Ibarat diberi peluang kedua untuk bernafas..Ya Allah, saya bersyukur sangat..” Demikian kongsi Puan Nadia Nozula mengenai pengalamannya yang terpaksa ditidurkan (intubated) ketika ingin melahirkan cahaya mata keempat, selepas disahkan positif Covid-19.
Ibarat diberi peluang kedua
Mengimbas kembali pengalaman bersalin yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya itu, Nadia Nozula berkata dia pada mulanya mengalami simptom seperti demam dan batuk selama seminggu sebelum melakukan ujian calitan (swab).
“Waktu itu saya hamil 36 minggu. Mula-mula saya demam selama seminggu. Selepas demam, bertambah satu lagi gejala iaitu batuk. Jadi saya terus buat swab test. Bagi saya, sebenarnya agak terlambat juga bertindak.
“Bila sah positif Covid-19, saya dimasukkan ke wad untuk pemantauan kerana hamil. Saya dimasukkan ke hospital pada 17 Disember. Doktor terus buat pemeriksaan lanjut untuk tengok virus dah merebak sejauh mana.
“Keputusannya, paru-paru saya penuh dengan warna putih.. bermakna dah merebak seluruh paru-paru. Doktor beri bantuan oksigen paling kuat sebab waktu tu saya batuk pun sakit. Siap meracau-racau.
“Doktor beritahu suami, saya kena ditidurkan. Masa dengar, saya jadi takut. Saya fikir mati je. Saya tanya doktor, saya boleh sedar balik tak? Doktor cakap 50-50. Saya fikir, ‘dapat ke aku besarkan anak-anak.’
“Doktor bagi saya call family dulu dan minta mengucap sebelum tidurkan. Masa call family, sedih sangat-sangat,” cerita wanita berusia 36 tahun ini.
Bayi negatif Covid
Ads
Senang disapa Nadia, wanita ini berkata dia ditidurkan pada malam hari yang sama dimasukkan ke wad dan bersalin secara pembedahan petang keesokan hari.
Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, bayinya dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan disahkan negatif Covid-19.
“Saya sedar pada 21 Disember kira-kira tiga hari selepas ditidurkan. Bila dengar pengalaman wanita lain yang ditidurkan, ada yang berminggu, berbelas-belas hari ditidurkan dan ada juga kes yang meninggal dunia.
“Tapi Allah uji saya ditidurkan dengan hanya tiga hari. Ya Allah..ujian aku sekejap saja dibandingkan dengan yang lain.
“Syukur sangat-sangat sampai nak menangis. Masa mula-mula sedar, ingatan macam blur, mamai. Nak taip mesej pun kena fikir panjang. Nombor telefon pun tak ingat. Saya call semua orang sebaik sedar.
Ads
“Saya tak boleh tengok baby langsung. Saya discaj hari ke-10 selepas bersalin dan dua hari kemudian, baru baby keluar,” ujar wanita yang menetap di Gua Musang, Kelantan ini.
Jadi cepat penat
Lebih sebulan melahirkan bayi bongsunya, Raja Muhammad Danial Raja Khairul Nizam, Nadia berkata dia bersyukur tidak mengalami simptom ‘post Covid-19’ yang teruk.
Sebaik sedar, dua malam saya tak boleh tidur langsung..hanya berjaga saja. Alhamdulillah sekarang semakin pulih dan sihat. Cuma kadang-kadang penat sikit.
“Doktor kata mungkin ambil masa selama enam bulan untuk normal seperti biasa.
Ads
“Saya sama sekali tak sangka video perkongsian pengalaman saya viral di TikTok. Rupa-rupanya, di ruangan komen, ramai yang lalui pengalaman sama malah ada yang lebih lama ditidurkan.
“Untuk ibu mengandung, cepat-cepat ke hospital kalau positif Covid-19. Ada yang pilih kuarantin di rumah sebab kalau pergi di hospital, takut ditidurkan. Sebenarnya ditidurkan itu adalah ikhtiar.
“Bila di hospital, kita dipantau dan boleh tahu sejauh mana kuman merebak. Kalau duduk di rumah, kita sangat berisiko sebab tak tahu situasi sebenar,” ujarnya lagi.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Mazlan Ibrahum, 49 dari Pasir Mas, Kelantan tidak dapat meneruskan peniagaan menjual kuih manja di bandar tersebut.
Mempunyai dua orang anak istimewa, Muhammad Firash Mazlan, 6 dan Nurul Raesya, 3, yang menghidap penyakit saraf sejak lahir. Masa yang ada di rumah kini digunakan untuk bersama dua anaknya itu.
Kedua-dua anak kurang upaya itu hanya mampu terlantar dan menggerakkan tangan bagi meluahkan rasa tidak selesa kerana cuaca panas atau lapar.
Anak diurus isteri sebelum PKP
Bapa kepada lima anak berusia antara 3 hingga 20 tahun itu berkata, setiap kali keluar mencari rezeki dengan menjual kuih manja di sekitar Pasir Mas dua permata hatinya itu akan diuruskan oleh isteri, Norizan Zakaria, 42.
“Dua beradik ini bukan sahaja tidak dapat mendengar, mereka juga tidak dapat bercakap dan menangis seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Mereka akan gerakkan tangan apabila lapar dan tidak selesa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Kos Susu Untuk Anak Istimewa Cecah Puluhan Ringgit Setin
Mazlan berkata, Muhammad Firash dan Nurul Raesya, bergantung sepenuhnya kepada susu untuk meneruskan hidup dan harga susu dua beradik itu mencecah puluhan ringgit satu tin.
Bagaimanapun, dia bersyukur dan lega masih mempunyai bekalan susu untuk diberikan kepada dua anak kesayangannya itu walaupun sudah lama tidak dapat keluar bekerja dan kantung kewangan makin menyusut.
“Alhamdulillah, bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 untuk setiap anak digunakan sepenuhnya untuk beli susu dan lampin pakai buang.
“Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas juga bgai bantuan susu bulanan sebanyak dua tin seorang. Yang selebihnya saya akan cuba usahakan walaupun kami sekeluarga terpaksa mengikat perut sepanjang PKP ini,” katanya.
Menurutnya, bukan mudah untuk dia sebagai ketua keluarga untuk melalui PKP ini dengan kesukaran untuk keluar berniaga.
“Saya selalu berdoa supaya semua ini cepat berakhir demi memastikan dapur berasap,” katanya
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan wang ke akaun Bank Islam milik Mazlan (03-027-02-056-4435).
Pelakon Elisya Sandha yang kini sedang hamil enam bulan berkongsi keadaan dirinya yang mengalami alahan teruk bagi kehamilan keduanya ini.
Tambah Elisya lagi, alahan yang dialaminya turut menjejaskan ibadah puasanya pada Ramadan kali ini.
Berbeza kandungan pertamanya, kata Elisya dia bersyukur kerana dapat berpuasa penuh.
“Sebenarnya ketika saya mengandungkan Bunga sebelum ini, saya dapat berpuasa penuh. Tak tinggal satu hari pun. Saya sangat gembira kerana itu memang sasaran saya pada waktu itu.
“Tapi pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi saya akan tetap cuba.
“Kali ini, saya cepat penat dan ada alahan yang agak teruk,” katanya berkongsi cerita.
Tambah ibu kepada si comel, Bunga Elhaq ini lagi, proses kehamilan keduanya ini agak mencabar berbanding kehamilan pertamanya pada tahun 2022.
“Cuma kali ini alahan teruk juga. Perut saya agak kecil walaupun dah enam bulan tapi digantikan dengan alahan, bengkak kaki dan mudah penat.
“Kalau berjalan pun saya akan mudah penat,” ujarnya lagi.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media LXM Resources, yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah jantina anak kedua, kata Elisya dia dan suami sepakat merahsiakan jantina anaknya itu dari pengetahuan keluarga.
“Jantina anak kita belum maklumkan lagi. Kita akan adakan majlis gender reveal selepas Hari Raya. Mak mentua saya pun belum tahu lagi. Cuma saya dan suami sahaja yang tahu.
“Buat masa ini, kami memang nak merahsiakan walaupun ibu mentua saya cuba korek,” tambahnya.
Terdahulu, Elisya dan suaminya mengumumkan bakal menimang anak kedua mereka pada penghujung tahun lalu. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.
Kita rasakan semua kesakitan ketika melahirkan anak akan hilang dan lenyap begitu sahaja sebaik bayi dikeluarkan dari rahim. Rupanya ibu yang baru melahirkan anak perlu mempersiapkan mental untuk kesakitan sampingan lain.
Semua kesakitan ini terjadi sementara menanti proses tubuh untuk kembali ke keadaan sebelum melahirkan. Ini yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abd Razak. Jadi mommies kenalah bersedia!
✅Merengat – menandakan rahim sedang mengecut dan kembali kepada kedudukan dan saiz asal. Lagi ketara kalau tengah menyusu. Ada orang describe rasa macam nak terberanak lagi, tapi idok ler keluar baby lagi, its just feeling of another contraction pain/cramping pain.
Kalau teruk sangat sakitnya, boleh la amek normal pain killers.
✅Sembelit – disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika pregnancy, pergerakan usus menjadi slow dan boleh sebabkan sembelit. Tak kisah bersalin secara C-section atau vaginal delivery tetap sama.
Sembelit ni lebih pronounce untuk ibu yang vaginal delivery yang ada episiotomy – nak berak pun takut, nak kencing pun takut. Bertenang. Boleh je berak macam biasa. Lebihkan air dan makanan berserat tinggi. Kalau masih tak jalan ada ubat sembelit yang boleh membantu.
✅Perut masih buncit. Ada baby lagi ke? – walaupun baby dah keluar, lebihan lemak, lebihan kulit akan sebabkan perut masih lagi kelihatan buncit.
Akan ambil masa untuk kembali kepada keadaan asal. Buat senaman ringan, makan secara sihat, yang penting breastfeeding untuk penurunan berat dah lemak yang berlebihan. Pakai bengkung takboleh kempiskan perut. Ingat tu.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.