Rak serbaguna dengan modal yang kecil tapi hasilnya cukup puas hati. Tak perlu nak beli yang mahal jika anda boleh buat sendiri.
Bukan sahaja boleh letak barangan kelengkapan atau pakaian bayi tapi rak beroda ini juga boleh diletakkan di ruang yang sesuai untuk meletakkan pelbagai barang dan mudah ditolak.
Perkongsian DIY rak serbaguna dari Maria Ariana dengan step yang mudah boleh dibuat dengan menggunakan beberapa bakul plastik, batang paip, roda, gam
Antara langkah pembuatan rak serbaguna:
Utk troli ni kita guna 3 pcs bakul,sbb kita nk buat 3 tingkat..saiz bakul pulak ikut citarasa korang la.tp klau guna bakul lain nnt ukuran paip pvc tu pun lain la ye..bakul korang bleh cari kat kedai eco,sbb murah(wah promot kdai eco nmpk)?.tp yg kaler putih ni mmg rare la nk jmp.xtau la kat tmpt korang byk ke x.Ok yg ni penting..roda.. Pun dari kdai eco.(promot lg)?beli 1bungkus dpt 2pcs roda.tp pastikan tapak kat roda tu jenis yg 4segi tau.nnt nk ikat bolt sbb takut salah beli, kat eco ada byk jenis roda..Cable tie guna nk ikat bakul tu nnt.beli 1 bungkus pkai x habis pun.tp pastikan beli yg besar.baru la kuat nk ikat bakul tu.ni pun dari kdai eco..kdai hardware pun ada tp saja la nk pelaku kdai eco.???Yg ni aku guna saiz ni..bleh nmpk kot noo dlm gmbr tu brapa saiz dia.guna utk ikat roda tu nnt.Paip pvc ni abik yg tebal tau..sbb ada jugak yg nipis takut x kuat.yg ini beli kat kdai hardware..tp klau nk jimat,korang bleh cari kat longgok² tong sampah.kadang² org dok buang ja bekas saki baki yg dh potong.Gam khas utk paip pvc..Nah gmbr closeup saiz joint yg aku guna.15mm tau saiz dia.byk mana aku guna?korang tgk kat gmbr seterusnya ok.Ni diaaa…ukuran dia.klau korang nk tinggikan lg troli tu korang ejas la sendiri saiz dia..Ok..masuk cara² nk buat dh. Step 1 guna.. -4pcs L joint -4pcs T joint -2pcs paip 2cm -2pcs paip 36cm -4pcs paip 9cm Sambung dan gam ikut mcm dlm gmbr tu ya.Step 2 nk buat tiang.. -4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu) -8pcs paip 23cm -12pcs T joint -12pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu)dekat arrow kuning tu. -4pcs L joint.Ok step 3 korang cantumkan tapak dengan tiang.jgn lupa gam kan tau.baru x tercabut.Step 4 tebuk lubang.tgk gmbr tu,faham kot noo..lubang utk ikat roda dan ikat bakul.Step 5 guna bolt dan nut ikat roda tu. P/s. Klau korang nk cat apa² kaler pastikan sblm pasang roda tu ya.Step 6 pasang bakul dan ikat ngan cable tie.gmbr closeup ikat bakul tu x abik.lupa….?sori naa. ikat la lagu mna pun jnji lekat bakul tu.?Taadaaa…hat ni siap dah..siap cat putih lagi.baru nmpk mahal.?Ok.siap… 3 tingkat ada 2 tingkat pun ada..selamat mencuba?
Gembira ibu Ainul Mardhiah apabila doktor Malaysia, Dr Amalina Bakri yang sedang bertugas & melanjutkan pelajaran di UK sedia membantu.
Ibu Ainul Mardhiah, 8 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor, Nurul Erwani Zaidi mengatakan Dr Amalina telah pun menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas berhubung melalui mesej di Instagram.
“Petang semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
MEMINTA LAPORAN PERUBATAN
Nurul Erwani juga menyatakan dalam perbualan mereka, Dr Amalina turut memminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan Nurul Erwani.
“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
IBU GEMBIRA KERANA SUDI CARI JALAN PULIHKAN AINUL
Menurut Nurul Erwani, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan penderitaan yang dialami Ainul Mardhiah.
DR AMALINA INGIN MEMBANTU
Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instagram beliau telah memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.
KES AINUL DIANGGAP KOMPLEKS
Dalam statusnya berkenaan dia ada menyatakan yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu bapa mana yang sanggup melihat keadaan anak yang dikandung dan dilahirkan mengalami derita dan kesakitan. Namun itulah yang perlu dihadapi pelawak Syed Ali Puteh dan isteri apabila anak yang berusia 8 hari disahkan mengalami masalah jantung.
Puteri kedua pelawak Syed Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilahirkan pada 6 Ogos lalu dinamakan Sharifah Nur Ainul Mardhiah sebelum ini mengalami jaundis. Ia dikongsikan oleh Ali menerusi Instagram.
“Harini masuk wad…kuning naik tggi…doakan baby sihat ye semua…esok walid dtg tgk adikk ok…”
Namun tiada siapa menduga si kecil ini mengalami masalah kesihatan yang lebih serius daripada itu. Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah juga turut berkongsi tentang keadaan terkini bayi mereka.
Dia mengakui tidak sanggup melihat bayinya diuji dengan kesakitan namun reda ia sebagai ujian buat mereka sekeluarga. Doa daripada semua dipohon agar Sharifah Nur Ainul Mardhiah sembuh.
“Salam semua… Minta doakan puteri kami yg kedua selamat dr segala apa jua masalah yg dihadapinya… Hari ke 8 anak ibu di dunia ni..
“Doctor bagitau yang adik ada masalah jantung… Allah yang tahu macam mana perasaan ibu tengok keadaan awak sekarang sayang… Ibu tak pernah hadapi semua ni…
“Ibu tahu adik kuat… Kuat ye dik… Ibu tak sanggup tengok keadaan adik mcm ni… Jika ini ujian untuk kite… Ibu redha… Ibu akan jaga adik sampai adik sembuh… Ibu , walid , kakak dan semua keluarga kita doakan adik tau… Kuat ye sygggggg…..”
Melati dalam kemaskini berkongsi tentang perkembangan terkini di mana injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di tengahnya.
Puteri mereka yang dipanggil Ainul kini sedang dipantau di sebuah hospital dan bakal menjalani pembedahan 2 hingga 3 minggu lagi. Ibu ini amat menghargai doa dan tips yang dikongsikan.
“Assalamualaikum semua..
“Hari ni adik Ainul dah di bawa ke hospital ******* untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung disana.. .. Doktorpakar yg bernama Dr.********* sahkan adik Ainul menghadapi injap jantung terbalik dan mempunyai lubang dibahagian tengah…
“Doktor beritahu keadaan adik ainul agak serius… Dan yg good news nya Doktor. Kata disebabkan lubang itu lah yg dpt membantu adik ainul bernafas hingga sekarang..
“Dr. sarankan buat operation seawal yg mungkin. Dan Alhamdulillah adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di hospital ******* untuk menanti hari pembedahan nya yg tidak lama lagi… In Shaa Allah berkemungkinan adik ainul akan buat pembedahan 2-3 minggu dari sekarang…
“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat utk menghadapi dugaan ini..
“Sy ibu dan walid kepada Adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yg tak henti2 dan byk bg sy tips utk menghadapi situasi mcm ni.
“Dan hanya Allah S.W.T shj yg dpt membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn…”
Perginya si kecil dalam satu kemalangan jalanraya, keluarga tidak sanggup memberitahu si ibu perkhabaran pilu yang bayinya Nur Auliya Inara sudah tiada.
Dalam kemalangan yang berlaku pada 14 April lalu, 4 sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Seorang bayi perempuan, Auliya Inara berusia 10 bulan maut manakala tiga ahli keluarganya iaitu bapa, Mohamad Nirzaudy Haiqal, ibu, Wan Nur Izzaty Wan Mohd. Zaffar dan kakaknya, Nur Auliya Maisara, 2 tahun cedera.
Perkongsian daripada bapa saudara Allahyarham Auliya Inara, Mohamad Nirzuannudin Anuar, ini menyentap hati. Kesedihan keluarga diluahkan, apatah lagi apabila ibu Inara, Wan Nur Izzaty yang bertanya di mana anaknya setelah sedar dari koma dan bertarung nyawa dengan pendarahan yang teruk.
Bapa sedang bertarung nyawa di wad ICU dan masih koma. Dia seolah-olah berperang menentukan hidup dan mati.
Syukur ibunya sudah sedar setelah bertarung nyawa di ICU kerana koma akibat pendarahan yang teruk.
Apabila ibu Inara bertanya di mana Inara, kami semua tunduk & diam. Air mata tidak berhenti membasahi pipi.
Inara alami pendarahan kepala & terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover. Sungguh menyayat hati…
Sungguh kejam pembunuh Inara!!!Naik kereta mewah nampak rasa gagah.
Bapa Inara memandu kelajuan 80km/jam. Berapa kelajuan kereta si pembunuh yang melanggar hingga arwah terpelanting dari kereta & jatuh ke bawah flyover?
Terima kasih yang membantu. Semoga ibu bapa & kakak arwah sihat seperti sediakala. Alfatihah untuk anak syurga Inara.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...