DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Oktober 23, 2019
Share
Monkey Bar antara (support) untuk anak-anak autisme bagi meningkatkan dan meransang motor kasar mereka.
Selain bagus untuk anak autisme, aktiviti ini juga baik untuk membina (memantapkan) otot tangan kanak-kanak. Kalau otot dah mantap, baru boleh pegang pensel dengan baik dan lama.
Ramai orang tak tahu, aktiviti lasak adalah seiring dengan perkembangan otot dan otak. Ia jauh lebih baik dari membiarkan anak bermain dengan gajet.
Bermain dengan monkey bar boleh menguatkan otot-otot bahagian atas badan, otot bahu dan lengan, pergelangan lengan dan jari jemari, ini mampu memberi kesan seperti berikut:
1. Anak-anak yang mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang kuat. Mereka boleh berdiri dan duduk tegak dengan baik, ini membantu memudahkan aktiviti menulis.
2. Anak-anak yang mempunyai otot bahu dan lengan yang kuat. Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.
3. Anak-anak yang mempunyai pergelangan tangan dan jari-jemari yang kuat Mereka mudah menggerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari-jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka. –Special Kidz Rehab Care Center SKRC.
Perkongsian dari Puan Nur Syakirah Rusili yang membuat sendiri monkey bar khusus untuk dua anaknya boleh di cuba oleh ibu bapa yang turut berminat nak melakukan demi manfaat anak-anak.
Siapa-siapa nak buat, tengok gambar-gambar tu ye.. Saya gerenti mesti semua fikir bahagian rod untuk monkey bar tu paling mencabar nak cari idea kan. Kalau setakat pakukan kayu semua pun tau kan.
Saya dah puas selongkar google tapi tak jumpa cara untuk diy rod monkey bar besi melainkan kena welding. Yang saya jumpa jual online ada la. Ingat nak beli je tapi harganya RM300 lebih untuk 8pcs!!! Kat Lazada pun ada kalau tak silap.
Lepas tu saya teringat yang saya pernah pasangkan penyidai besi ikea untuk mak saya. Batang besi tu kosong je kat dalam. Di hujung kiri dan kanan ada besi berlubang untuk skru dari situlah saya terfikir nak sumbatkan batang kayu pengecat dalam paip besi. Batang mop pun boleh kot. Kukuh ni! Tak percaya cubalah. Nak cantik lagi boleh catkan.