai tersasul semasa bercakap sampai tersilap dan sering dikecam ramai. 

Saya bukan pakar disleksia ya. Ini adalah perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja untuk murid berkeperluan khas termasuk murid disleksia. Ramai sebenarnya yang request perkongsian berkaitan disleksia ini.

Semoga sedikit membantu untuk anda memahami disleksia.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Disleksia Tak Perlukan Ubat, Didik & Bentuklah Mereka, 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu!

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI