Anak perempuan mana yang tak girang suka bila diberitahu bakal memiliki bilik sendiri. Lebih-lebih lagi dengan tema kesukaan mereka, warna merah jambu.
Idea ibu ini, Ezah Hazreen yang memersiapkan bilik untuk anak perempuannya yang berusia lima tahun sebelum bakal menyambut adik baru ini memang berbaloi.
Mana tidaknya, dengan adanya bilik baru yang cantik, serba merah jambu, hasrat ibu yang mahu anaknya tidur asing termakbul.
Sharing bilik berpantang sis dan bilik anak dara 5 years.
First sekali deco bilik kakak dulu, ajar dia tidur bilik asing, alhamdulillah berjaya tidur bilik asing sebelum adik lahir.
Barang banyak yang sedia ada, banyak jugak beli baru.
Katil IKEA.
Meja dan kerusi ikea, suami cat putih.
Storage drawer Ikea.
Bunga buat sendiri, gigih mak kau kann.
Bukan sahaja dekorasinya yang ringkas bahkah gabungan warna putih dan merah jambu begitu menyerlahkan ruang yang ada.
Buat anak tertarik dengan adanya elemen bunga-bungaan yang dihasilkan sendiri serta karektor flamingo yang melatari seluruh bilik. Memang cantik!
Menurut kata pemiliknya lagi, kebanyakkan perabot hanya menggunakan perabot sedia ada serta turut dibeli di IKEA serta di atas talian.
Cantik!
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI