Selalunya ibu bapa akan tertanya-tanya apa aktiviti yang sesuai untuk bagi anak tak bosan dirumah. Ini kerana anak-anak bila dah tiada aktiviti, pilihannya hanya menonton TV dan suka tengok gajet.
Jika ibu ada masa di rumah dengan anak-anak, cuba buat sesuatu yang lain daripada yang lain untuk cipta keseronokan. Bukan saja bermain tapi anak dapat belajar. Nak tahu apa DIY menarik untuk aktiviti anak, Puan Azyyati Azmi kongsikan aktiviti matematik tap secara santai.
Jom kita DIY aktiviti anak untuk subjek matematik. Bahan dia pun senang dapat dan mudah. Selamat mencuba.
Ok, bahan untuk DIY ‘counting board’ ialah:
1) Kotak
2) Penutup botol air
3) Hot glue gun
4) Pom pom/guli/batu (kedai ECO shop ada)
Aktiviti hari ni Ayyra buat praktis mengira menggunakan pom pom. Ok bahan dia, ummi DIY guna bahan terbuang je. Dah la jimat lepas tu mudah dan senang untuk disediakan.
Aktiviti ni bagus untuk membantu anak-anak kita membina dan memberi pemahaman mereka dalam mengenal pasti nombor serta kuantiti.
Ummi percaya ramai anak kita boleh mengira 1-50 bahkan 100 dengan lancar tetapi berapa ramai yang betul-betul faham jumlah kuantiti dengan nombor tersebut?
Jadi, kat sini ummi gunakan pom pom sebagai bahan maujud untuk Ayyra gunakan sewaktu mengira agar dia lebih memahami konsep mengira dengan tepat. Selain pom pom, ibu ayah boleh gantikan dengan benda lain seperti batu atau guli.
Selain tu, ibu ayah boleh gunakan penyepit untuk memindahkan pompom ke dalam bekas. Dalam masa yang sama boleh tingkatkan kemahiran kordinasi mata-tangan anak. Sekaligus meningkatkan daya fokus mereka.
Kredit: Azyyati Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Rahsia Kelakuan Anak Ibu Bapa Kena Tahu Bila Anak Mula Tak Selesa Dan Buat Perangai
Kadangkala anak kita melakukan beberapa perkara yang tidak kita fahami, terutama sekali kalau anak tu belum pandai bercakap lagi. Apakah yang perlu kita lakukan? Apakah yang sebenarnya mereka mahukan?
Bila dipujuk, ditanya semua tak kena hingga ibu bapa terpaksa biarkan anak tu bertenang. Jadi penting untuk ibu bapa tahu rahsia disebalik kelakuan anak supaya mudah nak menanganinya. Perkongsian dari ibuzarith dalam blognya diharapkan boleh membantu.
- Dia enggan merenung mata anda. – “saya malu…”
- Apabila anak anda mengelak dari memandang mata anda, ini bermakna dia taknak lagi menjadi perhatian orang ramai. Contohnya dia tahu yang anda marah bila dia taknak makan sayur dan campak sayur dari pinggannya. Menurut pakar, apabila anak kecil taknak tengok mata anda, dia sedar yang perilakunya mungkin akan mengecewakan anda
- Tindakan anda:
Jelaskan dengan ringkas dan bahasa yang mudah difahami tentang kesalahannya itu.
- Dia mengambil kesemua anak patung lembutnya masuk tidur. – “saya takut…”
- Bila anak anda tiba-tiba membawa masuk banyak anak patung ke dalam biliknya, dia mungkin sudah capai umur dimana imaginasi mula mengambil tempat. Dia mula mendapat mimpi ngeri dan bertindak untuk memeluk dan membawa patung kegemarannya sentiasa kerana dia mahu berasa selamat jika berjalan di dalam rumah pada waktu malam
- Tindakan anda:
- Anda boleh menanyakannya sekiranya dia memerlukan teman untuk tidur malam. Anda juga boleh menenangkannya dengan menceritakan tentang kewujudan Allah yang sentiasa menemani mereka dimana sahaja mereka berada. Cara ni memang terbaik sebab Zuyyin memang tak takut gelap atau bersendiri di tempat gelap.
- Dia mengangkat bajunya sehingga menutup kepalanya atau menghisap jari. – “saya cemas…”
- Kalau kita pergi ke majlis yang tak kenal sesiapa, kita mesti berasa tak selesa. Begitu juga dengan anak kita. Sekiranya dia berada dalam sebuah bilik yang penuh dengan orang, dia tidak tahu cara untuk menyesuaikan diri lalu akan menyembunyikan kepalanya dalam baju. Sesetengah kanak-kanak akan menggigit baju, ada juga yang menghisap jari atau menutup muka
- Tindakan anda:
- Dengan perlahan turunkan bajunya. Pegang atau pimpinlah anak untuk memberikannya kepastian bahawa tempat itu selamat. Berikannya masa untuk menyesuaikan dirinya
- Dia bersembunyi dibelakang perabot apabila dia sedang membuang air besar di dalam lampinnya. – “saya perlukan privasi..”
- Bila anak semakin membesar, dia akan secara semulajadi membina rasa malu dan perlukan privasi. Perkara ini adalah sesuatu yang positif untuk memulakan potty trainnya
- Tindakan anda:
- Galakkan anak anda mencari privasi, namun tunjukkannya arah ke bilik air. Perkara ini sememangnya sangat baik kerana anda dapat mendidik anak untuk ke tandas yang betul. Tapi jangan pula berikan anak anda tekanan untuk dia duduk di mangkuk tandas.
- Dia menjadi sangat kebudak-budakan, memukul, mematahkan alat permainan atau membaling makanan. – “saya tidak suka…”
- Adakah anda terkejut bila tengok anak anda meradang? Jangan panic! Ini bukan bermakna yang personality anak anda bertukar serta merta. Perangai ini sebenarnya adalah sebagai reaksinya terhadap situasi tersebut. Sebenarnya anak anda ingin memberitahu “saya penat” atau “saya bosan” ataupun “saya mahukan perhatian”
- Tindakan anda:
- Cuba kenalpasti apa yang sebenarnya dirasakan pada waktu itu. Jika anak kita berasa bosan, cubalah untuk bermain bersamanya. Jangan kita biarkan dia main berseorangan. Atau boleh juga bawa anak anda berjalan di taman atau kawasan sekeliling rumah untuk menukar persekitarannya. Adalah sangat penting untuk anda mengajarnya cara terbaik untuk meluahkan perasaan.
- Anda juga boleh cuba meletakkan anak anda si satu ruang untuknya bersendirian dan bagitau dengan jelas yang anda tidak akan bekerjasama jika dia membaling barang dan permainan lagi.
- Anda juga boleh mencipta beberapa aktiviti menyeronokkan untuk anda berdua lakukan bersama-sama
- Dia menjerit, “Tidak! Saya nak ibu!” apabila kanak-kanak lain mendekatinya. – “Berikan saya perhatian..”
- Perilaku yang selalu ingin berkepit, taknak berenggang ni mungkin menjadi tanda yang anak kita merasakan tidak dapat perhatian sepenuhnya dari anda, terutama sekali apabila anda bekerja sepanjang masa ataupun baru mendapat baby lagi.
- Tindakan anda:
- Peluk anak anda dan bagitau yang anda sayang sangat dengannya. Anda juga boleh ambil kesempatan ini untuk mengajarnya erti perkongsian.
Walau apa sekalipun yang anak anda lakukan, dan anda tidak sukakannya. Jangan sesekali memarahi mereka. Mereka tidak faham, jadi kita sebagai ibu bapalah yang perlu memberikan penjelasan dengan cara yang mudah difahami.
PELUK, PELUK dan PELUK mereka selalu. Anda akan dapat lihat yang anak anda akan menjadi seorang yang positif apabila anda sering memeluk dan menyatakan yang anda sayangkannya.
Sumber: www.ibuzarith.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percutian Best Bawa Anak Di Muzium 3D Empat Buah Negeri. Mesti Pergi!
Cuti sekolah tak lama lagi, tentu ibu ayah mencari lokasi percutian untuk anak. Apa kata kali ini pergi ke muzium 3D untuk bergambar kenangan bersama keluarga. Sememangnya bercuti ke tempat menarik bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok dan gembira.
Jom kita intai muzium 3D di empat buah negeri ini. Salah satu destinasi MESTI bawa keluarga dan anak-anak .
MUZIUM 3D LANGKAWI ART IN PARADISE
Ia terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Harga tiket di sini adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Mula-mula je bila masuk ke dalam muzium 3D ni, semua pengunjung diwajibkan untuk membuka kasut. Petugas akan meletakkan kasut kita di dalam tempat khas. Sumber: mohdzarin.com
MUZIUM 3D CAMERON HIGHLANDS
Tempat ni beroperasi pada tahun 2015 dengan bayaran masuk RM18 tak silap. Kanak kanak bawah 90cm free. Masuk sini kena tanggal kasut ye. Sesiapa Yang plan nak pergi sini, silakanlah. KeNi bagi 4 bintang! Lokasi dia kat Nova Square di Brinchang. sumber:ceriteras.blogspot.my
MUZIUM 3D TRICK ART PENANG
Bayaran tiket dewasa RM15.00 dan kanak-kanak RM10.00. Setelah bayar tiket, kami pun mula la explore muzium ni. Menarik. walaupun dari luar nampak macam kecik aje tempat ni, tapi bila dah masuk, mcm besar pulak. Nama pum 3D art trick kan. Kalau boleh pakai la yang bright sikit supaya nampak outstanding dalam gambar tu. Anyways, mmg pengalaman yang best.Tak sia-sia la naik feri sampai georgetown nk pi sini kan.
Sumber: www.salwasaleh.com
ALIVE 3D ART GALLERY, LUKUT, PORT DICKSON
ha..bab amik gambar tu..memang suka la.Kepada kengkawan…sila la jenjalan kat sana leh amik gambar..posing-posing. Sumber: mummyayu.blogspot.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Kesilapan Besar Jika Paksa Anak Belajar. Ini Masa Ibu Ayah Kenal Potensi Diri Anak
Cukup risau bila anak tidak nak belajar. Puas dipujuk, tetap tidak mahu. Jika ajak main di taman atau apa sahaja barang permainan cepat je. Siapa yang tak bimbang apabila anak usia enam tahun tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan anak jiran sebelah rumah sudah pandai membaca! Aduh!! Memang stress je rasanya. Namun pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
Apa salahnya jika anda cuba melihat dan mengenalpasti selain kecerdikan dalam akademik, apakah kelebihan dan keistimewaan anak anda ini dari sudut yang lain. Mungkin anak anda pandai melukis. Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak. Anda boleh memberi dorongan kepada minat dan hobi melukisnya. Pujilah dia bila dia boleh menghasilkan satu lukisan yang istimewa walau dalam masa yang sama dia gagal menunjukkan kemampuan dalam pelajarannya.
Dia sebenarnya insan yang istimewa kerana dia boleh menzahirkan imiginasinya dalam bentuk lukisan yang cantik. Dia sebenarnya seorang yang sangat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan idea. Tidak mustahil, dengan minat apatah lagi ada dorongan dan galakan yang berterusan dari anda, hobi yang diminatinya ini boleh memberi kejayaan kepadanya di masa depan. Anda boleh galakkan anak untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kemahiran yang diminatinya.
Kesilapan besar kita sebagai ibubapa ialah apabila kita menilai anak hanya dari segi akademiknya.
Kesalahan kita sejak dari anak kita mula masuk TADIKA ialah kita hendak sangat anak kita cepat pandai walaupun baru masuk TADIKA. Ibubapa pasti akan merunggut atau bising bila anak yang belajar di TADIKA lambat dapat menguasai kemahiran membaca. Kita sering beri galakan dari sudut kepandaian akademik hingga kita lupa bahawa kemampuan anak mungkin tidak sama dengan harapan kita.
Oleh kerana kita meletakkan harapan yang sangat tinggi pada anak yang masih di awal usia itu, hingga kita lupa untuk menggilap potensi diri anak dari aspek perkembangan yang lain. Kita sebagai ibubapa kekadang lupa untuk melihat potensi dan kemampuan anak dari sudut yang lain. Dan kita juga lupa untuk beri pujian pada anak dari sudut yang lain.
KESILAPAN 1
Jom lihat satu contoh. Ada anak kerana telah diberi latih tubi yang berterusan dari awal maka dia boleh membaca seawal 3 tahun tetapi anak ini kurang pandai bergaul dengan kawan-kawan sebayanya. Ibubapa mungkin nak anak fokus pada membaca hingga lupa bahawa dunia anak adalah bermain dan terus bermain. Ruginya anak-anak awal usia yang tidak diberi peluang untuk mengisi sepenuhnya ruang dalam kehidupannya untuk bermain. Seketika kita lupa bahawa dengan bermain anak-anak belajar pelbagai perkara.Tak salah mendedahkan anak pada pembacaan awal, yang salah ialah bila memaksa anak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak cepat pandai membaca sama seperti anak orang lain. Biarlah anak-anak awal usia ini memilih minat dan kecenderungan mereka sendiri.
KESILAPAN 2
Jom lihat pula apa berlaku di TASKA@TADIKA maupun anak-anak yang baru memasuki Tahun satu di Sekolah Rendah. Pengasuh pendidik maupun guru di TASKA TADIKA dan sekolah sering membandingkan anak-anak dari sudut kepandaian akademiknya. Anak yang cepat pandai membaca di awal usia, anak itulah yang selalu dipuji pengasuh pendidik@ guru. Manakala anak yang agak aktif dan banyak bertanya apatah lagi lambat sedikit menguasai pembacaan, anak itu tidak dipandang dan akan sering dimarahi. Para pendidik pun suka anak-anak yang pandai sebab itulah yang diamanahkan oleh ibubapa yang menghantar anak ke TASKA TADIKA atau Sekolah. Untuk seketika kita semua lupa bahawa anak-anak adalah berbeza dari pelbagai sudut. Kita lupa untuk memahami setiap anak adalah berbeza.
KESILAPAN 3
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah, cuba kenalpasti potensi diri anak. Fahami anak dari sudut sikap, tabiat, kecerdikan dan juga kemahiran yang dimilikinya. Jika anak anda berpotensi besar dalam akademiknya, beri galakan untuk anak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya untuk anak yang kurang pencapaian akademiknya, kenalpasti kemahiran yang diminatinya. Bimbing anak untuk menggilap kemahiran yang dimilikinya. Puji anak yang mempunyai bakat@potensi dalam bidang kemahiran tertentu. Jangan samakan anak yang cerdik akademiknya dengan anak yang mempunyai kepandaian kemahiran dalam sesuatu bidang. Berlaku adil lah pada anak-anak anda sendiri.
Kesimpulannya, saya tekankan lagi setiap anak adalah tidak sama jadi belajarlah memahami perbezaan anak-anak. Paling penting peranan kita kita sebagai ibubapa ialah untuk beri peluang kepada anak memiih sesuatu yang diminatinya. Jangan sesekali memaksa anak dalam menentukan minat atau memilih bidang yang ingin diceburinya. Anda perlu bertindak sebagai penasihat@pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri. Doakan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang diceburi @ diminatinya. Semoga anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam kerjayanya di dunia malah juga kejayaan di SANA jua.
Sumber: pnnorazuraismail.blogspot.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI