Selalunya ibu bapa akan tertanya-tanya apa aktiviti yang sesuai untuk bagi anak tak bosan dirumah. Ini kerana anak-anak bila dah tiada aktiviti, pilihannya hanya menonton TV dan suka tengok gajet.
Jika ibu ada masa di rumah dengan anak-anak, cuba buat sesuatu yang lain daripada yang lain untuk cipta keseronokan. Bukan saja bermain tapi anak dapat belajar. Nak tahu apa DIY menarik untuk aktiviti anak, Puan Azyyati Azmi kongsikan aktiviti matematik tap secara santai.
Jom kita DIY aktiviti anak untuk subjek matematik. Bahan dia pun senang dapat dan mudah. Selamat mencuba.
Ok, bahan untuk DIY ‘counting board’ ialah:
1) Kotak
2) Penutup botol air
3) Hot glue gun
4) Pom pom/guli/batu (kedai ECO shop ada)
Aktiviti hari ni Ayyra buat praktis mengira menggunakan pom pom. Ok bahan dia, ummi DIY guna bahan terbuang je. Dah la jimat lepas tu mudah dan senang untuk disediakan.
Aktiviti ni bagus untuk membantu anak-anak kita membina dan memberi pemahaman mereka dalam mengenal pasti nombor serta kuantiti.
Ummi percaya ramai anak kita boleh mengira 1-50 bahkan 100 dengan lancar tetapi berapa ramai yang betul-betul faham jumlah kuantiti dengan nombor tersebut?
Jadi, kat sini ummi gunakan pom pom sebagai bahan maujud untuk Ayyra gunakan sewaktu mengira agar dia lebih memahami konsep mengira dengan tepat. Selain pom pom, ibu ayah boleh gantikan dengan benda lain seperti batu atau guli.
Selain tu, ibu ayah boleh gunakan penyepit untuk memindahkan pompom ke dalam bekas. Dalam masa yang sama boleh tingkatkan kemahiran kordinasi mata-tangan anak. Sekaligus meningkatkan daya fokus mereka.
Kredit: Azyyati Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)