Bila dah ramai yang duduk dalam satu rumah, jarang sekali bakul baju tak penuh. Bertimun-timbun sehingga nak diangkat pun tak larat. Jika keadaan ini selalu terjadi, eloklah suami sediakan bakul beroda ini untuk isteri.
Caranya pun mudah saja. Isteri pun boleh buat sendiri, tapi tak salah kalau suami yang sediakan untuk si isteri. Modal pun tak besar. Bakul dah sedia ada, tinggal beli empat buah roda kecil untuk diletakkan pada bahagian bawah bakul pakaian.
Cara mudah untuk buat bakul beroda ini dikongsi oleh Saiful Hifzudeen. Selain untuk meletakkan baju, ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain termasuk meletakkan barang dapur.
Wife selalu mengadu berat nak angkat bakul basih baju. so saja rajinkan diri DIY bakul beroda utk memudahkan dia time saya takda kat rumah. harap bermanfaat. roda kat kedai ecoshop rm2.10 je
Share ilmu ni kat kawan2
Ads
BARANG YANG DIPERLUKAN:
4 buah roda Tape hitam
Bakul
CARA MEMBUAT:
1. Lekatkan tape pada bahagian bawah bakul.
Pemergian seorang isteri yang sedang sarat hamil selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan mengelak seekor ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang (Jalan Jeniang-Sik-Pedu), 4.30 petang Rabu lalu sangat dirasai oleh ahli keluarganya.
Ini kerana wanita tersebut disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan dan muka namun bayi dalam kandungannya berjaya diselamatkan selepas mangsa segera dikejarkan ke Hospital Sik.
Due sepatutnya 29 Oktober
Menerusi laporan dari Harian Metro, ibu kepada mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, iaitu Arbaiyah Hamzah, 46 memaklumkan sepatutnya anak perempuannya itu melahirkan anak kedua pada 29 Oktober ini, namun ajal lebih tiba menjemputnya.
“Mengikut jangkaan, arwah sepatutnya melahirkan bayi keduanya pada 29 Oktober ini namun apakan daya, semuanya sudah tertulis apabila dia terbabit dalam kemalangan Rabu lalu namun bayinya berjaya diselamatkan,” kata.
Difahamkan, bayi lelakinya berjaya diselamatkan selepas pembedahan dilakukan dengan segera di Hospital Sik kerana Nor Hidayah telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Keluarga tak tahu arwah pergi jemput adik di sekolah
Tambah, Arbaiyah lagi, anak dan menantunya menetap di Pulau Pinang namun sekitar September, allahyarham telah pulang ke kampung untuk berehat sebelum menanti untuk melahirkan anak keduanya.
Allahyarham juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kemalangan namun dilihat lebih banyak berkurung di dalam bilik dan telah keluar mengambil adiknya dari sekolah tanpa pengetahuan keluarga setelah pulang dari pemeriksaan kandungan di klinik.
“Saya tak nampak langsung perubahan arwah sebelum ini kerana dia banyak duduk dalam bilik.
“Cuma pada hari kejadian kami tidak tahu dia pergi menjemput adik perempuannya berusia 16 tahun pulang dari sekolah selepas selesai membuat pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.
Tiap kali scan tak nampak jantina anak
Dalam pada itu itu, Allahyarham juga masih tidak tahu tentang jantina anaknya kerana tidak kelihatan jantina bayi setiap kali melakukan imbasan sehinggalah dia meninggal dunia.
“Arwah pun tak tahu jantina anak dalam kandungannya kerana setiap kali dia menjalani imbasan, jantina bayi itu tidak kelihatan.
“Lepas ni makcik akan jaga bayi ini bersama anak sulung arwah, Nur Hanan Askayra Afnan Alif, 2 , sebagai pengubat rindu,” katanya.
Status FB jadi tanda tanya
Bapa kepada wanita terbabit juga sempat menceritakan satu status Facebook yang pernah dibuat oleh anaknya itu pada 2020 dimana mengatakan yang dia akan mendapat seorang anak perempuan dan akan mempunyai dua orang cahaya mata pada tahun 2022 sebelum pergi setelah 44 hari melahirkan.
“Saya tak tahu apa maksud status yang dimuatkan oleh arwah tetapi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.
Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Beris Jaya, Sik.
Umum mengetahui pemberian makanan pejal kepada bayi adalah pada usianya 6 bulan. Namun lain pula kisahnya dengan anak kesayangan Dr Say Shazril Shaharuddin dan Dr Azura Abas yang kini sudah pun dibenarkan untuk memulakan makanan pejalnya oleh doktor pakar pada usia empat bulan.
Terbaru, Dr Say berkongsi diinstagramnya menyatakan rasa terujanya dengan perkembangan Ace. Malah kongsinya lagi, jangan sesekali cuba menyuapkan makanan pertama pada bayi melainkan telah mendapat nasiat daripada pakar kanak-kanak.
Ambil Suntikan Pneumococcal
Hari ni hari suntikan optional vaccine Ace yakni Pneumococcal & Rotavirus di @andorrahospitalofficial. Seperti biasa bila berjumpa pakar kanak-kanak kami, Dr Asmiati semestinya terkejut beliau melihat kesemangatan Ace yang ditimbang tadi, 8.7kg peeps!
Ace 4 Bulan & Dah Boleh Makan!
Selepas ditanya & diperiksa perkembangan Ace yang sedikit advance untuk dia yang berumur 4 bulan, Dr Asmiati menyampaikan berita yang agak excited untuk saya dengari.
Yakni Ace dah boleh start WEANING (makan)! Pada awalnya terkejut saya dibuatnya sebab mengikut practice, babies patut start weaning sewaktu 6 bulan tapi memandangkan perkembangan Ace laju dari biasa maka pakar membenarkan kami beri dia makan. Apa lagi, terus saya call bini dan terus bini ajak shopping!
Harus ditekankan sekali lagi berapa cepat babies boleh start makan bergantung kepada nasihat daripada pakar kanak-kanak. Jika tidak secara am nya, 6 bulan baru kanak-kanak boleh makan.
Anyway tq Dr Asmiati from @andorrahospitalofficial for this amazing news. Ace pun turut hepi boleh makan tu yang dia tersenyum manis tu hehe.
Gelombang haba ragut nyawa kanak-kanak 4 tahun di Itali, sekali gus menjadi amaran kepada semua ibu bapa betapa seriusnya ancaman cuaca panas melampau terhadap kesihatan si kecil.
Dalam insiden menyayat hati ini, seorang kanak-kanak lelaki warga Romania meninggal dunia akibat strok haba ketika Eropah berdepan suhu tinggi luar biasa serta kebakaran hutan besar-besaran.
Kejadian tragis ini berlaku ketika beberapa negara di Eropah termasuk Itali, Sepanyol, Perancis dan negara Balkan berada dalam keadaan amaran merah. Ribuan penduduk dipindahkan apabila kebakaran hutan merebak, mengancam kawasan kediaman, pusat pelancongan, malah tapak warisan dunia UNESCO di Las Medulas, Sepanyol.
Kementerian Kesihatan Itali telah mengeluarkan amaran merah untuk tujuh bandar utama termasuk Bologna dan Florence, dan dijangka diperluaskan ke 16 bandar. Di Sepanyol, suhu mencecah hampir 40°C di banyak kawasan. Di Portugal, kebakaran besar memerlukan operasi pemadaman berterusan, manakala di Balkan, banyak keluarga kehilangan rumah akibat api marak.
Gelombang haba seperti ini meningkatkan risiko strok haba pada kanak-kanak kerana tubuh mereka belum matang sepenuhnya untuk mengawal suhu badan. Keadaan lebih bahaya jika kanak-kanak terdedah kepada panas terik terlalu lama atau terperangkap dalam ruang tertutup seperti kereta.
Ibu ayah perlu peka terhadap tanda-tanda awal strok haba supaya tindakan pantas dapat menyelamatkan nyawa anak:
Suhu badan melebihi 40°C
Kulit panas, kering dan kemerahan
Nafas laju atau degupan jantung tidak normal
Tidak berpeluh walaupun dalam panas terik
Keliru, mengantuk atau tidak sedarkan diri
Elakkan anak bermain di luar rumah pada waktu puncak panas (11 pagi – 4 petang)
Pastikan anak minum air secukupnya walaupun tidak dahaga
Pakai pakaian nipis dan berwarna cerah
Gunakan kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan ruang dalam rumah
Jangan sesekali meninggalkan anak di dalam kereta walau untuk beberapa minit
Tragedi yang menimpa kanak-kanak ini adalah pengajaran besar buat semua. Cuaca panas melampau bukan sekadar isu ketidakselesaan, tetapi ancaman sebenar kepada kesihatan dan keselamatan anak-anak. Dengan keprihatinan dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh melindungi si kecil daripada menjadi mangsa seterusnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!