Ditinggalkan Suami Ketika Hamil, Keluar Kerja Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Baju Hujan

Share

Saat mendapat tahu diri hamil, pastinya seorang isteri mengharapkan suami sentiasa berada di sisi untuk memberi semangat dan sokongan jika diri rasa tak mampu. Namun bagi wanita cekal ini, kisah hidupnya bersama anak lelaki nyata sesuatu yang sukar di awalnya tetapi kini telah mula meniti bahagia walaupun tanpa suami.

Kisahnya ini telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi bagaimana dia berjaya bangkit dan sekarang bersyukur dengan kurniaan Allah.

Menerusi aplikasi tik tok atas akaun nfattinhz, wanita ini telah dijatuhkan talak empat tahun lalu semasa diri sedang sarat mengandung. Walaupun diawalnya rasa kecewa dan berputus asa untuk teruskan hidup. Namun demi anak dalam kandungan, tetap cekal melalui proses kehamilan seorang diri sehinggalah selamat melahirkan bayi lelaki.

Berbekalkan semangat dalam diri, melihat anak lahir ke dunia, jatuh air mata seorang ibu. Dari situ mula untuk bangkit walaupun berseorangan. Saya rasa seolah seperti dapat nafas dan kehidupan baru di samping keluarga sentiasa memberi sokongan tak putus.

Hadirnya anak pembawa rezeki

Betullah rezeki anak tiada siapa tahu. Apabila habis berpantang, akhirnya saya telah mendapat tawaran kerja di bandar. Mengenangkan anak yang masih kecil, ibu tunggal ini nekad untuk pergi mencari rezeki demi kelangsungan hidup bersama.

Waktu itu saya berjanji segala susah senang, saya tak akan tinggalkan anak. Bermulalah kehidupan baru di bandar. Masa sampai di sana saya hanya menyewa bilik bujang dan duduk bersama anak.

Waktu hujan balut anak dalam plastik

Mujurlah semua rakan serumah memahami dan sangat baik. Disebabkan perlu berjimat, baju anak pun saya hanya beli yang bundle.

Masa ke bandar, ayah sanggup memberikan motornya untuk saya berulang alik ke tempat kerja. Segala perit jerih meredah hujan bersama anak waktu itu dipermudahkan walaupun terpaksa membalut anak dalam plastik baju hujan untuk melindunginya.

Syukur anak disayangi ramai

Biarpun membesarkan anak seorang diri, ternyata kecekalan wanita ini boleh dipuji kerana dia mengakui walaupun tak senang seperti orang lain, hidupnya lebih bahagia sekarang.Anak pun dah semakin besar dan dikelilingi orang yang sangat sayang dengannya. Segala pengalaman hidup ini membuatkan saya lebih matang.

Sumber: nfattinhz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy