Isteri teringin nak hias rumah tapi bajet kecil, apa kata suami boleh realisasikan impian isteri dengan buat rak TV yang simple. Hanya guna PVC saja dan modal tak sampai RM100, cukup berbaloi tau!

Sementara nak beli yang mahal, DIY rak TV PVC ni pun dah elok sangat.

DIY Rak TV PVC Ala Ikea. Simple & Nampak Elok Sangat! 

Perkongsian Mohd Akmal Azizi melalui page Facebook Tukang Apa Hari Ini cara untuk diy rak tv. Mungkin dari asal nampak seperti rak tv buruk, tetapi setelah dicat kembali pasti anda pun ingin menggunakannya.

INSPIRASI RAK TV MODEN GUNA PVC

Perkara ini mungkin digemari ramai lebih-lebih lagi orang bujang kerana rak tv yang di buat oleh Akmal ini sangat lah senang dan tidak menelan belanja yang banyak dan paling menarik, ia dibuat hanya menggunakan paip pvc!

DIY Rak TV PVC Ala Ikea. Simple & Nampak Elok Sangat! 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Ads

– PVC class 7

– Join 3-way & 4-way

– Aerosol Spray flat black

– Rubber wood

DIY Rak TV PVC Ala Ikea. Simple & Nampak Elok Sangat! 

Ads

CARA MEMBUAT

– Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′

– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.

DIY Rak TV PVC Ala Ikea. Simple & Nampak Elok Sangat! 

– Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.

Ads

– Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.

DIY Rak TV PVC Ala Ikea. Simple & Nampak Elok Sangat! 

– Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong. Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni dalam RM30

– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.

DIY Rak TV PVC Ala Ikea. Simple & Nampak Elok Sangat! 

Idea yang menarik ini sangat sesuai buat semua. Bagi yang kekurangan idea boleh cedok idea ini untuk dijadikan inspirasi perabot rumah anda. Kos dan bajet pun tidak banyak. Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Akmal Azizi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI