Anak suka main playdoh? Sekarang anda boleh buat sendiri homemade play dough di rumah! Guna tepung je boleh buat play dough. Boleh juga jadikan projek DIY ini sebagai aktiviti bersama anak-anak.

Bancuh sendiri, pilih warna kegemaran kemudian boleh terus bermain. Tak sampai 10 minit pun diperlukan untuk membuat doh ini.

Paling best, doh ini lembut, boleh tahan lama berbulan-bulan dengan syarat disimpan dalam bekas kedap udara dan selamat walaupun termasuk dalam mulut.

IKLAN

Bahan-bahan DIY Playdoh

IKLAN
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Ini untuk pewarna dan aroma. Terpulang mengikut pilihan masing-masing. Tadi kami buat 4 adunan; satu guna warna dan perasa oren tu, satu pewarna hijau dan merah diaromakan dengan vanilla.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Tepung gandum biasa. Gunalah cap apapun. Asalkan gandum. Bukan tepung ubi, tepung pulut atau tepung jagung ya. Masukkan 2 cawan.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Garam halus, bukan garam kasar. Ini pun tak kisah. jenama. Guna setengah cawan saja.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Ini minyak zaitun. Penting guna minyak zaitun ini untuk tahan lama boleh sampai berbulan-bulan. Saya pernah guna minyak masak biasa boleh juga, lebih kurang seminggu playdoh tahan. Masukkan 4 sudu besar.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Ini cream of tartar, bukan tar jalan tu ya. Boleh dibeli di kedai kek. Masukkan satu sudu besar. Satu botol ni dapat dua adunan.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Air suam dua cawan. Haa, cawan besar mana. Ikut sukatan cawan gandum tadilah. Kami guna mug biasa, bukan Portmeirion

 

IKLAN
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Masukkan semua. Mula-mula tepung, garam, minyak, cream of tartar. Akhir sekali pewarna dan air.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Kacau sebati dan rata. Nampak tak sabar nak mengacau dah tukang kacau sebelah
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Ini langkah penting. Masak di atas dapur api sederhana sampai dia elok dan tak lembik. Kacau sentiasa. Hari ini kami masukkan dalam microwave. Setiap 2 minit, keluarkan dan kacau sebati. Akhir-akhir tu setiap seminit atau 30 saat. Pastikan yang bawah dah tak lembik dan melekat di tangan. Lebih 10 minit jugalah duk asyik buka, kacau dan tutup microwave tu. **untuk microwave elakkan mengguna mangkuk stainless steel. ***langkah ini tidak sesuai untuk anak di bawah usia 10 tahun kecuali dengan pemantauan orang dewasa.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Akhirnya jadi gini. Ulilah sampai jadi rupa playdoh. Bukan rupa biskut marie.
DIY Playdoh Guna 5 Bahan Dapur. Tahan Lama Dan Selamat Untuk Anak
Dah siap dan boleh main dengan selamat

Sumber: Wan Erni Suria

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI