Ditinggalkan ibu selepas lahir di hospital penghujung Oktober lalu tanpa apa-apa pesanan, kini bayi lelaki yang masih lagi belum mengenali ibunya dijaga sementara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi lelaki ini berusia 20-an dikesan menghilangkan diri sebaik sahaja melahirkan anak di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 31 Oktober lalu.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Noor Liza Azezool berkata, pihaknya cuba menjejaki wanita terbabit di alamat terakhir, namun gagal.

Menurutnya, ketika kejadian, wanita itu telah meninggalkan bayi lelakinya dalam bekas bayi di hospital tersebut yang kini sudah berusia 18 hari.

Ditinggalkan Tanpa Pesan Selepas Lahir Di Hospital, Bayi Lelaki Belum Kenal Ibunya 
Gambar hiasan

“Kes ini telah dirujuk oleh kakitangan hospital kepada JKM untuk tindakan selanjutnya.

IKLAN

“Difahamkan, kakitangan HSAH telah mencari wanita terbabit di sekitar kawasan hospital, namun gagal menemuinya,” katanya.

Menurutnya, JKM juga telah melakukan pencarian di alamat terakhir di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, namun masih gagal menemuinya.

“Dalam masa sama, kita juga sedang mengesan waris kepada bayi tersebut,” katanya.

IKLAN

Ditinggalkan Tanpa Pesan Selepas Lahir Di Hospital, Bayi Lelaki Belum Kenal Ibunya 

Terdahulu, perintah jagaan sementara telah diperoleh di Mahkamah Sungai Petani mengikut Seksyen 25 (2) Akta Perlindungan Kanak-Kanak selama sebulan bermula semalam sehingga 9 Disember 2020.

IKLAN

Ia membolehkan bayi berkenaan diletakkan bawah penjagaan Taman Sinar Harapan, Jitra sementara menunggu ibu atau waris yang sedang dikesan.

Kredit: Sinar Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI