Monkey Bar antara (support) untuk anak-anak autisme bagi meningkatkan dan meransang motor kasar mereka.

Selain bagus untuk anak autisme, aktiviti ini juga baik untuk membina (memantapkan) otot tangan kanak-kanak. Kalau otot dah mantap, baru boleh pegang pensel dengan baik dan lama.

Ramai orang tak tahu, aktiviti lasak adalah seiring dengan perkembangan otot dan otak. Ia jauh lebih baik dari membiarkan anak bermain dengan gajet.

Bermain dengan monkey bar boleh menguatkan otot-otot bahagian atas badan, otot bahu dan lengan, pergelangan lengan dan jari jemari, ini mampu memberi kesan seperti berikut:

IKLAN

1. Anak-anak yang mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang kuat.
Mereka boleh berdiri dan duduk tegak dengan baik, ini membantu memudahkan aktiviti menulis.

2. Anak-anak yang mempunyai otot bahu dan lengan yang kuat.
Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.

3. Anak-anak yang mempunyai pergelangan tangan dan jari-jemari yang kuat
Mereka mudah menggerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari-jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.Special Kidz Rehab Care Center SKRC.

IKLAN

Perkongsian dari Puan Nur Syakirah Rusili yang membuat sendiri monkey bar khusus untuk dua anaknya boleh di cuba oleh ibu bapa yang turut berminat nak melakukan demi manfaat anak-anak.

Siapa-siapa nak buat, tengok gambar-gambar tu ye.. Saya gerenti mesti semua fikir bahagian rod untuk monkey bar tu paling mencabar nak cari idea kan. Kalau setakat pakukan kayu semua pun tau kan.

IKLAN

Saya dah puas selongkar google tapi tak jumpa cara untuk diy rod monkey bar besi melainkan kena welding. Yang saya jumpa jual online ada la. Ingat nak beli je tapi harganya RM300 lebih untuk 8pcs!!! Kat Lazada pun ada kalau tak silap.

Lepas tu saya teringat yang saya pernah pasangkan penyidai besi ikea untuk mak saya. Batang besi tu kosong je kat dalam. Di hujung kiri dan kanan ada besi berlubang untuk skru dari situlah saya terfikir nak sumbatkan batang kayu pengecat dalam paip besi.  Batang mop pun boleh kot. Kukuh ni! Tak percaya cubalah. Nak cantik lagi boleh catkan.

DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Ni lah hasil paip besi yang siap dipasang kemas.. kukuh ni.. sy dah try panjat memang ok sangat!!
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Slot angle plate membantu stabilkan kedudukan pangkin.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Untk bahagian sambungan kayu ni saya guna slot angle plate. Rasanye lebih kemas daripada guna kayu untuk tahan bahagian ni.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Bahagian kaki monkey bar sy guna cara mcm ni je.. tebuk lubang guna drill bit saiz 4 dan guna skru untk kayu.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Ni lah hasil bucu tajam yg dh dipotong dn dilicinkan..
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Bahagian yg bucu tajam tu sy ratakan guna mesin grinder. Pastu licinkan guna sander yg sy diy tu. slepas tu barulah guna kertas pasir gred halus untk melicinkan lagi bucu kayu.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Guna kertas pasir gred halus untk melicinkan kayu.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Sy setting impact drill kt bhagian putaran untk skru dan guna arah reverse.. klau putaran untk hammer, getarannya kuat. Susah nnti nk kawal bdan impact drill. Nk tau ape jdi klau x guna arah reverse? Bolt & nut akan longgar dn trlepas dari kayu.. sy blajar ni pn dri kesilapan.. makin bnyak silap makin pndai lah jadinya.. klau bnyak silap tpi x pndai2 gak xtau lah..
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Ni lah hasilnya penggosok kayu menggunakan mesin drill.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Ni diy untk mesin sander. Guna mesin drill. Bahan2 nya adalah kayu, bolt & nut, span, double sided dan kertas pasir. Rasenye bleh paham cara2nya dari gmbar.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Kt bahagian kayu monkey bar tu tebuk siap2 lubang. Pastikan sama rata dgn kayu yg sbelah. Cara mudah yg sy buat tdi, sy tebuk awal2 sbelum psang bdan monkey bar. Mula2 sy ambil dua batang kayu tu, cantumkan dn sy tapekan pakai masking tape. Sebab tkot kayu bergerak mse tebuk. Jadi, tebuk dua batang kayu tu serentak. Tandakan guna pensel kt bahagian hjung kayu Supaya x keliru mne depan mne blakang. Sy tulis kt hjung kayu A dn B. Kayu lgi satu pn mcm tu A dn B. Ble pasang bdan monkey bar nnti konfem sama rata… xtau la korang bleh paham ke x ape aku tulis ni.. hahaha… lupe nk amik gmbar tdi. Kan dh merapu2 nk terangkan
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Tebukkan lubang kt tengah2 kayu dlam paip. Sy guna drill bit untk metal/wood jenama bosch saiz 4.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Dah ptong tdi.. ketukkan kayu yg lebih tu smpai msuk habis dlam paip besi. Haaa.. kn kemas tu.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Lebihkan skit bahagian kayu tu bile potong.
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Ni hasilnya lepas ketuk batang kayu tu pkai hammer. Dh xbleh msuk dh tu.. jdi bleh la ptong..
DIY Monkey Bar Di Rumah. Bagus Untuk Perkembangan Otot Dan Otak Anak
Untuk rod monkey bar sy guna paip besi dn paint roller stick atau batang mop pn boleh.. msukkan sikit kt dlam paip. Mmg x muat.. kne ptong skit2 bahagian tepi. Dan masukkan pastu ketuk pakai hammer. Ketuk2 selagi bleh masuk.

Sumber: Nur Syakirah Rusili

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI