Tangisan bayi di tengah malam mengganggu keheningan awal pagi di sebuah premis perniagaan. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Krabi, Thailand.
Bagi seorang pemilik kedai dobi di Krabi, sangkanya suara itu pastinya datang dari kediaman jiran berdekatan.
Baca Selanjutnya:
Terlalu Aktif & Stres, DS Shahida Dedah Punca Salah Satu Kembar Mungkin Gugur
Temui Bayi Lelaki Yang Masih Bertali Pusat Dalam Mesin Basuh
Namun misteri tangisan bayi itu terungkai apabila dia menemukan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam salah satu dram mesin basuh di premis dobinya.
Bayi lelaki berusia lima hari itu dipercayai ditinggalkan dalam mesin basuh layan diri tersebut sejak minggu lalu dan hanya ditemukan empat hari kemudian.
Terdengar Suara Tangisan Bayi
Pemilik kedai dobi layan diri itu, Sangduen Khaorueng, 47, berkata dia menutup kedainya sejak Jumaat untuk menghadiri urusan perniagaan.
Sekembalinya ke kedai pada Isnin, Sangduen terdengar suara tangisan bayi yang disangka dari rumah jiran.
Namun, andaian itu salah apabila tangisan tersebut datang dari salah satu mesin basuh di kedainya.
“Saya jenguk ke dalam mesin basuh dan terkejut apabila menemukan seorang bayi yang berbalut dengan tuala dan masih mempunyai tali pusat,” katanya.
Ditemui Sihat & Sangat Lapar
Polis dan pasukan paramedik yang dimaklumkan tentang penemuan itu berkata bayi itu sihat namun dalam keadaan yang sangat lapar.
Akan Diserahkan Kepada Rumah Anak Yatim
Difahamkan, bayi itu kini dalam jagaan pihak hospital namun bayi terbabit akan diserahkan kepada rumah anak yatim jika keluarganya gagal dikesan.
“Kami akan memeriksa kamera rakaman berhampiran untuk mencari ibunya. Jika ibunya gagal ditemui, bayi ini akan diserahkan kepada rumah anak yatim untuk dijadikan anak angkat,” kata pegawai polis Krabi, Leftenan Sanya Kaewnui.
Sumber: Astro Awani, Kosmo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI