DIY Rak Bertingkat Gantikan Stor. Barang Tak Bersepah, Rumah Jadi Kemas!

Share

Sesebuah rumah tu memang perlu ada stor. Jika tidak, susah juga nak simpan barang-barang yang tidak digunakan. Sesetengah kita terpaksa ‘korbankan’ sebuah bilik semata-mata untuk dijadikan stor. Rugi sangat!

Bila tak ada stor, barang-barang jadi berselerak dan membuatkan keadaan nampak serabut. Seandainya anda mengalami masalah rumah yang tiada stor atau ruangan menyimpan barang, bolehlah ikut idea yang dikongsikan oleh Syasya Safiyya ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Papan jenis plywood
Bracket – beli braket untuk aircond
Engsel
Kunci

Langkah buat stor:

1. Buat ukuran dulu panjang dan lebar stor barang yang hendak dibuat. Sesuaikan dengan keluasan dan ketinggian dinding.

2. Pasang bracket, saya guna bracket aircond. Harga satu dalam RM7. Berapa tingkat rak, ikut cita rasa.

 

3. Lekatkan papan plywood pada dinding menggunakan engsel.

Artikel Lain: [Cara Basuh Toto & Comforter Guna Mesin Basuh. Jangan Campak Aje, Guna Kaedah Ini]

4. Kemudian potong plywood untuk buat pintu menutup setiap tingkat/rak.

5. Cat stor dan pasang kunci untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan. Dah siap!

Idea ini juga boleh digunakan untuk membuat tempat menyimpan barang di dapur atau dalam bilik. Saiznya boleh dikecilkan mengikut ruang yang ada. Bagusnya tempat simpanan begini kerana ia tidak makan ruang serta dapat mengelakkan masalah barang bersepah.

Artikel Lain: [Cuma Guna 3 Bahan, Mop Karpet Sampai Bersih. Bau Wangi & ‘Berkilat’ Macam Yang Baru!]

Ada juga yang mencadangkan untuk dipasang damper cabinet (hydraulic) bagi memudahkan rak ini dibuka dan ditutup. Selamat mencuba!

 

Published by
Emy H