Ditinggalkan Berseorangan Dalam Kereta, Pekerja Pasar Raya Selamatkan Bayi

Share

Apa perasaan ibu atau ayah meninggalkan anak yang masih bayi lagi dalam kereta berseorangan? Rasa macam tak boleh fikir tindakan ini tetapi realitinya memang ada. Ingat sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

Mungkin alasan ibu bapa bayi, sekejap je kerana ada hal nak diuruskan tetapi jika dalam tempoh itu berlaku perkara tak diingini pada bayi tersebut, orang kata menyesal pun dah tak guna.

Tinggalkan bayi tidur dalam kereta

Seperti yang dikongsikan di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian yang berlaku di salah sebuah pasar raya di Pulau Pinang itu pasti buatkan ibu bapa yang lain pun terkejut kerana sanggup ibu bapa bayi tersebut meninggalkan anak tidur berseorangan dalam kereta.

ARTIKEL MENARIK [Dalam Rumah Tangga, Ada Masalah Mengadu Pada-Nya. Ingat Allah, Allah Ingat Kita]

Seorang pekerja pasar raya Tesco di Pulau Pinang, telah menemui seorang bayi ditinggalkan di dalam kenderaan, tanpa ditemani oleh sesiapa.

Ketika kejadian, pekerja tersebut telah meminta pertolongan orang awam untuk membantunya mengeluarkan bayi tersebut daripada kenderaan.

Minta tolong orang awam

Mujurlah, tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

LAGI ARTIKEL MENARIK [“Tolak Tepi Kerja, Matikan Gajet, Tumpulah Pada Anak” – Ustaz Don Daniyal]

Oleh itu, kepada ibu bapa dan penjaga, ambillah iktibar daripada insiden yang telah berlaku sebelum ini, janganlah sesekali membiarkan anak kecil berseorangan di dalam kereta, kerana bahaya datang tanpa diduga.

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy